Sesalan

206 14 1
                                    

PAGAR besi halaman rumah milik Dato Ahmed kedengaran bergegar akibat digoncang kuat oleh Levent. Lelaki itu menjerit-jerit memanggil nama isterinya. Cukup dua minggu, dia tidak lagi mampu menahan rindunya. Dia tidak sanggup berjauhan lagi dengan isterinya.

     "Sayang! Please!" Panggil Levent lagi. Mak Iti, pembantu rumah Dato Ahmed tidak berani membuka pintu kerana sudah diberi arahan oleh Dato Ahmed agar tidak membiarkan Levent menemui Daizy.

     "Macam mana ni, puan?" Soal Mak Iti. Mereka berdua sedang mengintai Levent dari dalam rumah.

     "Saya tak berani buka. Dato dah pesan sebelum ni," kata Mak Iti.

     Daizy juga tidak berani menemui Levent. Dia masih takut dengan suaminya. Tetapi, setelah mendengar panggilan sayu dan rayuan lelaki itu, hati Daizy mulai luluh. Tidak lama itu, dia menuju ke pintu rumah. Dengan pantas, Mak Iti menghalangnya. Seperti tahu apa yang ingin dilakukan wanita itu.

     "Tunggu! Puan nak keluar?" Tanya Mak Iti sambil menahan Daizy.

     Kini, mereka berdua bertentangan mata. Masing-masing buntu apa yang hendak dilakukan.

     "Jangan, puan. Kita tunggu Dato balik. Boleh?" Mak Iti hanya menurut perintah Dato Ahmed.

      "Mak Iti! Pak Said!" Panggil Levent sambil menggoncang pagar dengan lebih kuat. Pak Said yang sedang bersembunyi di belakang juga tidak berani munculkan diri kerana sudah diberi amaran oleh Dato Ahmed.

     Hampir sejam di situ, akhirnya Levent beredar. Daizy pula hanya mampu menangis sambil memerhati suaminya berlalu dengan perasaan kecewa. Walau bagaimanapun, dia harus memberi pengajaran kepada lelaki itu atas nasihat Dato Ahmed. Levent harus sedar bahawa apa yang dia lakukan adalah salah.

SETELAH selesai menghidang makann malam, Mak Iti pun bersiap untuk beredar.

     "Makan, dato," pelawa Mak Iti sebelum meninggalkan mereka berdua di situ.

     "Levent kata, dia datang sini tengahari tadi?" Soal Dato Ahmed sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.

     Daizy tersentak seketika. Perlahan-lahan nasi disuap ke dalam mulut kemudian mengangguk perlahan.

     "Dia jumpa daddy tadi. Merayu-rayu supaya daddy pulangkan kamu," kata Dato Ahmed sebelum tertawa kecil.

     "Saya kesian tengok dia, daddy." Akhirnya Daizy bersuara.

     "Kesian? Kamu tak marahkah atas apa yang dia dah buat pada kamu?"

     Daizy terdiam sejenak. Dia bukanlah marah, tetapi lebih kepada kecewa. Cintanya untuk Levent masih mekar di hati walaupun setelah apa yang lelaki itu lakukan.

     "Selama dua tahun ni, Levent layan kamu macam tu, kamu tak sakit hati? Kamu tak ada rasa nak tamatkan perkahwinan korang berdua?"

      Daizy semakin tertampar dengan soalan bapa mentuanya. Sudah tak terhitung berapa kali dia ingin menamatkan pernikahan itu angkara sikap suaminya. Namun setelah itu, semuanya kembali terkubur. Jauh di sudut hati, dia masih berharap agar pernikahan mereka menuju pengakhiran yang bahagia.

     "Saya sayangkan Levent, daddy. Saya cintakan dia. Saya bersabar sebab saya nak bagi peluang pada rumah tangga kami. Tapi..." Daizy menggigit bibir bawah menahan sebak.

     "Setiap hari, sikap dia semakin keterlaluan. We fought over silly things. Saya berusaha untuk tak simpan dalam hati, but..." Daizy akhirnya tersedu. Tidak mampu menahan sebak di dada.

     Kedengaran Dato Ahmed menghela nafas panjang sebelum menegakkan duduknya.

     "Bonda Zainah dah tahu tentang masalah kamu berdua?"

Othello (Morbid Jealousy) Where stories live. Discover now