HVSVH 04 (2025)

194 14 0
                                    

"Aku pergi bilik fisio kejap," tutur Alya sambil menepuk belakang Dyana yang berdiri di hadapan sickbay.

"Hah... okay," balas Dyana. Dia terus mengatur langkah masuk ke dalam sickbay.

"Hmm... mana pelajar yang baru datang tadi eh?" soalnya kepada wanita yang bertugas di kaunter.

"Kejap ye," jawab wanita itu sambil memeriksa rekod yang ditinggalkan oleh pengawas yang menghantar pelajar itu ke sini.

Dyana hanya mengangguk.

'Haih, baru first day aku jadi vice dah kena handle masalah buli.'

"Katil nombor enam," tutur wanita itu.

"Okay, terima kasih," ucap Dyana lalu berjalan menuju ke arah katil nombor enam.

Tirai diselak. Kelihatan seorang lelaki dengan baju kemeja yang sudah kotor terbaring di atas katil.

"Naim?" tebak Dyana apabila membaca nametag pelajar itu di atas meja di tepi katil.

Lelaki itu mencelikkan matanya. Memandang ke arah Dyana.

"Kau nak apa?" soal Naim setelah meneliti uniform yang dipakai oleh Dyana kelihatan sedikit berbeza dengan pengawas yang menghantarnya tadi.

Dyana berdecit.

"Like seriously?" soal Dyana lalu duduk di kerusi yang berada di tepi katil itu tanpa segan silu.

"Aku Dyana, vice head prefect. Aku nak tanya kau beberapa soalan dan aku harap kau bagi kerjasama sebab aku tak ada masa nak lama-lama dekat sini," jelas Dyana tegas.

Naim menarik senyuman sinis.

"I got nothing to say," balas Naim.

Dyana memandang tajam lelaki sombong itu.

'Eh, mamat ni dah la mangsa buli lepas tu nak sombong pula dengan aku.'

"Well, the CCTV says otherwise," tutur Dyana lalu menayangkan rakaman CCTV yang dihantar oleh Alya kepadanya.

Naim memandang video itu dan Dyana bersilih ganti.

"Kau budak tahun dua jangan nak tunjuk tanduk kau dekat aku. Kenapa kau kena buli? Dia orang minta duit?" tebak Dyana yang menyimpan semula telefonnya namun sempat menekan voice recording sebelum telefon itu masuk ke dalam poket blazer.

"Kalau dia orang minta duit pun... bukan duit kau," balas Naim.

"Gosh... memang bukan duit aku tapi... benda tu terjadi dalam kawasan aku. So, masalah kau jadi masalah aku juga. Faham?" balas Dyana menekankan setiap baris ayat yang dikeluarkan. Tangannya naik membuang habuk pada bahu lelaki itu.

Naim memandang Dyana dengan perasaan seram sejuk secara tiba-tiba. Adakah pengawas perempuan ini tidak takut dengan dirinya? Walaupun dia merupakan pelajar tahun dua, namun dia seorang lelaki manakala Dyana merupakan seorang perempuan. Kekuatan mereka tidak setanding.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Nanti lepas kau dah ready, jumpa aku dekat bilik pengawas," tutur Dyana lalu bangun meninggalkan Naim yang terpinga-pinga memandangnya.





Sementara itu, Alya baru selesai diperiksa oleh pakar fisioterapi. Dia mengambil blazer lalu turun dari katil.

"So how?" soal Alya tidak sabar.

"You can compete but with extra care," jawab pakar itu.

"It's good then," balas Alya yang hanya mahukan satu sahaja jawapan daripada wanita itu.

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now