BAB 2

22 4 0
                                    

Luna yang sedang tidur itu berbunyi seperti dia diganggu oleh bunyi bising.

"Aku dah cakap jangan bising. Kau memang sial, Zan" kata Azriq. "Tu adik kau ke atau adik aku?" jawab Lutfan Mirzan. "Tak kisah tu adik siapa" Jawab Azriq pendek.

Luna telah tenang dalam lenanya. Phewwww... Lena pun.

"Nasib dia dah lena semula" kata bodyguard Azriq Si Hariz.

"Kereta kau tu, sayang gila. RR tu (Range Rover)"

Azriq hanya diam, buat apa nak susah? Duit banyak, beli baru! Kat rumah banyak lagi kereta, Mustang, Alphard, Vellfire, Ferari, Lamborghini, McLaren. Dah nama pun kaya.

"Kereta aku yang rosak kau yang mensayang-sayangkan kenapa?" jawab Azriq. "Kau fikir RR murah ke?" jawab Lutfan Mirzan. "Duit banyak, buat apa nak risau?" balas Azriq.

Lutfan Mirzan menjeling Azriq. "Bila duit tak ada nanti, padan muka kau merempat tepi jalan" jawab Lutfan Mirzan, Hariz yang hanya berdiri macam tunggul kayu tadi ketawa melihat mereka.



AKU bangun dari lenaku. Aik? Kat rumah dah? Lena betul aku. Aku bangun dari sofa ruang tamu. Aku nampak Azriq dihujung kaki aku. Dia pandang aku dengan dingin

"Argh?! Abang? Eh, bukan abang kat hospital ke tadi?" soalku, memang pelik.

"Aku dah boleh keluar. Bukannya aku accident mati pun" jawab Azriq dingin. "Luka kat kepala ni je, bukan satu badan" tambah Azriq.

Aku hanya mengangguk, mujurlah kepala aje yang luka tapi Alhamdulillah kepala dia tak teruk. Aku tengok kepala Azriq yang dibalut kemas itu. Tengok dia macam botak bila kepala dibalut begitu. Haha!

"Abang buat apa kat sini?"

"Entah" singkat Azriq jawab.

Dasar kerek. Nasib baik kau ni hensem. Kalau tak dah lama aku gocoh ngan mu. Okay sambung.

"Azriq! Ni aunty dah buatkan teh untuk kamu, minumlah ya" ucap mama aku yang datang dari dapur tu. "Aunty jangan lah menyusahkan diri aunty. Susah-susah je" jawab Azriq. Amboi, dengan mama aku kau kemain lagi cakap semanis gula. Dengan aku macam kat ais kutub utara. Dasar.

"Hai kamu ni, Luna. Pergi basuh muka tu! Tak malu ke baru lepas bangun tidur depan orang?" marah mama kepada aku. Aik abang Lutfan Mirzan lah ni. Kenapa dia tak letak aku dalam bilik aku? Ha.

"Ish, mama ni. Abang Mirzan yang tak letak adik da..." tak sempat aku nak habiskan ayat. "Dah! Pergi cuci muka tu, tak tahu malu punya anak dara" marah mamaku. Azriq hanya memandang aku dihujung kaki aku. Tengah tahan gelak.

"Apa pandang-pandang? Nak gelak tu gelak jela!" kataku sambil pandang Azriq. Mama menggeleng kepala "Sebelum aku kahwinkan kamu berdua kat sini, baik kamu pergi cuci muka tu Luna" kata mama.

What?! Nak! Azriq tersedak air tehnya kerana mamaku, mama gelak. "Kahwin dengan Abang Azriq? Boleh je mama!" kata aku, mamaku terkejut dengan apa aku kata, Azriq yang terbatuk sikit tu pandang aku.

'Gila ke perempuan ni?' bisik hati Azriq.

Mamaku menggeleng kepala, aku pergi ke tandas. Aku mengikat rambut dan ambil sabun pencuci muka. Selesai aku cuci muka, terasa segar sikit daripada muka aku yang berminyak tadi. Aku keluar dari tandas dan aku nampak Azriq masih lagi duduk di sofa tersebut.

Aku pergi ke arah Azriq secara senyap. Aku nak terkejutkan dia.

"Bha!" aku mengejutkan dia dari belakang. "Bodoh" kaget Azriq, dia memandang belakang dan melihat aku. "Kau dah kenapa?" kata Azriq sambil memukul dahiku guna handphonenya.

"Sakitlah!" kataku sambil menggosok dahi. Azriq jeling kepadaku. Hmm, handsomenya! Jeling pun handsome! Aku ketawa kecil.

"Tak sangka pulak abang pun melatah sikit orangnya" kataku. "Aku tak melatah" jawab Azriq dingin. "Oh, nak menipu lagi ya abang?" balas aku.

