BAB 21

464 27 2
                                    

PUAS meneroka rumah milik suaminya, Humra duduk di sofa yang berada diruang tamu. Dia kelelahan setelah menjelajah semua pelosok rumah milik Elhan. Dia tersenyum nipis apabila melihat dekorasi dalaman rumah suaminya. Dindingnya semuanya berunsur warna putih dan kelabu. Mungkin bagi orang lain nampak macam membosankan apabila dipandang tapi tidak baginya. Baginya, kedua warna tersebut sangat tenang apabila dipandang. Perabot juga disusun cantik walaupun barangan perabot tidak berapa banyak.

Dia tersenyum berpuas hati apabila cita rasa suaminya kena dengan dirinya. Dalam masa yang sama, Humra berbangga dengan pencapaian suaminya, di usia yang masih muda lelaki itu sudah mempunyai aset sendiri seperti rumah dan kereta. Dia tahu, bukan mudah mahu berjaya diusia muda. Tapi lelaki itu telah membutikan yang semua orang mampu memiliki aset di usia muda.

Humra menepuk dahinya apabila baru teringatkan suaminya.

Melilau kepala Humra mencari kelibat Elhan di sekitar ruangan rumah. Rasanya sudah setengah jam dia meninggalkan lelaki itu diruang tamu tadi kerana dia teruja mahu melihat sekeliling rumah milik lelaki itu tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa bila dia sudah berlari mahu melihat dekorasi rumah milik suaminya.

'Mana dia ni?' getus hati Humra apabila kelibat Elhan tidak kelihatan dipandangan matanya.

Terbejat langkahnya yang mahu mencari suaminya. langkah kaki menuruni anak tangga kedengaran di pendengarannya. Dia menoleh ke arah tangga rumah apabila bunyi langkah tersebut semakin dekat. Dia tersenyum teruja apabila melihat suaminya yang tengah turun ke bawah.

"Puas dah teroka syurga kita berdua ni?" soal Elhan sebaik saja turun dari tingkat atas.

Dia baru saja selesai menyimpan bagasi milik mereka berdua di bilik mereka yang berada di atas. Dia melangkah ke arah isterinya yang duduk di sofa kembali.

"Dah, cantik sangat. Pandai abang buat dekorasi rumah abang. Tenang je mata memandang," jawab Humra dengan senyuman teruja.

Elhan mengangguk lalu punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya.

"Mula hari ni, ini bukan lagi rumah abang," ujar Elhan dengan wajah serius.

Berkerut kening Humra apabila mendengar ujaran suaminya. Kalau bukan rumah dia dah, jadi ni rumah siapa? Tak akanlah dia dah jual tapi tetap nak duduk sini? Haih!

Melihat mimik muka isterinya membuatkan Elhan menghamburkan ketawa. Wajah seriusnya serta merta hilang apabila melihat wajah binggung isterinya. Hailah isteri! Kenapalah comel sangat ni!

"Awak ni janganlah buat muka macam tu, comel tahu tak?"

"Abang ni kenapa? Tadi muka serius sangat ni ketawa pula! Apa yang lawak sangat?" soal Humra sedikit geram. Tak faham. Apa yang lawaknya?

"Awak itulah, abang baru nak serius tapi awak dah tunjuk muka comel. Tak bolehlah macam ni," kata Elhan lalu kedua pipi isterinya dicubit manja.

"Abang..." Humra menolak tangan Elhan dari terus mencubit pipinya. Dia sudahlah pantang kalau orang main cubit pipinya suka hati. Bukan apa, dia tak nak jerawat naik nanti. Haih! Itu kepantangan bagi para wanita tau!

Elhan pandang wajah cemberut isterinya.

"Maksud abang, mulai hari ini, rumah ni bukan lagi rumah abang lagi tapi rumah ni rumah kita berdua. Rumah abang dan rumah awak." Tangan isterinya Elhan capai.

Wajah cemberut Humra serta-merta hilang sebaik saja mendengar kata-kata suaminya. Rasa terharu mendengar apa yang dikata suaminya. Dalam terharu, Humra turut menggeleng kepalanya.

"Rumah ni tetap rumah abang, Humra cuma tumpang je duduk sini. Humra tak nak mengaku yang rumah ni rumah Humra sebab Humra langsung tak ada bagi apa-apa sumbangan untuk rumah ni. Ini rumah abang yang abang bina dengan usaha titik peluh abang sendiri, bukan Humra. Jadi Humra tak nak akui sebab Humra tak layak." Humra senyum nipis.

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now