HVSVH 22

19.4K 1.2K 15
                                    

1:30 P.M

Dyana POV

Aku mengemas MacBook lalu diletakkan di laci meja. Kebanyakan pelajar juga hanya meninggalkan gadget untuk mereka belajar di sekolah.

Aku terpandang barisan meja sebelah. Terlihat Hafiey tidur dengan berbantalkan lengannya sambil menggenggam sapu tanganku.

Aku melihatnya simpati.

Aku menarik perlahan kerusi di meja hadapan lalu duduk menghadapnya.

Muka ni la yang banyak berada denganku ketika susah dan senang. Walaupun kerap kali bertikam lidah.

Tanpa disedari tanganku mengusap rambutnya yang hitam berkilat itu.

Aku menyentuh dahinya.

Panas.

"Fiey Fiey bangun" kejutku.

Namun tiada tindak balas.

"Hafiey Daniel bangun la" cubaku sekali lagi. Kali ini aku menggerakkan bahunya.

"Uh. Hm"

Hafiey mengeliat lalu memisat-misat matanya.

"Pukul berapa dah?" Soalnya.

"1:30" balas Dyana lalu membetulkan kembali kerusi yang digunakan dan mengambil begnya.

"Kenapa kau tak balik lagi?" Soal Hafiey.

"Sebab kau la. Takkan nak biar je. Nanti bermalam kau dekat sekolah dengan hantu pula" seloroh Dyana.

Hafiey bangun lalu menggalas begnya.

Hafiey keluar dari kelas dan diekori oleh Dyana di belakang. Namun gadis itu memegang lengannya.

Langkah Hafiey terhenti.

"Huh. Why?" Soal Hafiey.

"Pergi klinik jom" tutur Dyana.

"Ah aku okay la. Demam sikit je" kata Hafiey bagi menyedapkan hati Dyana.

"Ah no no. Aku tak kira. Klinik juga" bentak Dyana.

Hafiey berdiri menghadap Dyana.

"Baik la my miss vice. Kita pergi klinik ye. Tapi kita balik dorm tukar baju mandi semua ok" pujuk Hafiey lalu mencubit perlahan kedua-dua belah pipi Dyana.

"Smileeee" kata Hafiey.

Dyana menayangkan senyuman yang dibuat-buatnya.

"Err but please hand off from my cheeks" kata Dyana sedikit seram.

Hafiey cepat-cepat melepaskan pipi Dyana kerana apa. Kerana Tengku Dyana Zatiera amat benci orang lain bermain dengan pipinya.

"Sorry" kata Hafiey.

Mereka berdua mula berjalan masuk ke kawasan asrama.

3:25 P.M

Dyana bersandar pada kereta sementara menunggu Hafiey.

Sesekali angin datang merosakkan bangs-nya.

'Aduhai bersiap mengalahkan perempuan betul'

Beberapa minit kemudian, Hafiey keluar dengan memakai mask berwarna hitam.

Dyana masuk ke tempat pemandu manakala Hafiey ke tempat penumpang.

"Sorry lambat" ucap Hafiey.

Dyana tidak membalas malah memulakan pemanduannya.

Meanwhile

Amyra menunggu Farhan kerana jejaka itu ingin membincangkan sesuatu dengannya.

Farhan keluar dari bilik dan menerpa ke arah Amyra yang duduk di sofa membelakangi pintu bilik jejaka itu.

"Hah ada apa?" Soal Amyra sedikit dingin.

"Aku nak minta tolong kau sikit. Since kau sepupu Hafiey" ujar Farhan.

Ya Amyra ialah sepupu kepada Hafiey sebelah ibunya namun mereka tidak akrab.

"Then apa kaitannya dengan aku?" Soal Amyra.

Hubungan sebenar mengenai Dyana dan Farhan masih belum diketahui oleh AON dan Dynamite.

Farhan sesekali melepaskan keluhannya.

"Aku nak kau tolong jaga Yana tak kira dalam susah atau senang" ujar Farhan.

Amyra memandang jejaka di hadapannya pelik.

"Kenapa kau tiba-tiba cakap macam ni?" Soal Amyra takut-takut.

"I don't know. Tapi satu hari nanti kau akan faham kenapa" kata Farhan lalu meninggalkan Amyra terpinga-pinga.

Klinik

Dyana duduk di luar sementara Hafiey sedang diperiksa di dalam bilik doktor.

Sesekali dia memandang ke arah kaunter apabila ada sahaja yang bertandang di situ.

Bosan mula menguasai dirinya.

Nasibnya baik apabila Hafiey keluar dari bilik itu.

Hafiey duduk di sebelah Dyana.

"Macam mana?" Soal Dyana.

"Demam sikit je. Aku dah kata tapi kau tak nak dengar. Degil betul" katanya lalu menunjal dahi gadis itu.

Dyana memegang dahinya.

"Sakit la ngok" marahnya tetapi Hafiey sudah ke kaunter untuk mengambil ubat.

'Tak apa tak apa harini hari kau esok lusa hari aku pula. Fighting fighting Dyana'

5:00 P.M

"Weyh aku nak balik rumah kejap" tutur Hafiey sambil memakai jam tangannya.

"Ok" balas Putra kerana hanya dia sahaja berada di dalam bilik itu. Farhan dan Aqif baru sahaja keluar menghantar budak olahraga ke pusat latihan.

Hafiey mencapai kunci keretanya lalu keluar dari bilik itu.

Rumah

Hafiey masuk ke dalam rumah, melihat kedua orang tuanya sedang berehat di ruang tamu.

"Ada apa Bonda panggil Fiey balik?" Soal Hafiey.

Bonda Hafiey memandang raut wajah anaknya.

"Ayahanda ada perkara nak bagitahu Hafiey ni" celah Ayahandanya pula.

Tengku Hafiz dan isterinya berbalas pandangan. Berat hatinya ingin meluahkan apa yang terpendam.

Perkara ini benar-benar menyesakkan dada mereka suami isteri.

Namun, mungkin yang di atas lebih mengetahui apa yang terbaik buat anaknya.

"Ayahanda Bonda" panggil Hafiey.

9:45 P.M

Hafiey hanya meletakkan kereta di luar bangunan dorm.

Dia pulang sedikit lewat kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sekali itu makan malam bersama keluarganya.

Di lobi dia terserempak dengan Farhan dan Aqif yang sedang berbual-bual sambil menunggu lif.

"Korang baru balik?" Soalnya.

Aqif menangguk manakala Farhan hanya memerhati gerak-geri Hafiey.

'Ah dia maybe dah tahu'

TBC

Check out my another new story The Rivals

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now