MARTIN mengorak langkah menuju ke arah pejabatnya sambil mengerling jam tangan di pergelangan tangan kirinya itu. Lagi beberapa minit waktu lunch akan tamat dan dia perlu bertolak ke Italy atas hal kerja. Martin bukan pergi seorang diri, tetapi Seara a.k.a personal assistant dia pun akan pergi juga. Jangan ingat Martin teruja ya, tak pun. Martin suami orang tahu! Jangan main-main...
Sebaik saja Martin sampai di hadapan pintu pejabatnya, langkahnya tiba-tiba terhenti. Kepalanya menoleh ke arah meja kerja Seara yang kosong itu. Tidak semena riak wajahnya berkerut.
"Naz, tahu tak Seara dekat mana?" soal Martin kepada salah seorang pekerjanya yang berada berhampiran pejabatnya.
Nazrin yang sedang mengunyah keropok lekor sambil berjalan itu langsung terhenti langkahnya. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya.
"Dia pergi ladies kut..." tutur Nazrin pada Martin.
Martin terdiam sejenak. Ada betulnya juga apa yang Nazrin katakan itu.
Tetapi setelah bekerja selama 5 tahun dengan Seara, Martin perasan yang Seara akan duduk di tempat kerjanya semula 10 minit sebelum waktu rehat tamat. Nak buat macam mana? Seara itu terlebih menepati waktu orangnya.
Kemudian, Martin mengangguk perlahan.
"I see... Alright it's okay," tutur Martin.
"Saya dekat sini..."
Langsung kepala dua orang lelaki itu menoleh ke arah suara tersebut. Terkejut beruk Martin dan Nazrin apabila melihat Seara yang muncul dari bawah meja kerjanya itu secara tiba-tiba. Ini nak main cak-cak ke apa ni?
Terkedip-kedip matanya melihat Seara untuk seketika. Wajah pucat lesi Seara itu dipandang sekilas.
"Kau buat apa bawah tu gila?" soal Nazrin seraya melemparkan pandangan yang pelik pada Seara. Mujur saja Nazrin dan Martin tak kena sakit jantung tadi.
Mana taknya? Tiba-tiba saja suara serak-serak garau Seara itu menyapa mereka berdua tadi. Lepas itu bila mereka menoleh ke tepi, tengok-tengok Seara muncul dari bawah meja dengan rambutnya yang tak terurus itu. Sekali pandang macam hantu Kak Limah, dua kali pandang macam zombie, tiga kali pandang baru nampak macam Rhea Seara.
"Baring kejap... sakit kepala."
"Baring bawah meja?" soal Nazrin dengan pelik.
Seara hanya mengangguk perlahan. Kalau nak tahu, bawah meja Seara tu ada macam-macam ya. Habis diletaknya bantal kecil dan juga pelapik untuk baring di bawah meja itu.
"Are you okay? You don't look good at all Seara..." tutur Martin dengan bimbang. Macam mana Martin tak risau kalau wajah Seara sekarang ini macam mayat hidup pucat lesi! Tunggu masa saja nak tanam si Seara ni.
"I'm fine... no worries," ujar Seara sambil tersenyum nipis. Rambutnya dikemaskan sebelum dia mencapai getah rambut dan mengikat rambutnya.
"Fine kepala hangguk kau lah. Muka pun macam orang nak mampus dah." Nazrin menggulingkan matanya ke atas. Sah-sah Seara tengah tak okay sekarang, boleh pula dia cakap yang dia 'fine'. Orang bodoh saja yang akan percaya cakap Seara itu.
Seara memekakkan telinga. Mulut si pondan ni memang macam buntut badak sikit. Malas Seara nak layan. Sudahlah dia tak sihat, memang taklah Seara nak bertekak dengan si Nazrin pondan ni.
"Are you sure? Because you look like you will pass out anytime, Seara." Martin masih lagi risau dengan situasi Seara sekarang.
Bukan Martin yang terlebih concern, tetapi memang begitulah keperibadiannya. Member caring orangnya. Nak buat macam mana kan?
Seara angkat kepala memandang bossnya yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya itu. Wajah Martin ditatap lama.
Haih, macam mana Seara tak fall in love kalau Martin caring terhadapnya? Cuba bagitahu Seara, macam mana Seara tak jatuh cinta kalau ada lelaki kacak, caring, loving, kaya, cukup pakej macam Martin ini ambil berat terhadapnya? Hah? Cuba bagitahu Seara sekarang! Disebabkan sifat Martin itulah Seara sudah memendam perasaan terhadap lelaki itu selama 5 tahun.
