BAB 8

19 3 0
                                    

LUNA MIRANDA telah dibenarkan pulang semalam. Sikap Luna berubah, dia menjadi dingin, pendiam dan tegas. Semua orang terkejut dengar dia memarahi maid dirumahnya itu. Luna emosi mungkin disebabkan peristiwa yang telah berlaku itu. Azriq yang sedang berada dalam bilik kerjanya itu memikirkan macam-macam.

"Kenapa susah sangat nak lupakan dia?" Kata Azriq pada dirinya sendiri. Dia teringat sesuatu "Solat Istikharah" Azriq kata pada dirinya sendiri.

"KUAT lagi, Luna!" kata Ati kepada aku untuk menumbuk punching bag itu. Aku menumbuknya dengan kuat. Rasa dendam terhadap Xavier ketua kepada Black Eagle Mafia itu tidak hilang di perasaan aku. Aku geram.

Buk!

"More" kata Ati.

Buk!

"Good job." Ati mengusap kepalaku. "Tadi Ati dah ajar Luna cara pertahankan diri, kan? Now, I'm waiting for someone untuk Luna berlawan dengan dia" kata Ati. Seseorang? Siapa?

"Sia..." tak sempat aku mahu menghabiskan ayat ada suara garau memotong aku. "Me" jawab suara garau itu. Aku menoleh kebelakang. Azriq dengan tiga anak buahnya, Felix, Leonardo dan Damian. Apa dia buat kat sini?!

"Ati, takkan dia yang ja..." aku dipotong oleh Ati. "Yes" jawab Ati sambil sengih. "Azriq akan menjadi sebagai orang ja..." aku memotong Ati. "Memang dia jahat pun" potongku. Ati terdiam. Azriq memandang aku dengan wajah bekunya itu. Aku memandang dia kosong.

'Betul cakap mak dia. Luna berubah, dia dingin, nampak tegas. Diri dia dah tak sama macam dulu lagi.' desis hati Azriq.

"Let's start" kata Ati sambil memeluk bahu aku. Azriq mengangguk dan berdiri di tengah-tengah tilam nipis yang lembut itu. Dia meneguk liur, aku mengerut dahi. Apahal?

'Apasal dia seksi sangat sekarang ni?' desis hatinya. Dia memandang Luna yang memakai sport bra dengan seluar tight berwarna hitam.

"Kalau Azriq tahan Luna dalam macam mana pun, Luna fikir guna otak dan bukannya ikut nafsu Luna" ujar Ati, aku mengangguk. Banyak jugalah aku belajar tadi sampai betul-betul catch dalam kepala ni.

Ati memberi angguk kepada Azriq untuk mula. Azriq mencekik aku dari belakang dan menahan aku. Aku memijak kakinya, dia mengerang. Kuat sangat eh aku pijak? Sorry. Dia melepaskan lengannya dari leher aku dan aku menggenggam pergelangan Azriq dengan kuat dan mencekik lehernya dengan lenganku. Kami berdua rebah di atas tilam nipis itu. Azriq berada di atas aku dengan badan belakangnya menghadap aku.

Azriq menjerit kecil kesakitan.

"Kuat lagi Luna!"

"Cekik dia kuat-kuat!"

"Whoa! Bam! Bam! Bam! Azriq kelihatan terseksa disana kerana Luna mencekiknya terlalu kuat. Azriq mencuba untuk mendapatkan nafasnya semula tapi dia tidak mampu." kata Felix yang macam jadi orang latar suara bola tu pula.

Kata ketiga-tiga anak buah Azriq. Ati menggeleng kepala.

Azriq menghulurkan tangannya ke atas. Dia menyerah.

"Azriq menyerah kalah! Itu dia!" jerit Felix seperti orang gila. Aku melepaskan Azriq. "Bangunlah!" marahku kepadanya. Dah lepas tak nak bangun pula! "Sabarlah sayang" kata Azriq sambil bernafas laju di atas aku. "Fanculo! (fuck). Berat lah bangang!" marahku lagi.

Azriq bangun "Garangnya." Dia mengenyitkan matanya. Aku menjeling. "Luna! Kau patut cekik dia kuat-kuag tadi, biar dia mampus. Kalau dia tak ada, kami tak akan terseksa lagi." kata Damian kepada aku. Azriq memandang tajam kepada Damian dan Damian ketawa kecil.

"Kuat juga kau ni." Kata Felix kepada aku. "Hmm" jawabku ringkas. Azriq menanggalkan bajunya dan kini dia tidak berbaju. "Pervert lancau kau ni," kata Leonardo kepada Azriq. Azriq tidak melayan dan meneguk rakus airnya.

HE IS AYDEN Where stories live. Discover now