HAZEEM melangkah ke ruang tamu. Diregangkan sedikit otot tubuhnya. Sekarang sudah masuk tengahari, disebabkan dia terlalu penat diikat semalam, jadi dia bangun agak lewat dari biasa. Ini semua Huzair punya pasal la.."Akak." Panggil Hazeem lalu menghenyak punggung di tepi kakaknya yang sedang menjahit baju. Dia menjeling adiknya. "Apa?"
Mata Hazeem melilau memandang sekeliling. "Along dah pergi kerja ke?"
Hanina menggeleng. "Tak. Along ambil cuti hari ni.." berkerut dahi Hazeem. "Sebab?"
"Tak tahu.. akak cuma tahu yang along nak keluar ke mall je.. mungkin nak beli barang kerja dia kot."
Hazeem mendengus. Disandarkan tubuhnya ke sofa lalu dipicit pelipisnya perlahan.
"Perempuan semalam tu.. along kenal ke?" terhenti jemari Hanina. Dia menoleh memandang adiknya. "Kenapa nak tahu?"
Hazeem berdecit. "Jawab je la.. sebab along cakap kenalan dia kan?"
Hanina mengangguk. "Ya.. nama dia Dahlia.. along kenal dia dan mereka berkawan baik.. along ada cerita sikit tentang Dahlia pada akak.."
Hazeem mengeluh. "Kenapa dalam ramai-ramai perempuan, perempuan tu juga yang along berkawan?"
"Kenapa? Salah ke kalau along berkawan dengan dia? Akak tengok Dahlia tu baik.. lemah lembut.. sopan santun je orangnya.. tak ada pula dia kurang ajar pada sesiapa.."
Hazeem gelak sinis. "Tipu daya perempuan dasyat kak. Awal perkenalan memang la semua manis.. tapi tengok la bila dah kenal lama nanti.. mesti dia ada niat tak elok pada along."
Hanina memejam mata kejap. Dia menoleh memandang adiknya. "Apa maksud niat tak elok tu?"
Hazeem menjungkit bahu. "Kikis? Perempuan sekarang kan kaki kikis.. suruh lelaki beli itu ini.. belanja itu ini.. belanja barangan mahal.. biasanya perempuan yang rapat dengan lelaki kaya macam along akan suruh along bayarkan semuanya nanti.."
Hanina menggeleng. "Sungguh suci kan hati Hazeem sampai sanggup tuduh Dahlia macam-macam?"
"Tch. Konon dia bertudung, akak terus pertahankan dia la? Dengar sini akak, yang bertudung tak semestinya baik. Diorang pun bukan sempurna sangat. Banyak je dosa yang mereka lakukan tapi kita yang tak tahu.."
Hanina mencerlung tajam wajah adiknya. "Kenapa nak sibuk tentang dosa orang ni? Hazeem bukan sesiapa sampai nak menilai dosa pahala orang. Dan untuk pengetahuan Hazeem, wanita bertudung untuk menutup aurat. Dan perkara itu adalah wajib dalam Islam. Tak kisah la dia jahat atau baik, itu urusan dia dengan Allah. Hazeem sebagai hamba Allah, lebih baik Hazeem fikir cara untuk tebus dosa Hazeem sendiri.."
Hazeem memutarkan biji matanya. "Mula dah ustazah beri ceramah.."
Hanina menggeleng. "Cara Hazeem menilai Dahlia sama jugalah seperti Hazeem menilai akak dan mama. Apa Hazeem lupa ke yang perempuan dirumah ni pun bertudung juga?"
Hazeem menggaru telinganya. Ini yang malas ni nak berbual dengan Hanina. Mula la membebel pasal agama.. Hazeem pula jenis yang panas bila dengar hal agama..
Hanina bangun dari duduknya. Tak ada mood dah nak menjahit dengan tenang lepas langau datang ni.
"Sebaik-baik diri sendiri, baik lagi orang lain. Dan seburuk-buruk orang lain, buruk lagi diri sendiri. Kekalkan fikiran itu dalam otak supaya kita tidak terlalu bangga diri. Ingat satu perkara ni Hazeem.. Allah tak suka kepada orang yang sombong takbur.."
Hazeem menjeling langkah laju kakaknya. Dia mencebik lalu menggeleng. Diambil remote tv lalu dibuka siaran televisyen.
Menasihati Hazeem sama sahaja mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apa yang dinasihati langsung tidak diterima. Entah bagaimana lagi cara untuk mendidik seketul Hazeem ni..
YOU ARE READING
HUZAIR'S [OG]
Storie d'amore"Saya.. nak badan awak boleh?" -Dahlia Bashira- "Pardon?" -Huzair Haq- Siapa sangka? Hanya dengan kesilapan 'pertanyaan' itu dapat menghubungkan hubungan diantara si pemalu dan si introvert? Bukan.. Dahlia bukanlah seorang yang nakal begitu.. cuma k...