HVSVH 12

20.3K 1.2K 29
                                    

BAM

Pintu ditolak kasar oleh Dyana dengan muka yang bengis.

Minuman yang dipesan oleh Hafiey diletakkan di atas meja.

"Ambil ni hah. Kalau boleh telan bekas dia sekali" getus Dyana.

"Thanks Yana" ucap Hafiey dengan muka yang comel.

"Please jangan buat muka macam tu. Naik muntah aku tahu" balas Dyana menyampah.

"Alah kau. Aku tahu kau melting sebenarnya" kata Hafiey selamba.

"Melting my foot. Ergh" kata Dyana lalu memutarkan bola matanya.

"Elele...tak nak mengaku pula" sakat Hafiey.

Dyana terus menepis jari Hafiey.

"Kau buat lagi. Aku patahkan jari kau betul-betul" ugut Dyana.

"Baik la Puan Dyana..eh silap-silap Cik Dyana" Hafiey semakin kuat menyakat Dyana.

"Weyh aku bosan la. Jom pergi jalan-jalan" luah Hafiey sebaik sahaja Dyana duduk.

"Ish kau ni aku baru duduk dah kena bangun balik" rungut Dyana.

"Tu sebab kau gemuk pemalas. Jom la" kutuk Hafiey.

"Ish dah la kutuk aku lepas tu paksa-paksa pula" kata Dyana.

Hafiey menjelingnya.

"Ok fine"

Akhirnya Dyana akur.

Mereka berdua bersiar-siar di sekitar kawasan taman hospital itu.

"Tak padan dengan sakit nak merayap juga" kutuk Dyana yang berjalan di belakang Hafiey.

Hafiey yang berjalan di hadapannya terus berhenti.

"Hah apa dia? Cuba ulang balik apa yang kau cakap tadi? Kurang jelas" kata Hafiey dengan nada yang agak serius.

Gulp. Dyana menelan liurnya.

"Hah...ermm....ermm"

Dyana mula menggigit bibirnya.

Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara yang lunak.

"Eh ada orang buat show la. Jom jom" kata Dyana secara spontan lalu menarik lengan Hafiey.

Mereka tiba di tengah-tengah taman itu.

Di situ terdapat beberapa pesakit yang duduk di bangku yang disediakan sambil melihat persembahan oleh seorang gadis.
Gadis menyanyikan sebuah lagu yang slow tempo dan sangat mendamaikan.

Hafiey terkedu melihat gelang yang dipakai oleh gadis itu.

'Thats not her right?'

Dyana pula sudah hilang entah ke mana.

Skip

Sewaktu gadis itu selesai menyanyikan lagu tersebut, semua pesakit bertepuk tangan.

Mereka mula bangun meninggalkan tempat duduk mereka. Namun tidak bagi Hafiey yang hanya memerhati gadis tersebut dari tempatnya.

Kemudian, Dyana datang dan berdiri di hadapannya.

"Fiey jom. Aku kena balik la" ajak Dyana. 

Hafiey diam.

Someone POV

Sedang asyik aku menghulurkan buah tangan kepada pesakit yang hadir melihat persembahanku.

Aku terlihat seorang perempuan dan seorang lelaki yang masih berada di tempat mereka.

Yang perempuan itu memakai uniform yang agak formal.

'Maybe dia melawat boyfriend dia kot'

Aku mengorak langkah ke arah mereka.

Dyana POV

"Fiey jom" ajakku.

"Hye"

Tiba-tiba ada satu suara menegur kami.

"Ye"

Aku berpaling untuk melihat pemilik suara itu.

"Ni ada buah tangan sikit" katanya lemah lembut.

"Ouh bukan saya yang sakit. Dia ni" kataku lalu berundur ke belakang.

Saat Dyana berundur setapak ke belakang, Hafiey mengangkat wajahnya untuk bertentang mata dengan gadis itu.

"Hafiey"

"Ira"

Kata mereka serentak. Dyana mula bingung dengan situasi mereka.

"Lama tak nampak awak" tutur gadis yang digelar Ira oleh Hafiey sebentar tadi.

"Yana jom"

Hafiey tidak menjawab soalan itu sebaliknya menarik lengan Dyana.

"Eh eh...apa ni...tak..."

Dyana terus 'diheret' keluar dari taman itu.

Gadis itu memandang sayu pemergian Dyana bersama Hafiey.

'Siapa perempuan tu?'

Sebaik sahaja sampai di pintu masuk, Hafiey melepaskan lengan Dyana.

"Apa kau ni main blah je? Dah la dia tanya tak jawab" marah Dyana.

Hafiey memandang tajam Dyana.
"Mind your own business" balas Hafiey.

"What?" Dyana mula bengang.

"Kau dah dengarkan. Jangan masuk campur hal aku. Kau nak balik sangat tadikan. Then berambus la" halau Hafiey.

Dyana seperti tidak percaya.

"Ok fine. Jangan cari aku lagi" marah Dyana lalu keluar.

Hafiey meraup mukanya lalu masuk ke dalam wadnya.

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now