BAB 3

20 3 0
                                    

"HAI abang! Abang tengah buat apa tu?" soalku semenjak dia accident ni, papa dan mama aku suruh Azriq stay kat rumah kami dulu.

"Kau ni dah kenapa? Tak habis-habis mengabang-abangkan aku. Urat malu kau dah terputus ke?" jawab Azriq. Alah, dia ni kerek.

"Isy, abang ni. Nak tanya pun tak boleh ke? Hmph" balasku sambil buat gaya merajuk.

"Tak payah nak mengada sangat dengan buat gaya kau tu. Menyampah aku tengok" kata Azriq sambil menjeling aku. Buat apa aku nak terasa? Dia handsome!

"Auch. Sakitnya tuh disini di dalam hatiku" gurauku. Lagu Indonesia pula aku nyanyi.

Azriq tak balas apa-apa, diam. Ya Allah bukalah pintu hati dia. Haha.

"By the way, mama Luna suruh Luna panggilkan abang, mama ajak sarapan sekali" senyuman manis aku berikan kepada Azriq.

"Hm. Nanti aku datang" balas Azriq dengan dingin. Heh, dahlah tak mandi.

"Jangan lupa mandi lepas sarapan tau, busuk bau ketiak" kataku sambil ketawa kecil.

"Kau yakin ke yang ketiak aku busuk? Ke kau nak aku buat balik macam apa yang dah terjadi kat hospital haritu?" balas Azriq.

Ewah, ewah, ewah. Dia ungkit benda lepas! "Saya tak cakap nak, abang yang cakap" balasku.

"Serabut aku" jawab Azriq.

"Kepala gatal ke?" balasku.

"Aku ketuk kepala kau karang!" jawab Azriq dengan suaranya yang meninggi sikit.

"Ah! Lari!" sempat aku bergurau dan berjalan ke arah ruang makan.

SELEPAS kami semua dah habis sarapan pagi aku pergi ke dapur, nak basuh tangan. Lepas aku dah habis basuh tangan, aku memusingkan badan aku kebelakang. Tiba-tiba aku terlanggar badan seseorang. Azriq. Dia melilitkan lengannya di pinggangku daripada terjatuh. Aku terpaku. Jantung berdebar. Malu. Wajah Azriq yang baru bangun tidur lepas sarapan itu kupandang lama. Mata birunya yang cantik itu, rambutnya yang berwarna perang itu. Ya Allah, handsomenya.

"Are you okay?" soal Azriq.

"S... saya okay. Terima kasih, kalau tak, memang saya dah tercium lantai tadi" jawabku sedikit gagap.

"Hm. No problem. Kalau kau cium lantai tu memang mulut kau berbau" balas Azriq.

Aku merajuk sikit "Eh, eh. Wahai Encik Tengku Azriq Ayden, abang fikir mulut abang tu wangi macam bunga sakura tu ke?" balasku.

"Siapa kata mulut aku wangi macam bunga tu?"

"Saya"

"Kau yang cakap, aku tak cakap"

"Isy!"

Aku berjalan keluar dari dapur. Lepastu gelak. Tiga orang abang aku memandang aku.

"Apahal tergelak-gelak ni?" soal Lutfan Mirzuki.

"Tak ada apalah" jawabku.

"Ni mesti sebab Azriq kan?" kata Lutfan Mirzan.

"Tak!" jawabku. Aku beredar dari situ dan pergi naik ke bilikku.

"AKU takkan biarkan sesiapa sentuh adik aku!" kata Lutfan Mirzan dengan marah.

"Low your voice Zan" kata Azriq. Dingin. "I know that you can't let anyone touch your little sister but listen to Zuki what he want to say" tambah Azriq.

"Kau bertenang sikit. Kita nak plan ni. Sabar" kata Lutfan Mirul.

"Kita kena cari bodyguard yang betul-betul boleh dipercayai. Sebab geng mafia sebelah tu dah merayau dah untuk nak culik Luna. Buat masa sekarang ni, Luna takkan keluar dari rumah. Itu tak apa sebab dia tak degil, dia dengar cakap. Kita pun kena buat plan dari awal" kata Lutfan Mirzuki.

HE IS AYDEN Where stories live. Discover now