Setelah siap makan, Arisha pun segera pergi ke It's Go Cafe hanya sekadar untuk membuka pintu. Sesampai di depan cafe Arisha pun buka lah pintu.
"Assalamualaikum Arisha"
"Waalaikumsalam eh akak Fara" akak Fara ialah kakak kepada Maryam
"Akak buat apa kat sini?"
"Hehe saja datang, tadi pergi rumah sewa Yam tapi tak jumpa pula Risa. Dia orang kata yang Arisha dah pergi kerja jadi akak datang la ke sini" kata Fara
"Aik dari mana akak tau Risa kerja sini? " tanya Arisha
"Dia orang bagi tau" kata Fara
"Oooooo, eh akak Risa tak boleh lama ni sebab nanti Risa ada class jadi Risa kene pergi sekarang ni takut lambat." Arisha membuat gaya seperti sudah terlambat.
"Ha ok lah nanti kita jumpa balik ye atau petang ni pukul 4:30. Jumpa kat kedai ni?" tanya Fara
"Hmmm ok nanti kita jumpa petang ni ye kak. Risa dah kene pergi ni bye kak, assalamualaikum" selepas sahaja memberi salam Arisha pun terus lari dan pergi ke perhentian bas supaya tak ketinggalan bas.
"Waalaikumsalam" Fara hanya mampu tengok sambil geleng kan kepala dan tersenyum.
Selepas Arisha pergi Fara pun membuat keputusan untuk pergi ke hotel untuk membuat tempahan bilik untuk dua hari.
.🌸 ~~~ 🌹🎀🎀 🌹 ~~~ 🌸.
"Assalamualaikum wahai kawan ku yang tercinta" Hilyaa yang tiba-tiba muncul di belakang membuatkan Arisha mengucap panjang.
"Astaghfirullah, Hilyaa jantung aku ni hampir nak tercabut tau" kata Arisha sambil mengusap dadanya.
"Hehe eh kau tak jawap salam aku!"
"Waalaikumsalam kawan ku yang cantik ~" kata Arisha sambil tersenyum manis.
"Hehe aku memang cantik kau baru sedar ke?" kata Hilyaa dengan nada yang menjengkelkan.
"Menyesal aku cakap" Arisha terus melajukan langkahnya kerana malas layan perangai kawan yang pelik di pagi hari.
"Eh eh Arisha jangan lah laju sangat. Aku tau la kau lagi tinggi dari aku tapi jangan lah tinggal aku!!" Hilyaa pun mengejar Arisha supaya dapat mengikutinya yang sudah jauh ke depan.
Masuk je dalam kelas terus dengar banyak gosip yang menyebar dari satu kelima lepas tu tersebar satu kelas.
Dengan tanpa malu Hilyaa datang bergabun gosip sekali dengan gang gosip.
"Korang gosip pasal apa ni?nak tau jugak" ceria je suara Hilyaa menanya .
"Hmm oh hii Hilyaa" sapa perempuan yang bernama Suraya.
"Weh Hilyaa kau tahu tak yang Uni kita akan datang pelawat" tanya Qirana ketua kumpulan gosip di situ.
"Oooo yang tu ke. Jadi apa masalahnya kan bende biasa je?"
"Memang la tapi aku dengar yang pelawat kali ni kaya dan hensem sangat"
Malas nak layan dengan gosip mereka Arisha pun membuka telefon nya untuk melihat sekiranya ada apa-apa pesanan atau tidak.
Ikhwarish Family Grup♥️
Mama syg❤️
SIAPA YANG ROSAK KAN KUALI MAMA!!
YOU ARE READING
YOU MY HUSBAND
RomanceAliana Arisha x Tunku Zahid Uthman Semasa perjalanan balik dari kerja Aliana Arisha di ganggu oleh 3 orang lelaki yang dalam keadaan mabuk, dia hampir sahaja di perlakukan dengan buruk oleh sekumpulan lelaki itu tetapi nasib baik la terdapat seorang...