MALAM kian menjelma. Kelihatan Fera sudah tiba di seven eleven untuk bekerja shift malam bersama Dahlia. Cuma bezanya Dahlia akan pulang pukul 11 malam nanti manakala dia sambung shift sehingga pukul 7 pagi.Dia okey sahaja bekerja dimalam hari kerana Fera seorang yang kasar. Dah nama pun tomboy kan? Mestilah dia seorang yang kasar dan tak mudah tumbang..
"Erm Dahlia, nanti lepas kau solat maghrib aku keluar kejap tau sebab mak aku cakap kaki dia tak sembuh lagi.. aku ingat nak bawa mak aku pergi mengurut kejap lagi. Kau okey ke aku tinggal kejap?" Ujar Fera seraya meletakkan beg keatas kaunter.
Dahlia senyum. "Takpa.. aku okey je.. lagipun kau pergi kejap je kan?"
Fera mengangguk. "Aku janji kejap je.. sebab tempat mengurut tu dekat je dengan rumah aku."
Dahlia mengangguk. "Okey.. pergilah.."
"Amboi, halau aku ke? Sekarang belum maghrib.. tunggu lepas kau solat la."
Dahlia senyum lalu mengangguk sahaja. Walaupun Fera tu jenis aci redah je namun gadis itu seringkali mengingatinya tentang solat.
Dahlia bersyukur dikelilingi orang yang baik..
*:・゚✧*:・゚✧
"HAZEEM mana mama?" Tanya Huzair yang sedang memakai jam tangan. Puan Nailah menoleh ke arah anaknya.
"Ada kelas tambahan malam katanya.." Huzair mengangguk. "Along keluar kejap.. nak beli barang.."
"Seorang je? Ajak la Hanina sekali.. kesian dia bosan asyik terperap dalam bilik.."
Huzair mengerutkan dahi. Dia menoleh ke arah Hanina yang bersembunyi di sebalik pintu bilik. Huzair tergelak.
"Tak payah sembunyi sangat la Hanina.. along nampak kau bersembunyi.. pakai tudung cepat, kita keluar sekarang."
"Hehehe okey along! Kejap Hanina nak pakai tudung!" Jerit Hanina keriangan sebelum dia berlari-lari masuk semula ke dalam bilik.
Huzair menggeleng dengan senyuman. Puan Nailah senyum. "Along tu garang sangat la dengan Hanina.. sebab tu dia takut-takut nak minta apa-apa.."
Huzair tergelak. "Nak buat macam mana? Along bukannya pandai bergaul sangat mama.. dah memang along tegas macam ni.. Hanina kena terima je la.."
Puan Nailah menggeleng. "Macam mana la bakal isteri nak hadap perangai along nanti."
Huzair senyum. Dia menjungkit bahu. "Well. Bakal isteri along mesti akan jadi orang berguna kalau along yang didik dia. Bukan nak berbangga la, tapi itulah kenyataan."
Huzair senyum bangga seraya menjungkit kening berulang kali ke arah ibunya. Puan Nailah mencebik lalu menggeleng sahaja. Nak mula la tu bangga diri. Malas betul Puan Nailah melayan sikap anak sulongnya tu..
"Along! Dah!" Jerit Hanina yang sedang berlari menuruni tangga dengan tergopoh-gapah. Huzair menoleh ke arah adik perempuannya. Digeleng kepala melihat tudung adiknya yang senget.
"Hanina dah umur berapa ni, hm?" Tanya Huzair lalu mengemaskan sedikit tudung labuh adiknya. Hanina sengih sahaja tatkala ditegur abangnya.
"Pergi keluar cepat.. nanti papa balik, dia duk cari anak dara dia pula.. kan rungsing pula orang tua tu anak kesayangan dia belum balik.." ujar Puan Nailah yang menghalau anak-anaknya.
Huzair tergelak sahaja mendengar itu. "Along keluar dulu, Assalamualaikum." Ucap Huzair seraya menyalami tangan tua si ibu diikuti Hanina. Puan Nailah menjawab salam dengan senyuman.
Hanina terkedek-kedek melangkah mengikuti langkah panjang si abang.
"Along along.. along nak pergi mana ni?" Huzair menoleh ke arah adiknya. Huzair senyum.
"Along nak jumpa kawan along kejap.." terbeliak mata Hanina. "Kawan along? Lelaki ke? Taknak ikut la macam tu.. tadi kata nak beli barang.. ni kata lain pula.."
