HVSVH 03 (2025)

283 20 0
                                    

"Surprise!" tutur Hafiey lalu menayangkan senyuman di wajahnya. Manakala Adriel pula berada di hadapan kaunter untuk membuat pesanan.

"Bagi balik air aku," arah Dyana.

"Nah." Dengan senangnya Hafiey memberikan semula air itu kepada Dyana.

"Kau demam ke apa? Senang pula nak bagi. Sebelum-sebelum ni bukan main susah lagi," tutur Dyana pelik.

"Saja nak buat pahala hari ni," tutur Hafiey lalu memusingkan badannya berjalan ke arah Adriel yang sedang membuat pesanan.

"What the f... habis tu dosa kau dekat aku selama ni bukan main banyak lagi baru hari ni nak buat pahala? Haish," desis Dyana geram. Mahu sahaja dia menghempuk kepala lelaki itu.

Langkah diatur berjalan menuju ke meja.

"Bala is here," ujar Dyana.

"Who?" soal Elliana lalu menjenguk ke arah kaunter.

"Okay faham," tutur Elliana selepas melihat Hafiey dam Adriel yang sedang berjalan menuju ke arah meja mereka.

Alya yang malas untuk mengambil tahu hanya bermain dengan telefonnya. Tanpa sedar kerusi di sebelahnya ditarik oleh Adriel. Alya mengangkat wajahnya lalu menoleh.

"Wha..." Alya terus mematikan niatnya untuk membuka mulut. Malas mencari gaduh dikala emosinya tidak stabil itu. Adriel juga sepertinya hanya mengabaikan sahaja kewujudannya di situ.

"Kau pasang tracker ke apa dekat kereta kita orang?" soal Elliana kepada Hafiey.

"Well... aku hampir buat but aku tak segila tu ye nak jadi stalker, Miss Ku Elliana Ivy," balas Hafiey.

"Mana tahu kau bosan sangat ke," tutur Elliana lalu menyedut minumannya.

"Hidup dia memang membosankan," celah Dyana selamba.

"Ye sebab tu kena kacau kau hari-hari baru ada fun tu," jawab Hafiey.

"Ish!" Dyana menjeling tajam Hafiey.

"Come on, Fiey kau dah kacau aku since kita tadika gila," tutur Dyana lalu meletakkan minumannya di atas meja.

"Well... maybe aku boleh letak tu as hobby dalam biodata aku," seloroh Hafiey.

"Letak kalau terasa mulut kau nak kena fencing dengan kaki aku," tutur Dyana memberikan amaran awal kepada lelaki itu.

"191."

Adriel bangun saat mendengar nombor pesanannya dipanggil.

"Thanks, Ad," tutur Hafiey.

Pada masa yang sama, dua orang perempuan melangkah masuk ke dalam kafe itu.

"Wait, tu bukan ex you ke, Khai?" soal Emma apabila terlihat Adriel yang sedang membawa dulang menuju ke meja.

"Mana?" tanya Khairina, lalu melihat ke arah yang ditunjuk oleh kawannya itu.

"Wait... perempuan sebelah dia tu bukan ke Alya? Alya yang rampas Ad daripada you tu," tambah Emma apabila mengenal pasti perempuan yang duduk di sebelah Adriel itu.

Khairina yang mendengar nama tersebut terus mencapai cawan minuman yang terletak di atas kaunter dan menuju ke arah meja Adriel.

Air yang berada di dalam cawan itu dituangkan ke atas kepala Alya yang jelas sekali tidak peka dengan apa yang bakal berlaku. Mereka yang tadinya bergurau senda di meja itu terus terdiam setelah melihat Alya disimbah air.

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now