Susuk tubuh wanita anggun dihadapanku ini dipandang dengan perasaan gerun, takut, sedih, marah dan segala perasaan negatif menyelebungi diri.
"Kenapa bu..., kenapa ibu? Kenapa ibu nak tinggalkan kami? Ibu dah tak sayang kami ke?" tanya aku sambil menangis.
Wanita yang bergelar ibuku memandang aku mahu tak mahu sahaja. Bahunya dipeluk oleh seorang lelaki yang tidak ku kenali. Siapa dia?
"Hei budak! Siapa ibu kau hah? Kau ingat benda ni sampai mati. Kau tanam perkataan ni dalam kepala otak kau yang bendul nak mampus tu!"
Kepala aku ditunjal sehingga aku terdorong beberapa depa keberlakang. Wajah ibuku dipandang. Kenapa wanita yang amat dia cintai, yang amat dia sayangi, yang amat dia kagumi sanggup melakukan perkara sebergini?
"Kau bukan anak aku! Aku tak ada anak pembawa sial macam kau! Kau dengan bapak kau yang dah tenat tu boleh pergi mampus jelah! Hei! Aku penat tau hidup berpura-pura selama ni. Aku penat tau hidup dalam kemiskinan. Aku kahwin dengan bapak kau tu, semata-mata duit je. Tapi entah kerja gila apa bapak kau yang miskin tak guna tu fikirkan, aku pun tak tahulah!
Siapa je sanggup jadi bapak kendana. Harta keluarga tujuh keturunan yang belum tentu habis tu tak nak pula minta. Yang kena tanggung akibat ni...," dia menunjukan kearah dirinya. "Aku yang kena tanggung segala akibat. Aku nak hidup senang, duit masuk. Aku bukanya nak hidup miskin!"
Aku mengelengkan kepala aku. Tak, ini bukan ibu aku. Ibu aku bukan perangai macam syaitan laknatullah. Ibu aku baik orangnya. Peramah, suka senyum. Tapi kenapa sekarang ni hanya wajah bengis yang dia tayangkan.
"Sayang...," seru bapaku dari arah berlakang ibuku.
Ibuku terus memusingkan kepalanya memandang kearah bapaku.
Dapat aku lihat riaksi sedih, kecewa dan marah terpancar dari air muka bapaku. Bapa yang duduk diatas kerusi roda menghampiri kami bertiga. Kaki bapa tampang dan bapa juga lumpuh akibat dilanggar lari.
"Kenapa sayang cakap macam tu? Kita dah janjikan untuk hidup susah senang bersama. Abang bukanya tak nak minta duit dari mama dengan papa abang. Tapi abang nak merasa duit hasil titik peluh abang sendiri. Lagipun sayang sendiri tahukan, papa dengan mama abang dah buang abang kerana kahwin dengan sayang. Sayang sendiri tahukan yang mereka tak restu hubungan kita. Sayang lupa ke?" sebak nada bapa mengungkapkanya.
Ibuku memutarkan bebola matanya 360 darjah. "Hei orang tua, sekarang ni you nak salahkan I pula? Hei, you yang tergedik-gedik nak kahwin dengan I. I apa lagi, on jelah untuk kais duit mama dengan papa you. I ingatkan bila I kahwin dengan you, I akan dapat gelang emas sampai siku, tapi apa yang I dapat? I tak dapat apa-apa pun! You yang bersalah dalam hal ni, bukanya I!"
"Syafina Angeles Dongdalos! Siapa ajar sayang untuk biadap dekat abang? Mana perginya hormat sayang dekat abang! Walau apa pun, abang tetapi suami sayang selagi abang belum lafaz talak dekat sayang!" marah bapaku.
YOU ARE READING
Hydrangea
RomanceHydrangea ialah nama yang sinonim dengan diri Nur Ariyana Humaira. Gadis yang boleh dikatakan lebih suka berdiri diatas kaki sendiri tanpa sebarang bantuan orang lain. Tapi itulah, mulutnya tak reti duduk diam dengan sifatnya yang dikatakan agak sew...