BAB 10🪷

3.9K 308 42
                                    



DAHLIA mengemas kawasan kaunter di tempat kerjanya. Mata fokus pada barang di atas kaunter namun akal menerawang tentang hal lain. Dia masih terfikir tentang perbualannya bersama Huzair semalam.

'Kenapa awak reject hubungan syarikat antara awak dengan abang Badri?'

'Saya tak memerlukan rakan sekerja yang kurang ajar dalam percakapan. Ya, saya akui pekerjaan abang awak bagus. Tapi apa yang penting dalam hal kerja adalah adab. Adab sesama sendiri. Kalau jenis menengking tak ada hala tuju, lebih baik jangan bergaul dengan saya.'

Dahlia memuncung mengingati akan hal itu. "Apa maksud dia menengking? Abang Badri tengking dia dekat majlis tu ke?" Monolog Dahlia seorang diri.

Dia pun tidak tahu apa kisah diantara Badri dengan Huzair. Nak tanya banyak-banyak tapi orang dah azan Isyak semalam. Jadi, Huzair menutup panggilan dengan salam sahaja.

Ting!

Dahlia menoleh ke arah pintu tatkala loceng berbunyi yang menandakan ada seseorang masuk.

"Selamat datang.." ucap Dahlia dengan senyuman walaupun senyumannya tidak dibalas oleh pelanggan. Memang itu la yang dia hadap setiap hari.

Hanya jelingan sahaja yang dia dapat. Mungkin inilah yang dimaksudkan adab oleh Huzair. Dan kemungkinan ini juga penyebab Huzair cepat baran.

Cuba la bekerja di customer service. Kita akan tahu sikap customer. Bermacam-macam ragam.. kadang sakit kepala dibuatnya nak melayan..

Dahlia perhatikan sahaja seorang remaja lelaki dihadapannya yang berpakaian sekolah. Seven Eleven ni dekat sahaja dengan sekolah menengah. Tapi makan masa 8 minit juga la jika berjalan kaki.

Dahlia mengerling jam di pergelangan tangan.

9:01 a.m.

Masih terlalu awal untuk budak sekolah datang ke seven eleven. Bukan ke waktu macam ni waktu belajar ke?

Remaja tadi meletak gula-gula diatas kaunter lalu memandang pekerja perempuan dihadapannya.

"Nak dunhill sekotak."

Berkerut dahi Dahlia. "What? Tak boleh.. awak remaja bawah umur. Awak tak boleh beli rokok." Tegas sahaja suara Dahlia ketika ini. Budak zaman sekarang ni main aci redah sahaja..

Lelaki itu berdecit. Digaru kasar kepalanya.

"Bagi je la.. bukannya aku nak mencuri pun. Aku bayar kan?"

Dahlia menarik nafas lalu dihembus perlahan. Sabar sabar..

Jari menunding ke arah board. "Nampak tak amaran ni? Remaja bawah 18 tak dibenarkan beli rokok walau sekotak sekalipun. Saya takkan beri pada awak."

Lelaki itu gelak sinis. "Selama ni tak ada pula orang nak marah-marah aku beli apa-apa. Kau sebagai pekerja bawahan ni tak sepatutnya halang customer kau beli apa-apa."

Dahlia mengetap bibir. Kenapa remaja sekarang banyak kurang ajar? Ingin sahaja dia menjentik telinga remaja dihadapannya ini.

Mata Dahlia menurun ke nametag milik remaja itu. Dia mengeluh perlahan.

"Hazeem, akak memang tak akak beri rokok pada awak. Awak tahu itu kesalahan, tapi kenapa awak nak memaksa akak lagi?"

Hazeem menjulingkan matanya. "Memekak la perempuan zaman sekarang. Aku bukan adik kau pun. Kalau aku mati sebab rokok pun, bukan urusan kau. Sekarang, aku nak rokok sekotak je pun. Bak cepat, aku nak cepat ni."

Dahlia mengetap bibirnya. Dia berpeluk tubuh dihadapan Hazeem.

"First, awak budak sekolah. Waktu macam ni sepatutnya awak belajar tapi kenapa awak berada di sini waktu begini?"

HUZAIR'S [OG]Where stories live. Discover now