Chapter 1

91 30 9
                                    

“RINGGG...” Lonceng sekolah bergema menandakan waktu pulang. Huh! Semua terasa Lega.

“Terima kasih, cikgu!” Mereka beramai-ramai bangun lalu mengucapkanya dengan diketuai oleh ketua kelas penuh semangat.

“Terima kasih,” jawab si cikgu sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang di dalam kelas itu.

“Aizat, mari sini!” Jerit cikgu perempuan itu nyaring. Syafiq dan Khairi hanya tersenyum sambil berpandangan sesama sendiri.

“Baik, cikgu.” Budak lelaki yang bernama Aizat itu bangun terkial-kial. Kulitnya yang hitam bertambah legam. Dengan tenang, Aizat melangkan untuk berhadapan empat mata dengan singa betina garang itu. Di dalam hati membaca semua surah yang dia tahu.

Sampai sahaja di hadapan cikgu perempuan itu. “Mana kerja yang saya suruh kamu hari tu?” Sergah si cikgu. Nada suaranya tidak mengharapkan sebarang kompromi. Matanya melotot menelanjangi muka muridnya yang satu itu.

“Be-belum siap, cikgu.” Terkial-kial Aizat menjawab. Suaranya terlekat di kerongkong. Macam suara burung terkukur tertelan jagung pun ada.

“Bila nak siap?” Soal cikgu pantas. “Tunggu dunia kiamat baru nak hantar?” Cikgu Hasana sudah naik berang.

Aizat hanya mendiamkan diri. Terkebil-kebil. Tangan pula tidak reti duduk diam. Kejap garu kepala. Kemudian garu paha. Garu semua macam beruk. Dia tahu, kalau si singa betina ganas macam cikgu Hasana sudah keluar suara, tiada guna lagi mempertahankan diri. Kalau jawab pun memang kena seranah. Lebih baik mengucap awal-awal.

“Esok saya nak kerja sekolah yang saya bagi siap, faham?!” Jerkah Cikgu Hasana lagi.

“Kalau tidak...” Suaranya berbaur ancaman.

“Baik, cikgu esok saya hantar,” Jawab Aizat mahu tak mahu. Di dalam hati Aizat menyumpah-nyumpah cikgu Hasana. Jangan beranganlah Cikgu Hasana akan dapat melihat kerja rumahnya. Dia budak genius. Budak bijak dan pandai. Tak ada masa nak buat semua tu. Baginya semua itu buang masa sahaja.

Apa nak jadi, jadi lah! Bisik Aizat sendiri.

“Woi, Aizat!”

Aizat terkejut. Dia terus memandang ke arah luar kelas. Kelibat Cikgu Hasana sudah jauh melangkah.

“Woi! Khayal ke?” Sergah Syafiq sekali lagi apabila sergahan pertamanya tidak mendapat apa-apa reaksi daripada temanya itu.

“Hah... Apa hal?”

“Aizat! Jom lepak rumah aku.” Pinta Syafiq. Dia berharap sangat Aizat bersetuju. Bolehlah mereka sama-sama memonteng.

“Ah... malas lah aku.”

“Jom lah, Aizat...” Pinta Khairi pula lebih bersungguh-sungguh.

Aizat merenung mereka berdua dengan muka yang tidak beriak. Sengaja hendak buat cool. Dalam hati Aizat rasa macam hendak gelak besar. Tetapi di tahan. Sengaja bagi suspens.

Syafiq dan Khairi masih lagi menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut Aizat. Melangut macam pengemis tunggu orang hulur duit.

“Okey lah,” ujarnya sambil menganggukkan kepala.

“Yeah!” Syafiq dan Khairi melonjak gembira. Betul-betul macam beruk dapat bunga.

“Tapi dengan satu syarat.” Tiba-tiba Aizat bersuara semula. Ini membuatkan Syafiq dan Khairi terkebil-kebil.

“Oleh sebab rumah aku tak ada lauk, kau orang kena beli Maggi lah, faham?” Sambung Aizat sambil gelak mengekek. Keseronokan kerana dapat mengusik mereka berdua. Dapat mengetuk seketul dua.

Permainan CintaWhere stories live. Discover now