BAB 4

17 3 0
                                    

YA ALLAH dia demam. Tak sempat lagi aku mahu bangun dan menghadap pintu, terasa tanganku dipegang.

"Luna..." panggil Azriq. Aku mengalih pandanganku. Mata Azriq masih tertutup. Mungkin dia mengigau. Aku melepaskan tangan Azriq perlahan-lahan. Terlerai juga.

Aku keluar dari bilik dan berjalan pergi ke dapur. Mencari ubat. Lepas jumpa ubat aku terus pergi bilik utama. Aku menggoyangkan badan Azriq perlahan.

"Abang Azriq. Abang. Bangun boleh? Abang demam, makan ubat" kataku.

Selepas beberapa kali aku menggoyangkan badannya, dia terjaga juga. Aku berikan senyuman manis.

"Luna. Kau buat apa ni?" kata Azriq. Rupa Azriq nampak kurang mabuk.

"Abang demam ni. Luna tahu abang mabuk. Berbau sikit air tu" kata aku sambil meletakkan ubat dan segelas air di atas meja.

"Esok aku baik lah ni" jawab Azriq.

"Abang... makan ubat ni, tak susah pun. Bukannya abang kena makan ubat beratus biji" kataku.

"Macam mana kau tau aku mabuk?" soal Azriq.

"Luna ternampak Hariz dan Abang Mirzan bawak abang pergi ke bilik ni" balasku.

"Kau... kau suka ke dengan orang mabuk macam ni?" balas Azriq.

"Kenapa pulak? Minum air haram tu memang berdosa tapi banyak aje orang Islam minum tapi Luna yakin abang boleh berubah" kataku. Azriq memandang aku. Diam.

"Nah makanlah. Takkan nak Luna suapkan pulak?" jawabku.

Azriq mengambil ubat dari tanganku dan meletakkan dalam mulut sebelum ditelan dengan air. Dia megambil cawan dariku dan teguk.

"Thank you" ucap Azriq. Aku hanya membalas senyum.

"Abang jangan fikir negatif pasal diri abang tau? Luna yakin yang abang boleh berubah" kataku. Azriq memandang aku dengan dingin.

'Why you so kind Luna?' bisik hati Azriq.

"Tak apalah. Luna pergi masuk bilik luna dulu ya? Dah pukul 12 lebih dah ni. Abang tidur tau? Esok Luna masakkan bubur untuk abang. Eh, sebelum abang tidur. Abang mandi lah sikit, Luna pergi ambilkan tuala dengan baju jap" kataku dan bangun dari katil. Aku keluar dari bilik itu dan pergi mengambil keperluan untuk Azriq.

'Kenapa dia baik sangat dengan aku? Aku bukan nak pun kat dia.' bisik hati Azriq.

Aku pergi ke bilik Azriq semula dengan membawa pakaian tidur dan tuala.

"Nah. Ni baju Abang Mirzuki, rasanya muat kut kat abang, badan korang sama sikit" kataku sambil menghulurkan tuala dan pakain tersebut. Azriq mengambil tuala dan pakaian itu. Perlahan-lahan dia bangun.

"Uhm... nanti baju dan seluar abang tu bagi kat Luna" kataku sambil senyum.

"Kau nak buat apa dengan baju aku? Nak bau? Buat peluk malam?" kata Azriq sambil memandang aku.

Membulat mata aku "E... eh! Mana ada, kesitu pula abang fikir"

"Baik kau mandi sekali dengan aku je" sinis Azriq dan senyum nakal.

Ya Allah, time dia sakit begini pun nak flirt dengan aku? Memberona merah muka aku.

"M... merepek" kataku.

"Merepek?" Azriq dekatiku. Bau air arak tu tak terlalu kuat tapi perfume dia. Dia merapatkan badanku di dinding. Kedua-dua tangannya berada disebelah kepala aku. Aku teguk liur.

"Kau kan suka aku? Merepek kau cakap? Padahal, kau suka kan? Bila aku buat macam ni, kau berdebar. Betul tak?" suara Azriq bisik dekat telinga aku. Deep.

