HVSVH 05 (2025)

234 17 0
                                    

"Ma, I keluar dulu," tutur Dyana lalu menyarungkan kasutnya.

"Wait, Dy you ada training ke?" soal Tengku Danielle yang melihat ke arah jam dinding yang menunjukkan angka enam petang. Bukankah anaknya selalu training pada pukul lima petang?

"Tak, I nak keluar dengan Myra," balas Dyana memandang wajah Tengku Danielle yang berada di muka pintu.

"Oh, I see. Malam ni mama dengan papa ada dinner mungkin balik lambat sikit. You okay duduk rumah sorang-sorang sekejap?" tutur wanita itu mengenai jadualnya pada malam itu.

"I'm okay. Kalau I lambat maybe I tidur rumah Myra je kot," balas Dyana.

Tengku Danielle hanya mengangguk.

"I pergi dulu. Bye," pamit Dyana lalu berjalan keluar dari pintu utama.

Mata menangkap kereta Lamborghini Senna milik Amyra yang sudah berada di perkarangan rumahnya. Segera dia berjalan ke arah kereta Audi Rs7 miliknya untuk mengambil sebuah beg di dalam but kereta.

Langkah kaki diatur berjalan ke arah kereta Amyra. Dia masuk ke dalam perut kereta.

"Line clear?" soal Dyana lalu memakai seatbelt.

Amyra mengangguk lalu memulakan pemanduannya. Laju sahaja keretanya bergerak meninggalkan kawasan perumahan elit itu.

Setelah sejam memandu, kereta berhenti di hadapan sebuah gym boxing yang terletak jauh di pinggir bandar.




Tok! Tok!

Seseorang mengetuk tingkap kereta Amyra. Amyra terus membuka pintu.

"Awal kau sampai?" soal Alya yang memakai jaket kulit berwarna hitam. Mata Alya dikalih menunjukkan motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducatti yang diletakkan tidak jauh dari mereka itu.

"La kau merempit rupanya," tutur Amyra.

Dyana keluar dari perut kereta.

"Betul ke apa kau nak buat ni Yana?" soal Amyra sedikit risau.

"Well, korang kenal aku macam mana. I refused to give up before I try," tutur Dyana lalu berjalan masuk ke dalam gym itu.

Amyra melepaskan keluhan.

"Kau buat tak apa yang aku suruh buat tu?" soal Alya ingin memastikan sesuatu.

"Dah," balas Amyra. Gadis itu menyuruh dia untuk meletakkan spy camera di dalam gym itu supaya dapat menjadi bahan bukti jika keadaan tidak berpihak kepada mereka.

Alya mengekori langkah Dyana selepas mendapatkan kepastikan daripada Amyra.

Mata Dyana jatuh memandang Naim yang kelihatan serba tidak kena manakala bertentangan dengannya pula terdapat Syafiq yang memandang sinis ke arahnya bersama dua lagi rakannya yang dia pernah jumpa sebelum ini.

"Kau kenapa macam hilang anak?" soal Dyana yang meletakkan begnya di tepi lelaki itu.

"Kau memang tak takut apa-apa ke?" soal Naim yang mulai risau.

"Aku? Kau lupa ke aku siapa? Tengku Dyana Zatiera, vice head prefect of Prestige High. Don't forget my head prefect is Hafiey Daniel. So, I know what I am capable of," tutur Dyana mengingkatkan semula mengenai identitinya kepada lelaki itu. Tidak dapat dinafikan selama lima tahun dia menjadi pembantu lelaki itu, dia berjaya mendidik Dyana untuk tampil lebih kuat dan pantang mengalah sebelum mencuba. Sedikit sebanyak kata-kata Hafiey membangkitkan kekuatan dalamnya yang tersembunyi selama ini.

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now