Kuasa

352 19 2
                                    

"ANGKATLAH cepat!" Marah Daizy saat menghubungi suaminya. Hampir 10 kali dia menghubungi lelaki itu namun tidak disambut.

     "Kau memang cari pasal dengan aku! Kau fikir kau laki, sesenang aje nak kongkong hidup aku! Kalau aku tahulah macam ni perangai kau!... memang taklah aku nak kawin dengan kau! Kalau setakat kaya tapi perangai macam ni!... baik aku kawin dengan orang miskin aje!" Bebel Daizy panjang lebar. Tangannya tak henti menekan-nekan skirn telefon bimbit untuk menghubungi suaminya.

     Malangnya, panggilan Daizy tidak juga disambut oleh suaminya. Maka semakin membaralah kemarahannya. Daizy segera keluar dari bilik dan serentak itu, Edsel tegakkan dirinya.

     "Hoi, Excel!" Panggil Daizy dengan hidung yang kembang kempis menahan marah.

     "Edsel, puan," kata Edsel, cuba perbetulkan panggilan Daizy.

     "Whatever! Edmond!" Daizy semakin geram. Disaat seperti ini pun Edsel masih cuba perbetulkm dirinya. Silap haribulan, lelaki ini pula yang dapat penampar darinya.

     "Kau call tuan kau sekarang!" Arah Daizy sambil mencekak pinggang.

     Tanpa membantah, Edsel segera menghubungi Levent. Tidak sampai beberapa saat, panggilannya disambut. Itu membuatkan Daizy semakin bengang. Hampir patah jarinya tadi menghubungi Levent namun lelaki itu tidak mahu menyambutnya.

     Belum sempat Edsel melanjutkan bicara, Daizy segera merampas telefon tersebut dari tangan Edsel kemudian dibawa ke telinga.

     "Awak buat apa ni?" Soal Daizy masih cuba untuk menahan emosinya.

     Levent menggaru kening yang tidak gatal. Kalau dia tahu Daizy yang ingin berbicara, sudah pasti dia tidak akan menyambut panggilan itu.

     "Awak fikir saya ni apa? Binatang? Sampai hati awak buat saya macam ni, kan?" Dada Daizy berombak semakin laju.

     "I'm just trying to protect you, honey," tutur Levent, tenang.

     "Protect me from what? Hah? Awak jangan fikir saya tak tahu yang awak cuba kongkong saya!"

    "Bingo!" Kata Levent diiringi tawa kecil.

    "Seriously, Levent?" Daizy semakin tak habis fikir.

    "Of course. Saya nak pastikan yang awak tak akan dapat jumpa skandal awak tu lagi," tekan Levent.

    "Skandal apa?! Tak habis-habis dengan skandal!"

    "Dahlah, Levent. Aku penatlah hidup macam ni. Kau suruh orang-orang kau ni keluar sekarang! Kalau tak... aku yang akan keluar dari rumah ni!" Ugut Daizy.

    "No! You can't!"

    "Suruh diorang keluar dari rumah ni!" Bentak Daizy.

     "Kau nak tengok aku lebih gila dari ini?" Soal Levent penuh dengan ugutan.

     Daizy segera matikan panggilan. Mahu melawan pun dia masih gerun dengan suaminya. Entah dari mana dia dapat kekuatan untuk menampar suaminya semalam.

Tidak lama itu Edsel mendekat.

"Telefon saya, puan," kata Edsel sambil menghulur telapak tangannya.

"Nah ambil! Kau fikir aku hadap sangat dengan telefon kau!" Telefon bimbit Edsel dihentak di atas telapak tangan lelaki itu.

"Keluar! Aku tak nak tengok muka kau depan bilik aku. Keluar!" Halau Daizy.

KERETA Dato Ahmed berhenti tepat di hadapan rumah anaknya. Khabar tentang Daizy yang tidak sihat baru sahaja disampaikan oleh Levent.

Dato Ahmed segera turun bersama buah tangan yang dibeli sewaktu dalam perjalanan ke situ.

Othello (Morbid Jealousy) COMPLETEDWhere stories live. Discover now