"Why you quiet, sayang? You don't like it? Just say it that you like. Don't lie to me, i can see it in your eyes" tambah Azriq. Aku cuba mengawal nafasku. Azriq tersenyum nakal. Dia melangkah kebelakang dan pergi ke bilik air.

Aku menghembuskan nafas lega. Cara dia memandang aku tadi, sungguh menggoda dengan matanya yang berwarna biru laut itu dan rambutnya terjatuh di dahinya. Ya Allah.

Aku menjerit tak berbunyi. Terlompat-lompat macam orang gila.

Azriq yang sedang mandi itu sedang memikirkan sesuatu, dia hanya membiarkan badannya basah kena dari pancutan air dari atas itu.

"Macam mana aku nak berubah? Sedangkan nafsu aku yang suka minum ni naik turun?" Azriq bisik pada diri dia.

Wajah Luna Miranda yang comel itu resah kerana perbuatan dia yang dia buat sebelum dia mandi terlintas di mindanya. Dia tersenyum kecil. Dia tak sedar dia berdiri lama dengan biarkan badannya basah kena air. Dia menggeleng kepala.

'Apahal kau ni Azriq' bisik hatinya.

Segera dia menutup pili air dan lap badannya. Dia tak pakai baju, niatnya nak kenakan Si Comel Luna tu. Senyum nakal sebelum keluar. Seronok juga kenakan dia, bisik hatinya.

Aku terdengar bunyi pintu bilik air terbuka. Aku memandang kebelakang, membulat mata aku bila tengok badan sasa Azriq. Aku dah bagi dia baju tadi! Mana!? Dia pegang aje baju tu?!.

Aku meneguk liur. Azriq datang ke arah aku dan menghulurkan baju yang aku minta.

"Nah" kata Azriq

"Teri..." tanganku mengambil pakaian itu, tak sempat aku menghabiskan ayat, tiba-tiba Azriq menolak kedua-dua tangan aku. Aku terbaring di atas katil, Azriq berada di atas aku.

Aku meneguk liur, nafas aku laju. Azriq senyum nakal. Astaghfirullahalazim, aku taknak fikir negatif.

"A... apa ni? Janganlah, kalau tiba-tiba ada orang masuk bilik ni macam mana?" kataku, muka aku mula membahang.

"Do i look care about it?" balas Azriq dengan tangannya yang masih menahan pergelangan tangan aku.

"Makin lama makin aku suka buat kau macam ni" kata Azriq.

"Azriq" balasku.

"Oh? Dah panggil nama? Tadi 'abang' sekarang nama?" sinis Azriq.

"Why don't you take a look at my body?" kata Azriq.

Aku meneguk liur. Mulanya aku taknak tengok tapi mata aku melihat seluruh badan Azriq yang separuh bogel tu. Biceps and chestnya yang berketul-ketul itu, perutnya yang ada sixpack itu. Ya Allah. Astaghfirullahalazim.

"Such a naughty aren't you?" kata Azriq, dia senyum senget.

"Lepas. Please?" kataku.

"More"

"Ya Allah, Tengku Azriq Ayden. Lepaskan Luna" jawabku.

Azriq melepaskan pergelangan tanganku. Dia senyum nakal. Tolonglah, muka aku ni rasa nak pecah. Jangan senyum macam tu boleh? Cair. Lembik lutut.

"Bagi baju" kataku.

Azriq menghulurkan bajunya yang dipakai tadi sebelum mandi.

"Esok Luna buat bubur. Abang makan ya?" kataku dan keliar dari bilik.

Selepas aku berada di dapur dan meletakkan baju Azriq dalam bakul kain. Aku tersenyum luas. Teringat benda yang berlaku tadi.

Aku pergi ke bilik aku dan baring di atas katil. Dah tak betul aku kat atas ni, terpusing sana, terpusing sini. Sebab apa yang Azriq buat tadi tu memang tak sangka. Ada suka, ada macam itu macam ini. Lama-lama aku terlena dalam tidur.

HE IS AYDEN Where stories live. Discover now