HVSVH 01 (2025)

357 20 0
                                    

Perkarangan Prestige International High School mula dibanjiri dengan para pelajar dari tahun satu hingga ke tahun akhir selepas cuti semester yang panjang.

Sebuah McLaren 720s dipandu masuk ke dalam perkarangan sekolah, menuju ke tempat letak kereta yang sudah dikhaskan buat beberapa pelajar di sekolah itu. Tidak ramai yang mendapat keistimewaan tersebut kecuali beberapa pelajar terpilih.

Sebaik sahaja kereta itu berhenti di kotak parking, enjin dimatikan. Pemilik kenderaan itu keluar sambil menggalas beg pada bahu sebelah kanannya. Kehadiran pemilik kenderaan itu mula menarik perhatian pelajar yang melalui kawasan itu.

"Oh my God, tu senior final year kita ke?" soal seorang pelajar setelah melihat pemilik kenderaan itu.

"Gosh, the hottest senior final year. I hope dia jadi head prefect tahun ni," luah pelajar lain pula.

"I'm dying because of his good-looking visual," puji pelajar yang baru tiba di kawasan itu.

Terdapat lagi beberapa pelajar lain yang berbisik-bisik sewaktu melintasi di hadapan jejaka itu.

Pada masa yang sama sebuah Porsche 911 berhenti di kotak parking bersebelahan dengan kereta lelaki itu. Melihat nombor pendaftaran kereta itu membuatkan lelaki itu menarik senyuman nakal di wajahnya.

Pemilik kereta Porsche 911 itu keluar dari kereta lalu membetulkan rambutnya. Alarm kereta ditekan. Beberapa pelajar perempuan yang tidak habis memuji lelaki tadi dijelingnya tajam tanda menyampah.

"Wah... welcome back, Tengku Dyana Zatiera. Aku ingatkan kau nak tukar sekolah lain. Tak sangka kita jumpa lagi tahun ni," tegur lelaki itu dengan nada sarkastik.

Dyana menoleh memandang lelaki yang berdiri di sekolah keretanya. Wajahnya menunjuk reaksi menyampah.

'Apahal mamat ni? Baru first day sekolah nak cari gaduh pula,' fikir Dyana.

"Kau buta? Tak nampak nama aku dekat itu?" soal Dyana yang berjalan mendekati lelaki yang menegurnya itu. Jari ditunjukkan ke arah papan tanda tempat letak kereta yang masih jelas mempunyai namanya di situ.

Mata Dyana bergerak memandang lelaki itu dari atas ke bawah.

"Enjoying the view?" soalnya sambil membetulkan blazer yang tersarung pada badannya.

"Pardon?" soal Dyana sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Ala aku tahu aku makin handsome sebab tu kau terpukau sekejap tadi," katanya bangga.

"Dasar angkat bakul sendiri," kutuk Dyana di hadapan lelaki itu.

"Habis tu kau nak tolong angkatkan ke? Nah," soalnya lalu memberikan begnya kepada Dyana tanpa menunggu jawapan daripada gadis itu.

"Wh... what?" Membulat mata Dyana apabila lelaki itu dengan selambanya meletakkan beg sekolah di tangannya.

"Thanks. Tolong letak dekat tempat aku. Bye!" tutur lelaki itu lalu berjalan pergi. Sempat dia mengenyitkan matanya sebelum memandang ke hadapan semula.

Dyana membuat muka tidak percaya lalu membulatkan matanya. Namun dia sudah terlambat untuk membuat serangan balas apabila lelaki itu sudah berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah.

Pantas Dyana membuka langkahnya ingin mengejar lelaki itu yang sudah jauh di hadapan.

"Yah! Tengku Hafiey Daniel! I'm not your slave!" jerit Dyana yang tidak menghiraukan kewujudan pelajar lain yang berada di situ.

"Hish! Tak guna punya Hafiey," sumpah Dyana geram.

Hafiey hanya menarik senyuman nakal. Rezeki dia dapat mengusik gadis itu pada hari pertama persekolahan setelah cuti panjang. Mendengar jeritan Dyana dari hujung koridor membuatkan dia tertawa.

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now