BAB 1

30 6 0
                                    

PAGI pukul 8.00 pagi ni. Aku tengok abang aku yang sulung itu tengah kelam kabut bersiap. Tapi hari ini hari Ahad. Dia tak kerja pun sebab hari Ahad memang dia cuti.

"Abang kenapa kelam kabut ni? Abang cari apa?" soalku. Abang sulung aku mencari sesuatu, dia buka satu-satu laci. "Abang tengah cari kunci kereta. Si Azriq accident tadi, mujurlah tak ada apa-apa yang serius terjadi kat dia" jawabnya.

Mata aku membulat. Azriq accident?! "Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam tu?!" soalku, risau. "Langgar lari. Kereta tu main langgar kereta dia lepastu blah begitu aje. Ah! Jumpa pun!" kata abangku, dia telah jumpa kunci keretanya. "Adik nak ikut" kataku. Abang aku memandang aku. "Eh, kenapa?" soalnya, "Nak ikut!" kataku. Abang aku hanya mengangguk. Aku ikut abang aku masuk dalam perut kereta.

Semasa dalam perjalan kami menuju ke hospital. Aku berdoa banyak-banyak supaya tiada apa yang teruk kepada Azriq 'Ya Allah, semoga tiada apa-apa pun yang teruk pada dia Ya Allah'.



KAMI tiba di hospital dan cepat keluar dari kereta dan berlari masuk dalam hospital. Tercungap-cungap abang sulung aku nak tanya kat mana wad Azriq.

Kami tiba di depan bilik wad Azriq. Azriq memandang kami berdua dengan wajahnya yang dingin seperti ais kutub utara itu. Disebelah katilnya juga ada lelaki yang pernah membawa aku melihat sekeliling rumah Azriq.

"Riq, kau cedera teruk tak?" soal abangku. "Tak. Aku okay je" jawab Azriq. "Kau bawak adik kau?" soal Azriq sambil memandang aku. Kepala Azriq dibalut kemas. "Dia nak ikut, aku bawak aje" jawab abang aku.

"Hariz, kau ikut aku" arah abang aku kepada lelaki itu. Hariz rupanya nama dia. Lepas abang aku keluar dari bilik Azriq dengan Hariz, hanya tinggal aku dan Azriq. Berdua. "Abang Azriq okay tak?" soalku. "Aku okay" jawab Azriq sepatah. Kening lebat Azriq itu sangat sesuai dengannya. Handsome!

"Apahal kau pandang aku?" soalnya. "Abang Azriq kacak sangat, sebab itu Luna pandang" jawabku selamba. Azriq berkerut dahi seribu. "Luna ada belikan bubur untuk abang. Abang dah sarapan ke?" kataku. Azriq menggelengkan kepala "Tak ada selera" jawabnya. "Abang makanlah, nanti sakit perut" kata aku sambil meletakkan semangkuk bubur di tepi katilnya.

"Ke abang nak Luna suapkan?" soalku selamba. "Aku tak nak makan. Jangan paksa aku" balas Azriq. "Abang ni terlalu cold la. Cuba senyum sikit" kataku sambil membuat satu senyuman kepadanya.

Azriq merasakan yang mukanya tiba-tiba terasa membahang disebalik muka dinginnya itu kerana kelakuan Luna yang membuat senyumannya. Comel... bisik hati Azriq 'Kau dah kenapa ni Azriq? Sejak bila kau terasa membahang ni? Tak, tak. Jangan Azriq. Jangan'.

"Malas" jawabnya. "Isy, abang ni. Tak fun betul" kataku. "Kalau tak fun, kau boleh berambus dari sini" jawab Azriq, "Auch... sakit hati Luna, sakit tak berdarah" kataku sambil memegang dada kiri aku. Acting.

Sekali lagi muka Azriq terasa membahang disebalik wajah dinginnya itu, tersenyum sikit.

"Ha! Abang senyum! Yeay!" kata aku. Azriq terus mengubah riak wajahnya 'Riq. Kau tak patut' bisik hati Azriq. "Sejak bila aku senyum? Mata kau tu bermasalah" jawab Azriq.

"Elok sikit, mata saya normal ya! Abang jangan nak menipu. Saya sendiri nampak abang senyum" kataku. Azriq menjeling aku. Eleh mamat ni, nasib baik handsome tau.

"Abang tak pernah bercinta ke?" soalku. Pandangan Azriq yang sedang melihat handphonenya itu terus memandang aku. "Tak" jawab Azriq. Tiba-tiba buku novel Azriq terjatuh di atas lantai, aku mengambilnya dan mata aku membulat sikit "Wah! Abang pun baca novel? Ni buku Mr. Headhunter ni!" kataku sambil menghulurkan buku itu kepada Azriq. Susahnya nak jumpa lelaki baca novel ni. Azriq hanya angguk.

'Haih, budak ni jugak la aku kena protect nanti' bisik hati Azriq. Dia membaringkan badannya ke atas katil itu, dah lama dia duduk bersila tadi. "Aku nak tidur, jangan kacau and don't go anywhere. Stay here, understand?" kata Azriq. Aku sanggup duduk tepi dia sampai bila-bila aje! "Duduk sini" kata Azriq sambil menunjuk kerusi disebelah katilnya itu. Aku hanya mengikut arahan Encik Azriq yang kacak ini!

