For those who ever wondered how does it
feel to be loved by a loyal man, this is for you.HELAIAN RAMBUT yang terjuntai pada dahi disebak ke belakang dengan sekali kuakan tangan. Tidak cukup dengan itu, jari-jemarinya mengelus rambut sendiri beberapa kali. Rambut ialah aset terpenting bagi seorang lelaki sepertinya! Tanpa rambut, siapalah dia.
Tali leher yang berlilit kemas di kolar baju sekolah dilonggarkan sedikit. Serasa tidak kena, diketatkan lagi. Kedutan pada bajunya digosok-gosok rata. Setiap tingkahnya itu diperhatikan seseorang.
"Kau kenapa tenung aku macam tu dari tadi? Ada benda nak cakap?"
"Kau seriuslah nak buat ni?" Entah berapa kali soalan itu ditanya.
"Seriuslah, ada nampak muka aku ni main-main?" Wajahnya yang terbias pada pantulan cermin tandas murid lelaki itu dikalih ke kiri dan kanan. Kacak maut. Berkat daripada mewarisi wajah ayahnya.
"Tak takut kena tolak? Yalah, aku tak naklah habis waktu sekolah lepas ni kau tiba-tiba ajak lepak tepi tasik sebab nak healing. Aku dah lama tak smackdown orang ni."
"Aku? Ajak healing? Sejak bila, bangang?"
"Konon. Entah siapalah yang kecundang masa hari sukan sampai merajuk tak nak makan." Sedas peluru sindiran tersirat diujarkan.
"Siapa?" Berpura-pura polos.
"Kaulah. Lepas tu, ajak berbasikal. Jangan nak pura-pura lupa. Kali ni kau ajak healing, kau pergilah sorang-sorang. Duduk dalam tasik terus. Kau berendamlah dalam sana puas-puas."
Paling tidak, diajak mendaki bukit. Alasan ingin rawat hati yang lara dengan mencari ketenangan. Kononnya ketenangan itu dijumpai bila menyebatikan diri dengan alam semula jadi. Tahyul! Semua itu tidak benar dan sahih. Cuma menambahkan keletihan dan berpeluh adalah.
Jeda buat sementara.
"Kiranya kau memang seriuslah ni? Memang takkan menyesal?"
Buat beribu kalinya, keluhan yang berat dihela kuat. Sepatutnya beri semangat kepada dia yang ingin meluahkan perasaan namun perkara sama yang ditanya kawannya. Bertuah ada kawan seperti ini! Sangat bertuah sampaikan rasa nak kepil mulut itu dengan penyepit ketam.
Air muka yang beriak tenang berubah serius.
"Qiz, kata-kata tu ialah doa. Cuba kau cakap yang baik-baik. Suruh aku yakin dengan diri sendiri ke apa. Ayat kau tu macam nak sangat tengok aku ni kena tolak. Ke kau memang berdendam dengan aku?"
"Siapa cakap aku berdendam dengan kau?"
"Aku. Atau pintu tandas belakang tu yang dah pandai bercakap?"
Berpaling tubuh, wajah kosong Qizran dipandang dengan mata yang memincing kecil. Agaknya Qizran memang menaruh sangka bahawa luahan cintanya akan ditolak mentah-mentah. Namun dia peduli apa.
Selagi ada peluangnya untuk merebut sekeping hati itu, selagi itulah dia akan cuba memikat meski akan ditolak bertubi-tubi. Kalau sudah terjatuh suka, usaha lah yang penting untuk membuktikan keikhlasan dia bukanlah palsu semata-mata.
Dan usaha tidak akan mengkhianati tuan badan sendiri!
"Dah kenapa kau diam tiba-tiba? Betul lah, kan?"
YOU ARE READING
SHADOW
RomanceUnder PROTECTOR SERIES ⋆͛︎ Sequel of AIDAR Leftenan Madya Arden Hansel. Mengikut jejak ayahnya, dia menggalas tanggungjawab dalam mempertahankan keamanan negara sebagai tentera di bawah pasukan elit daripada Tentera Laut Diraja Malaysia. "Sedia un...