Hubungan antara Aizat dan Ayani menjadi tajuk perbualan yang hangat di sekolah. Para pelajar berasa pelik kepada Diozly yang kononnya hebat boleh ditandingi dengan bergitu mudah oleh Aizat. Diozly mempunyai peratus kelebihan yang banyak untuk memiliki Ayani daripada Aizat. Tetapi apa boleh buat, guli itu bulat. Memang sudah menjadi kenyataan kini Ayani yang meninggalkan Diozly semata-mata kerana ingin mendampingi Aizat. Aizat, lelaki yang terkenal berkepala angin itu.Sejak dari itu, ramai yang dengki serta iri akan hubungan Ayani dan Aizat. Pelajar-pelajar yang dengki kepada Ayani terdiri daripada pelajar perempuan. Kalau Aizat pula sudah tentulah para pelajar lelaki.
Siapa yang tidak kenal Ayani, bidadari sekolah itu. Dengan senyumannya yang melirik lagi memikat, rambutnya yang lembut mencecah bahu, berbuai ditiup angin serta warnanya yang keperang-perangan itu menjadikan ramai jejaka tergoda. Bukan hanya tergoda, malah sudah peringkat tergila-gila. Kalau sepuluh orang Ayani hendak, sekali petik jari sepuluh-sepuluh orang itu sanggup dimadukan.
Berbeza pula dengan Aizat. Badannya tidaklah setegap badan Diozly. Kulitnya pula, orang Jawa kata, adik-beradik kulit manggis. Kalau hendak kira handsome, tidak adalah sangat. Cuma cute sikit sahaja. Tetapi Aizat mempunyai kelebihan. Kelebihan tersendiri yang tidak mampu dilakukan oleh Diozly. Diozly seorang lelaki yang terlalu ego apalagi di hadapan pelajar perempuan. Tetapi Aizat, seorang yang amat ramah dengan semua pelajar terutama sekali pada pelajar perempuan. Cara dia bercakap cukup bergaya dengan rentak dan irama serta kelembutan yang beralun. Itu lah kehebatan yang ada pada Aizat. Kehebatan lelaki ngorat. Kehebatan seorang kasanova.
"Celaka punya budak!" Bentak Diozly. Menyinga. Geramnya terhadap Aizat semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Sejak kedatangan Aizat ke sekolah itu, kedudukan Diozly semakin tergugat. Kini dia tidak boleh lagi mengaku digelar seorang playboy yang tiada tandingan.
"Eh, relaks lah Dioz. Apa hal ni?" Tanya Rizman kawan baik Diozly. Terperanjat juga Rizman dibuatanya. Tengah elok-elok berjalan pulang ke rumah, keadaan sunyi tanpa cerita, tiba-tiba Diozly menjerit macam orang gila. Mana tidak terperanjat.
"Nasib baik takde orang. Kalau tak tebal muka aku, tau." Gerutu Rizman perlahan. Diozly merengus. Menyepak-nyepak batu dengan sekuat tenaga.
"Apa hal ni. Dioz? Cerita lah, tenang okay. Tenang! " Pujuk Rizman. Dia risau tengok kawan yang sudah menggelisah macam lelaki gila talak itu.
"Tenang kepala atuk kau!"
"Apa yang buat kau bengang sangat ni? Ceritalah kat aku."
"Hish, aku bengang betul dengan budak tu. Aku macam nak bunuh dia."
"Mengucap banyak-bayak, Diozly. Tarik nafas hembus. Sabar. Ceritalah kat aku, apasal, siapa budak tu?"
"Kau boleh tanya siapa? Kau tahu tak, malu aku dibuatanya. Jatuh martabat aku sebagai seorang playboy dalam sekolah ni. Belum pernah dalam sejarah hidup aku, aku kalah fasal perempuan. Lepas tu, siap boleh bermesra depan mata aku lagi tu. Ceh! Meyakitkan mata dan hati. Orang lain semua pandang aku semacam aje." Jerkah Diozly berang. Geram Diozly dibuatanya. Rizman lah yang menjadi mangsa untuk melepaskan geram yang membuak-buak di dada.
"Habis tu, tak akan kau nak mengalah macam tu aje. Lawan lah balik." Komen Rizman sambil tersengih.
"Ish! Tak akan aku pula nak rebut Ayani daripada dia? Nanti nampak sangat aku ni tergila-gila kat Ayani tu," jawab Diozly mengelak daripada berlawan merebut Ayani.
"Kalau kalah, lagi malu. Mana nak taruk muka. Dalam tong sampah?" Sambungnya lagi.
"Okey, aku ada idea." Tiba-tiba Rizman bersuara ceria.
"Hah, apa dia? Jangan idea yang memaluka sudah lah," pinta Diozly bersungguh-sungguh.
"Takde lah sampai aku nak suruh kau bawa papan tanda tertulis I love Ayani," jawab Rizman sambil tergelak kecil. Seronok menyakat temannya yang tengah bengang.
"Cepat lah cakap, bahlul. Aku tak suruh kau membebel. Karang aku luku, karang." Desak Diozly sambil mengaca-aca ingin meluku kepala kawannya itu.
"Ewah... Orang nak tolong dia, lagi mau panggil kita bahlul."
"Okey lah, sayang. Cepat lah cakap apa dia? Abang dah tak sabar ni," gesa Diozly lagi, tidak sabar.
"Oi! Aku bukan Ayani lah."
"Habis tu? Kau suruh aku melutut?"
"Takdelah... tapi perut aku lapar lah." Kata Rizman sambil memegang perut.
"Okey, sudah. Aku dah faham. Sampai kedai tu kau cerita kat aku."
"Set." Ceh... dapat juga aku makan free hari ni, fikir Rizman sambil mengekek ketawa.
Chapter paling sikit saya tulis. Maaflah sebab terlalu lambat. Okey lah, bye-bye sambung khamis atau sabtu minggu ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Permainan Cinta
Historia CortaBagi aku cinta itu hanya sebuah hobi. Satu permainan. Untuk seronok-seronok, untuk dapatkan nama. Makin banyak girlfriend, makin famous lah aku. Tapi ada seorang perempuan yang betul-betul mencabar sifat kelelakian dalam diri aku ni. Dia mengingatka...