Huzair tergelak melihat bibir memuncung si adik. "Alah takyah risau la.. kawan along tu perempuan. Kalau dia lelaki, memang tak la along nak ajak Hanina ikut sekali.."
Huzair membuka pintu keretanya. Hanina mengangguk faham. Dia masuk ke dalam kereta.
"Sejak bila along berkawan dengan perempuan ni? Tak silap Hanina, dulu masa kawan Hanina nak berkawan dengan along, along tolak kan?"
Huzair mengangguk. Dia introvert, dengan lelaki pun dia jarang bergaul, apatah lagi dengan berlawanan jantina kan?
Memang mustahil la seketul Huzair nak bergaulnya pun.. tapi dengan seorang gadis tu.. lain pula jadi.
"Yang ni special sikit.." terbit senyuman di bibir nipis jejaka itu selepas mentuturkan itu. Hanina mengecilkan mata melihat wajah bahagia si abang. Dia menyenggol lengan Huzair.
"Siapa tuuu.. macam.. lebih dari seorang kawan je? Taknak share dengan Hanina ke?" Huzair menoleh ke arah adiknya sekilas.
"Along baru je kenal dia, Hanina. Baru berapa kali je kami jumpa. Masih terlalu awal untuk along cerita hal ni pada Hanina."
Hanina mengangguk faham. Dia faham mengapa abangnya berkata begitu kerana abangnya pernah membawa seorang perempuan bertemu keluarganya satu ketika dulu.
Dan ibubapa Huzair terima perempuan itu masuk menjadi keluarga mereka. Namun perempuan itu membuat onar menjauhi Huzair kerana bosan katanya bercinta dengan Huzair.
Maklum lah, Huzair tu introvert. Tak banyak bercakap. Dia hanya pandai mendengar tapi tidak pandai membalas perbualan.
Hanina hanya perhatikan sahaja abangnya yang senyum tidak lepas. Hanina senyum lebar.
"Tak sabar nak jumpa dia.. nampak gaya macam along suka sangat je dekat dia.. mesti dia baik kan?"
Huzair mengangguk tanpa ragu-ragu. "She is. Tapi along taknak cepat sangat menilai seseorang sebab along taknak kisah yang dulu berulang lagi.." ujar Huzair dengan suara yang amat perlahan.
Tipulah jika dia dah lupakan hal itu. Dia dah move on, tapi dia masih ingat akan kisah dulu. Kisah dimana dia tidak mahu mengenali mana-mana perempuan kerana dia tidak mahu kecewa sehingga dia hampir menyakiti dirinya.
Hanina berdehem tatkala melihat abangnya hanya mendiamkan diri.
"Tasik tu cantik kan, along?" Tanya Hanina seraya menunding jari ke arah tasik. Huzair senyum dengan gelengan. Tahu sangat yang adik dia nak ubah topik.
"Mana Hanina tahu tasik tu cantik? Sekarang ni kan malam. Gelap. Tak nampak apa-apa.."
Hanina mengangguk. "Ya, memang tak nampak apa-apa, tapi firasat Hanina mengatakan tasik tu cantik. Macam cinta juga.. dari pandangan mata mungkin tak nampak, tapi dari mata hati mengatakan segalanya."
Huzair menjungkit kening lalu mengangguk. "Wow berpujangga. Good." Huzair gelak perlahan lalu mengusap kepala si adik.
Hanina sengih sahaja dipuji abangnya. Bukan mudah tahu si Huzair tu nak memuji adik-adiknya.. bila dia puji tu dikira ikhlas la tu.
Tapi sebenarnya.. kata-kata Hanina tu ada maknanya.. entah Huzair faham atau tidak..
TBC🤍
Hint next bab :"Jangan Hazeem.. jangan buat macam ni pada saya.." rayu Dahlia namun Hazeem hanya endahkan.
Hazeem gelak sinis. "Ada nampak muka aku kisah ke dengan rayuan kau ni?" Dahlia menggeleng. "Saya mohon jangan.. please stop buat semua ni.."
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
HUZAIR'S [OG]
Romantizm"Saya.. nak badan awak boleh?" -Dahlia Bashira- "Pardon?" -Huzair Haq- Siapa sangka? Hanya dengan kesilapan 'pertanyaan' itu dapat menghubungkan hubungan diantara si pemalu dan si introvert? Bukan.. Dahlia bukanlah seorang yang nakal begitu.. cuma k...