BAB 12

16 3 5
                                    

KELUARGA Azriq datang merisik, aku berkurung diriku dalam bilik. Tak mahu aku keluar dari bilik! Lyra dan Arayyan pun aku serah dekat Azriq. Biar dia jaga!

"Bila nak buat majlis perkahwinannya?" Soal Puan Arazia kepada Puan Larida. Puan Larida senyum lalu memandang wajah suaminya. Semua yang berada di ruang tamu itu menunggu jawapan. Anak buah Azriq, keempat-empat beradik kembar dan Azriq yang sedang meriba Lyra dan Arayyan.

Tuan Azrul senyum seketika "Awal bulan depan." Katanya. "Alhamdulillah, semoga perkahwinan nanti tak ada masalah." Ucap Tengku Azizul. Semua turut senyum. "Daddy nak kahwin dengan siapa?" Soal Lyra kepada Azriq. "Kahwin dengan mummy koranglah." Jawab Azriq. "Mummy Luna?" Soal mereka serentak. Azriq mengangguk. "Meh sini cucu nenek," kata Puan Arazia sambil senyum melihat kedua-dua anak kecil yang berkepit dengan Azriq itu. Lyra dan Arayyan pergi ke arah Puan Arazia.

Puan Arazia mencium pipi Lyra dan Arayyan. "Comel cucu nenek ni, macam mummy dengan daddy dia." Kata Puan Arazia. Semua ketawa. "Jangan terikut perangai Azriq dengan Luna pula." Celah Syrus. Mereka semua ketawa. "Luna tu malu sangat tu, itu sebab dia tak mahu keluar." Kata Tuan Azizul lalu senyum. "Kami minta diri dulu ya?" Kata Puan Arazia dan bangun dari sofa, "Baiklah," kata Puan Larida lalu dia bangun dari sofa. Mengiring Tuan Azizul dan Puan Arazia keluar dari rumah. "Azriq, perangai tu elok-elok ya. Umur dah 30 tahun, jangan nak macam budak sangat." Kata Puan Arazia.

Azriq mengerut dahi, Puan Arazia dan suaminya masuk ke dalam perut kereta lalu meninggalkan rumah itu tersebut. "Kali ni jangan panggil aunty dah. Panggil mama." Kata Puan Larida kepada Azriq. Azriq hanya senyum kecil. Puan Larida dan suaminya senyum manis. Mereka tahu Azriq ni baik sebenarnya walaupun dingin macam kutub utara tu.

BUNYI ketukkan di pintu bilik, aku bangun dari katil dan membuka pintu. Azriq berdiri di depan aku, mataku membulat dan terus menutup pintu semula dengan kuat lalu duduk atas katil. "Auch! Argh, sakitlah!" Adu Azriq. Dia membuka pintu bilikku sambil memegang hidungnya itu. Aku tak tahu nak gelak ke apa. Hanya dingin wajahku, aku mengambil iPhone kepunyaan aku dan melihat social media.

"Sayang," panggil Azriq dengan nadanya yang manja. Aku tersentak, terpaku. "Sayang! Sakit hidung abang ni, tahu tak?" Omel Azriq dengan suaranya mengada-ngada itu. Aku memandang wajah Azriq yang mengada-ngada itu dengan penuh annoyed. Aku meneguk liur "Dah buang tabiat ke?" Soalku. Azriq melipat lengannya ke dada dengan gedik. "Mana ada! Nak manja pun tak boleh ke? Dahlah! Nak merajuk! Hmph!" Jawab Azriq dengan gaya mengadanya iu. Ya Allah, ujian apa kau berikan kepada aku?

