LEVENT mengucup kepala isterinya dari belakang saat wanita itu sedang sibuk memasak di dapur.
"Awak! Terkejut saya tau!" Bahu Daizy terangkat sebaik dikucup oleh suaminya.
"Tak payah terkejut sangat. Siapa lagi yang cium awak kalau bukan saya? Ke ada orang lain dalam rumah ni?" Soal Levent sengaja mengusik. Spontan Daizy palingkan tubuh seraya mengerut dahi. Tak suka dengan kata-kata suaminya.
"Dah kenapa muka macam tu? Tergoda tengok saya?" Soal Levent selamba.
"Boleh tak jangan cakap macam tu? Ibarat awak tuduh saya sorok lelaki mana entah dalam rumah ni," marah Daizy sebelum menyambung kerjanya.
Levent hanya mencebik seraya meneguk segelas air putih. Belakang tubuh isterinya ditatap lama.
"Dah terubat rindu lepas jumpa bonda tadi?" Soal Levent kembali memecah kesunyian.
"Hm," balas Daizy tanpa menoleh.
"Bawalah datang sini temankan sayang. Tak adalah bosan sangat. Budak-budak tu bawa aje datang sini kalau sayang nak," kata Levent. Sedikit pun tak menghalang jika Daizy mahu membawa mereka masuk ke dalam rumahnya.
"Betul?" Tanya Daisy seraya menoleh. Matanya bersinar selepas mendengar keizinan dari suaminya.
"Ya, bawak aje datang sini." Levent angguk setuju.
"Tapi bonda manalah nak ikut. Dia sibuk sangat nak urus itu ini. Budak-budak tu pulak sekolah. Hujung minggu mungkin boleh lah," jelas Daizy dengan wajah sedih.
"Nasiblah Alfie dah balik, adalah yang tolong bonda uruskan kewangan rumah. Nak harap ibu, diorang berdua urus budak-budak tu," jelas Daizy lagi seraya palingkan tubuh. Dia kembali menyambung kerja yang terbengkalai.
"Kejap." Levent mulai berkerut dahi.
"Sayang cakap Alfie dekat Bali. Kenapa pula tiba-tiba dah balik?" Soal Levent tak puas hati.
Daizy terhenti dari memotong bawang. Bibir bawahnya digigit-gigit perlahan.
"Em, ya," kata Daizy seraya memandang suaminya semula.
"Dia dah balik... petang tadi. Baru aje sampai. Masa saya nak balik tu kebetulan dia sampai depan rumah." Tenang dan tertib Daizy menjelaskan kepada suaminya.
"Awak tipu saya, kan?" Wajah Levent sudah mulai berubah serius.
"Tipu apa pulak? Betullah. Saya nak balik tu, kebetulan dia sampai..."
"Dah, tak payah cakap." Gelas di tangan dihentak kuat di atas meja. Mujur sahaja tidak pecah.
Daizy terkedu melihat perbuatan suaminya. Tidak sampai seminggu mereka tinggal sebumbung, Levent sudah bersikap sebegini.
Sebaik Levent keluar, Daizy kembali memasak. Sesekali terdengar keluhan pendeknya setiap kali teringat perbuatan suaminya.
MALAM itu, Levent tidur membelakangi isterinya. Daizy masih celik. Tidak dapat tidur kerana tahu suaminya masih marah.
Perlahan-lahan, tangannya melingkar di pinggang Levent. Dia tidak mahu sampai lelaki itu tersedar.
Belum pun beberapa saat, Levent menggeliat kecil seraya palingkan tubuh. Tanpa membuka mata, tubuh kurus isterinya ditarik ke dalam peluk. Daizy terkedu sehinggalah dengkuran suaminya kembali terdengar.
Dalam samar cahaya lampu malam, Daizy tersenyum sendiri. Semarah apa pun Levent, tidak mungkin lelaki itu mahu memgabaikan dirinya. Dengan senyuman lebar, Daizy ikut lena di dalam dakapan suaminya.
YOU ARE READING
Othello (Morbid Jealousy) COMPLETED
RomanceDaizy Baseera dan Levent Haidar adalah dua insan dari latar belakang yang berbeza. Bertemu pertama kalinya di rumah anak yatim My Hope, tempat Daizy Baseera membesar. Di usia 25 tahun, Levent sudah mulai tertarik pada Daizy yang saat itu baru berus...