"KENAPA boleh pitam ni?" Tanya Puan Dheena seraya melangkah ke arah anaknya yang sedang duduk di atas katil. Terkedip-kedip mata Dahlia melihat ahli keluarganya datang melawat dirinya.Terbit senyuman di bibir Dahlia. Dia bersyukur. Sekurangnya ahli keluarganya masih mengambil berat tentangnya. Lihat sahajalah sekarang.. semua ahli keluarga datang ke sini..
"Mana baju abang?" Tanya Badri selamba. Terus mati senyuman Dahlia. Datang untuk ambil baju? Langsung.. tak tanya khabar dia macam mana?
"Tu.." Dahlia menunding jari ke arah beg kertas putih diatas meja. Badri mengangguk. Diambil beg itu lalu dia melihat baju didalam beg itu.
"Good. Thanks." Ucapnya sebelum dia ingin melangkah keluar dari bilik itu.
"Taknak tanya.. khabar Dahlia ke.."
Terus terhenti langkah Badri. Dia memusingkan tubuh memandang adiknya yang hanya menunduk bermain jari diatas riba.
"Buat apa tanya? Abang tengok kau okey je."
Dahlia mengerdip mata lambat. "Dahlia pitam.. sakit kepala tadi.." adu Dahlia walaupun Badri tidak bertanya soal itu.
"Habis tu kau nak salahkan aku ke? Kau nak cakap disebabkan aku suruh kau beli baju, kau pengsan? Macam tu?"
Dahlia menggeleng. "Dahlia tak cakap macam tu pun.. tapi atleast tanya la keadaan Dahlia macam mana.. Dahlia nak juga orang ambil berat tentang Dahlia.." gumam Dahlia dengan nada yang sangat perlahan.
"Apa selama ni aku tak pernah ambil berat tentang kau ke? Kejam sangat ke aku ni sebelum ni?"
"Badri.. cukup-cukup la tu.."
"Apa abah? Selalu nak menangkan dia.. dah terang-terang dia nak salahkan Badri dalam hal ni.." ujar Badri tak puas hati seraya mencerlung adiknya.
Dahlia menunduk sahaja. Mata mula berkaca. Dia bukannya minta duit pun.. dia cuma nak kasih sayang seorang abang.. susah ke untuk Badri curah kasih sayang tu pada dia?
Baseer mengeluh. "Dahlah. Dahlia dah okey tu. Jom la pergi pejabat. Nanti kau kena kick pula untuk berurusan dengan syarikat Haq." Baseer menepuk bahu adiknya.
Badri menarik nafas dan lepas. Dia menjeling adik perempuannya sebelum dia melangkah keluar dari bilik diikuti Baseer.
Dahlia kemam bibir. Dibiarkan sahaja air mata jernih menitis ke atas tangannya.
"Nak tunggu Dahlia mati dulu ke baru abang-abang sayang Dahlia?"
"Dahlia.. tak baik cakap macam tu." Tegur Puan Dheena perlahan. Dahlia panggung kepala memandang ibunya.
"Abang-abang benci Dahlia ke ibu?"
Puan Dheena mengeluh perlahan. "Tak benci.. cuma Dahlia tak perlu la menyusahkan mereka.. Dahlia masuk hospital ni pun kira dah menyusahkan kami tahu sebab kena ulang-alik kesini?"
Zzup!
Terasa seperti belati menusuk ke jantungnya ketika ini. Fikirnya Puan Dheena akan memujuknya, namun Puan Dheena sendiri mengatakan bahawa dia menyusahkan?
Adakah dia menyusahkan dimata abang-abang serta ibunya?
"Sudah.. cukup la tu. Awak pergi masuk kereta. Biar saya yang uruskan barang anak kita ni."
"Takpe.. Dahlia boleh uruskan sendiri.. abah dan ibu pergi la ke kereta dulu.. nanti Dahlia ikut.."
Encik Badrul mengeluh perlahan. "Dahlia..."
"Dahlia taknak susahkan sesiapa dah.. Dahlia boleh turun sendiri." Jawab Dahlia dengan mata berkaca.
Puan Dheena mendengus. "Jom awak kita turun." Puan Dheena menarik tangan suaminya. Encik Badrul akur mengikuti langkah sang isteri.
YOU ARE READING
HUZAIR'S [OG]
Romance"Saya.. nak badan awak boleh?" -Dahlia Bashira- "Pardon?" -Huzair Haq- Siapa sangka? Hanya dengan kesilapan 'pertanyaan' itu dapat menghubungkan hubungan diantara si pemalu dan si introvert? Bukan.. Dahlia bukanlah seorang yang nakal begitu.. cuma k...