Abang aku, Lutfan Mirzan datang ke arah kami sambil melihat handphonenya "Riq, pasal geng ma..." tak sempat abangku nak habiskan ayat, Azriq potong "Zan, bincang kat luar" jawab Azriq. Abang aku mengangkat kepalanya dan baru tersedar aku ada sekali. "Sorry" ucap abangku.

Aku hanya diam, tak nak ambil tahu. Aku tahu, kalau aku menyelit nak ambil tahu memang akan ada salah seorang dari dua orang ni bersuara. Baik aku pergi bilik aku.

"Okaylah. Adik pergi masuk bilik" kata aku dan beredar. "Kau ni, lain kali nak bercakap pun tengoklah sekeliling, ni nak cakap tadi sibuk main phone. Kalau Luna tahu tadi macam mana?" kata Azriq. "Alah, relax, chill. Ye, sorry. Salah aku" jawab Lutfan Mirzan.

Aku dalam bilik tak tahu nak buat apa. Termenung ke angau ke aku pun tak tahu.

Terbaring lagi di taman
Tak sama siapa keseorangan
Tidakkah kau merasakan keletihan
Berlari berkejaran didalam fikiran

Lirik tu terlintas di fikiranku. Ya! Memang! Sebab fikir pasal Azriq tu! Si Kacak!

"Zan, Rul, Zuki. Orang aku cakap, geng mafia tu dah jadikan Luna target diorang. Mula daripada hari ini, kita kena ada bodyguard untuk Luna, kemana Luna pergi, disitulah bodyguard kena ikut" kata Azriq dengan serius.

Ketiga-tiga beradik itu mengangguk. "Tapi aku lebih prefer kau kahwin dengan adik kami, Riq. Sebab geng sebelah tak akan berani sentuh hak kau" jawab Lutfan Mirzuki.

Azriq hanya diam.

"Riq" panggil Lutfan Mirul

Azriq menghembuskan nafas. "Tengoklah dulu" jawab Azriq. "Kau sendiri dah janji dengan kami semua Riq. Mama aku, papa aku, kau dah janji dengan diorang yang kau akan jaga Luna" kata Lutfan Mirzuki.

Satu tahun yang lepas. "Azriq, kami memang tahu Azriq saja boleh jaga anak aunty Luna tu. Kami percaya dekat kamu, tolong ya?"

"Tengoklah dulu macam mana aunty. Kalau saya bersedia, saya bagitahu" jawab Azriq dan beri satu senyuman kepada Puan Larida.

"Baguslah kalau macam tu Azriq. Uncle dan orang lain berharap begitu. Tunggu masa yang sesuai aje nak tunangkan kamu berdua" kata Tuan Azrul.

Azriq mengangguk.

Azriq teringat perbualan dia dengan ibu ayah keempat-empat beradik itu. Dia menghembus nafas.

Azriq mengangguk, ketiga-tiga beradik lelaki itu senyum.

"Kau dah pegang janji tu. Jangan mungkir" kata Lutfan Mirzan. "Adik kami tu comel tau! Lagipun, aku tengok dia tu macam suka kau" usik Lutfan Mirul. Azriq memberikan satu pandangan tajam kepada Lutfan Mirul. Lutfan Mirul ketawa kecil.

"Haha. Elok dulu papa nak tunangkan korang berdua, tahu-tahu nanti Luna pikat kau sampai pelamin" kata Lutfan Mirzuki. Ketiga-tiga beradik itu ketawa.

"Amboi, gelak sakan nampak wahai signor-signor sekalian. Dahlah tak ajak kita" kataku yang berjalan ke arah mereka.

Mereka berempat memandang aku.

"Eh, adik. Duduklah sini" kata Lutfan Mirzuki sambil menepuk sofa. Aku pergi duduk. Ha'ah, ditengah-tengah aku duduk. Hm. Badan abang aku tiga orang ni dahlah sado. Badan aku ni kecik.

"Adik buat apa dalam bilik tadi?" soal Lutfan Mirul.

"Buat anak" jawabku ringkas, tanpa serba salah jawab.

Membulat mata mereka bertiga termasuk Azriq.

"Haha! Nak bergurau pun tak boleh ke? Adik mana ada pakwe nak bawak masuk bilik senyap-senyap" kataku sambil ketawa.

"Siapa ajar kau gurau macam tu?" soal Lutfan Mirzuki.

"Ni" jawabku, jari telunjuk aku menunjuk abangku si Lutfan Mirzan.

Membulat mana Lutfan Mirzan "Woi! Mana ada! Suka hati je fitnah!" kata Lutfan Mirzan.

"Ya ke? Bukan sebelum-sebelum ni abang ada cakap macam tu ke?" sinisku.

"T... tak! Tak ada!" jawabnya. Habistu tergagap-gagap apahal?

Aku hanya ketawa. Yang lain pun ketawa kecuali Azriq. Ha, dia kan dingin orangnya. Kalah ais kutub utara tu.

HE IS AYDEN Where stories live. Discover now