Tup tup sekarang ini Martin sudah berkahwin pun Seara tetap setia mencintai lelaki itu dalam diam. Lihatlah betapa setianya seketul Rhea Seara...
"Sumpah cakap saya okay je. Tadi saya dah telan panadol, kalau tak sekarang, kejap lagi okaylah tu."
Nazrin yang mendengar kata-kata Seara itu langsung mengeluh panjang. "Suka hati kau lah, nonok. Kejap lagi kalau kau pengsan tengah jalan lepas tu ada bangla sambut kau, jangan terkejut pula." Sindir Nazrin habis-habisan. Dah malas dia dengan drama Seara yang dari tadi 'saya okay' sedangkan sudah jelas yang dia tidak okay.
Tidak betah lagi Nazrin langsung mengorak langkah meninggalkan tempat itu. Lebih baik dia pergi semula ke meja kerjanya dan makan keropok daripada layan drama 'saya okay' Seara.
Martin dan Seara hanya memandang Nazrin meninggalkan tempat itu. Faham sangat mereka dengan perangai Nazrin. Kemudian Martin menumpukan semula tumpuannya pada Seara.
"We are going to outstation later... you sure?" soal Martin lagi menginginkan kepastian. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedang risaukan Seara.
Seara pandang Martin. Kepalanya diangguk perlahan.
Jeda. tiada balasan daripada Martin. Hanya kepalanya saja yang dianggukkan beberapa kali sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
SEARA rasa macam nak maki diri sendiri. Pertama sebab dia tertinggal segala ubat-ubatannya di Malaysia. Kedua sebab dia bodoh asyik cakap yang dia okay saja pada Martin. Daripada lapangan terbang hingga mereka sedang menjalankan meeting, Seara asyik cakap yang dia baik-baik saja pada Martin. Rasa nak tampar muka Seara laju-laju kan? Tak apa, Seara pun rasa nak lempang muka sendiri.
Martin yang sedang bercakap dengan business partnernya itu dipandang sekilas walaupun hanya samar-samar saja yang dinampaknya. Coat yang berada di tubuhnya itu dibetulkan untuk mengekalkan kehangatan badan.
Kepalanya berdenyut hebat ketika ini. Matanya pula semakin memberat. Tubuhnya pula terasa sungguh sejuk. Macam mana rupanya ketika ini pun Seara tidak tahulah. Macam orang gila ke, macam orang dah nak mati ke, Seara tak tahu dan tak kesah! Apa yang dia tahu sekarang ini dia mahu pulang ke hotel dan berehat.
Tapi apa yang menjadi masalah sekarang ini ialah Martin macam tak nak balik!
Tahulah business partnernya itu ialah kawannya. Tapi sekarang ni meeting pun dah habis, apa lagi yang Martin mahukan? Kalau nak sembang berdua pun at least cakaplah yang Seara boleh balik ke hotel dulu. Paling tidak pun duduklah! Ini berdiri tengah jalan!
Tapi tak apa, Seara sedar diri. Kita assistant tak layak cakap apa-apa. Nak tak nak kena layankan saja boss besar ini.
Denyutan di kepalanya sudah tak mampu ditahan lagi. Kalau dibiarkan lebih lama, mungkin Seara akan pengsan dekat sini. Kemudian Seara bergerak merapati Martin untuk memberitahu lelaki itu tentang keadaannya.
Namun entah di mana silapnya, ketika dia ingin memanggil Martin, tubuhnya langsung rebah di atas lantai. Matanya pula terpejam rapat.
Martin yang perasan akan insiden tersebut langsung mendapatkan Seara dengan pantas.
Tubuh kecil Seara yang terbaring di atas lantai itu dipangku sebelum pipi Seara ditampar lembut beberapa kali. Jantungnya mula berdegup kencang apabila melihat keadaan Seara begini. Tak senang duduk dibuatnya!
"Seara? Gosh... this woman seriously!"

YOU ARE READING
Poisoned Desires: A Relentless Chase [ E-book ]
Romance𝙇𝙞𝙠𝙚 𝙖 𝙥𝙤𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙤𝙛 𝙛𝙤𝙧𝙗𝙞𝙙𝙙𝙚𝙣 𝙖𝙡𝙡𝙪𝙧𝙚, 𝙤𝙪𝙧 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙗𝙧𝙚𝙬𝙨 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙙𝙚𝙥𝙩𝙝𝙨 𝙤𝙛 𝙥𝙤𝙞𝙨𝙤𝙣𝙚𝙙 𝙙𝙚𝙨𝙞𝙧𝙚𝙨.