Aku nak gelak tapi tak juga, tolonglah. Aku baling bantal ke wajah Azriq. "Aduh!" Adu Azriq. Dia mengambil bantal yang terjatuh di atas lantai itu. "Period ke?" Soal Azriq. Aku terpaku lagi. "Macam mana kau tahu?" Soalku, malu sikit. "Main teka aje." Balasnya. "Désolé (Minta maaf)," ucap Azriq secara tiba-tiba dalam bahasa Perancis. Aku berkerut dahi. "Maafkan aku sebab berkasar dengan kau dulu. Aku minta maaf sebab layan kau macam sial, aku minta maaf kalau aku ada buat kau sakit hati dan aku minta maar sangat-sangat sebab tolak cinta kau mentah-mentah dulu. Bagi aku peluang untuk aku tunjuk cinta aku terhadap kau. Aku minta maaf. Je suis vraiment désolé (Betul-betul minta maaf)," ucap Azriq. Aku terpaku.

Wajahku dingin bertukar lembut. Aku nampak air mata Azriq bergenang di tubir matanya. Aku hanya mendiam, sedikit rasa kesian tapi hati aku tidak boleh menerimanya. Aku perlukan masa. "Buktikan apa yang kau cakap ni, aku nak tengok tapi aku perlukan masa untuk terima kau semula." Balasku dengan nada dingin. Azriq memandang aku lalu menggenggam tangan kecilku, aku tidak melepaskannya. Heran kenapa aku tak bertindak. "Aku akan buktikan. Aku pegang janji aku," kata Azriq lalu mengesat air matanya.

Azriq melepaskan genggaman lalu bangun dari katil dan keluar dari bilikku dan menutup pintu. Aku memandang pintu itu, tiba-tiba pintu terbuka. Keempat-empat abang aku masuk, mereka duduk di atas katil. Abangku Lutfan Mirzuki mengeluar satu kotak kecil berwarna hitam, aku mengerut dahi. Abangku membuka kotak itu, terlihat satu cincin berlian berwarna silver, mataku membulat. Mereka semua tersenyum. Aku memandang cincin itu lama.

"Can you wear this? For Azriq," soal abangku Lutfan Mirzan. Tidak sempat aku mahu menjawab, abangku mencapai tanganku dan menyarungkan cincin pada jari manisku. Aku agak terkejut kerana ianya muat. Keempat-empat abangku mencium wajahku serentak. "Tak lama lagi adik kita ni jadi bini orang. Dah tak boleh kita nak bermanja dengan dia sebab suami dia tu kuat jealous," kata abangku Lutfan Mirul lalu mencubit lembut pipiku. Aku masih mendiam.

"Adik terima Azriq semula, okey? Jangan ikut ego tu, slow-slow berubah tau? Buat itu demi kami semua, untuk mama, papa dan abang-abang,. Boleh?" Soal abangku Lutfan Marvin sambil mengusap rambutku. "Insya-Allah, adik cuba." Balasku lalu melentokkan kepalaku di bahu abangku Lutfan Marvin lalu memeluknya. Kami berlima berpelukan.

"BOLEH tak kalau Riq nak kahwin terus dengan Luna? Kalau nak tunggu bulan depan tu macam lama pula," soal Azriq kepada Puan Arazia yang sedang memotong bawang merah. "Yang kamu gelojoh sangat ni dah kenapa? Miang sangat dah sampai nak begitu?" Jawab Puan Arazia dengan nadanya sedikit marah. "Malaslah Riq nak tunggu bulan depan tu, bonda." Balas Azriq. Puan Arazia mengeluh lalu mengesat air peluh dekat dahinya. "Haih, nanti bonda bincang dengan babah dan mak ayah Luna tu. Ni, bonda tengok kamu ni berubah banyak sekarang ni. Dulu kemain acah cold sangat rupa tu. Sekarang dah macam apa dah," kata Puan Arazia sambil bercekak pinggang.

Azriq senyum senget "Bonda, dia tu kan tengah tak betul." Celah Tuan Azizul yang baru sahaja keluar dari dapur sambil memegang cawan. Puan Arazia Dan Azriq memandang ke arah Tuan Azizul. "Nak kahwin cepat?" Soal Tuan Azizul kepada Azriq lalu menghirup minuman dia. Azriq mengangguk "Azriq nak sangat. Kalau boleh minggu depan." Jawab Azriq

HE IS AYDEN Where stories live. Discover now