Aku melabuhkan punggung aku di atas kerusi, Azriq memejamkan matanya. Tangan kanan Azriq tersentuh bahuku tapi dia tidak menggerakan tangannya sekalipun. Aku hanya duduk diam dan melihat iPhone 15 Pro Max aku, macam-macam berita ada kat social media. Saat aku sedang melihat profile Instagram Enhypen aku terasa yang Azriq memandang aku, aku memandang sekilas ke Azriq. Ya, dia tengok aku.

"Perempuan dengan K-Pop ni memang tak boleh dipisahkan eh?" soal Azriq. Aku ketawa kecil "Luna bukan peminat K-Pop lah, abang. Luna saja tengok" jawabku. Azriq hanya memandang aku dengan wajahnya yang dingin tidak menunjuk reaksi. Dia terus menutup matanya dengan lengan tangan kirinya. Aku memandang tangan Azriq yang banyak urat itu, kalaulah aku boleh sentuh.

Tangan dia hot! Berurat dari hujung jari hingga sepanjang lenganya. Aku mengambil gambar tangannya secara diam-diam, kemudian tangan aku digenggam kuat oleh Azriq. Kantoi mak oi! "Seronok skodeng tangan aku? Kau nak skodeng apa lagi lepasni? Badan aku? Otot aku? Semua kau boleh tilik" sinis Azriq. Muka aku memberona merah, perlahan-lahan aku mahu melepaskan tangan aku dari genggaman Azriq. Tapi dia halang "Kenapa? Kau malu? Kau mengabang-abangkan aku, skodeng tangan aku tu tak malu pulak?" Azriq sengih sinis.

Tangan kiri Azriq bergerak ke baju pesakit yang dipakai olehnya, dia menyelak baju itu dan menayangkan perut yang ada sixpacknya dan chest yang berketul itu, aku menelan liur, memberona merah muka aku, aku mengalihkan pandangan aku dari perut Azriq. Azriq senyum sinis. Dia meninggikan sikit katil itu untuk dia bersandar, tangan dia masih lagi genggam tangan aku. Dia duduk bersandar dan memandang aku.

"Kau tak mau cuba sentuh?" sinis suara Azriq yang berbisik dekat telinga aku. Jantung aku berdebar, suara dia yang garau itu seperti nak menggoda aku. Tolong... "Kalau nak..." dia menggerakkan tangan aku ke perutnya yang ada sixpack itu. Mata aku membulat "Eh! J... janganlah! Tak nak!" jawabku, aku mengelak tapi aku ni tak cukup kuat nak lawan Azriq.

Azriq hanya senyum sinis daripada tadi. Dia berjaya meletakkan tangan aku di atas perutnya yang bersixpacknya itu. Muka aku berona merah. Azriq mendekatkan wajah dia ditelinga aku "Siapa suruh kau skodeng tangan aku? Kan dah dapat lebih dari tengok tangan" bisik Azriq ditelinga aku. Lembik lutut aku, nak jatuh terduduk. Tangan aku dikawal oleh Azriq. Dia buat tangan aku menyentuh badannya yang smooth itu.

Ini gila. Gila! Aku tak sangka. Sungguh tak sangka. Aku terasa hangat. Tangan aku masih lagi dibawa terokai oleh Azriq. Aku cuba untuk mengawal nafas aku. "Are you shaking?" sinis Azriq. Dia nak cuba nak goda aku ke? Tunggu kau, lepas kita kahwin aku goda kau balik.

Tangan aku dilepaskan, lega. Aku labuhkan punggungku di kerusi semula. Azriq senyum sinis, dia tutup semula perutnya itu dan memjamkan matanya. Dia yang sakit tapi aku pulak yang mengantuk. Perlahan-lahan aku lelap selepas beberapa minit Azriq tidur.


SELEPAS beberapa jam tidur, Azriq terjaga dan dia nampak Luna tertido di kerusi itu. Mujurlah kerusi tu boleh buat tempat nak berbaring. Azriq lupa yang bilik ni ada penghawa dingin. Azriq mengambil satu kain yang sedikit tebal, dia menutup badan Luna dari hujung kaki hingga ke paras dada. Azriq memandang Luna seketika 'Hidup kau ni dalam bahaya lepas kau dah kahwin nanti. Mak bapak kau semua berharap kat aku untuk protect kau. Nak, tak nak, kena jugak terima' bisik hati Azriq.

Azriq menatap wajah comel Luna, anak rambut Luna yang menutup wajah Luna itu, Azriq mengunci anak rambut Luna dibelakang telinga. Azriq rasa hairan, dah 2 jam Lutfan Mirzan keluar dengan bodyguardnya Hariz tu.

Azriq masih memandang wajah Luna yang comel itu. Tiba-tiba pintu biliknya itu terbuka, Lutfan Mirzan dan Hariz bodyguardnya.

"Shhh. Adik kau tengah tidur. Yang penting aku tak buat benda buruk dekat adik kau. Dia cuma tidur aje" kata Azriq, Lutfan Mirzan ketawa kecil sambil melihat adiknya tidur dikerusi yang lembut itu.

"Kau berdua pergi mana?" soal Azriq. "Balai polis. Nak tengok rakaman CCTV jalan raya yang kau kena langgar dengan kereta tu. Tapi sayang gila kereta kau tu. Range Rover tu!" kata Lutfan Mirzan dengan suaranya yang tinggi sedikit. "Aku dah cakap tadi yang adik kau tengah tidur" jawab Azriq. "Hai... lain macam" kata Lutfan Mirzan.

"Apa yang lainnya sial. Aku cuma tak mau ganggu orang tengah tidur. Bingai betul" jawab Azriq dingin.

HE IS AYDEN Where stories live. Discover now