PREVIEW 5

119 4 0
                                    

SEMINGGU berlalu begitu saja dan sekarang ini Seara tidak tahu apa yang patut dia rasakan sekarang ini. Nak menangis pun ada, marah pun ada, geram tu jangan cakaplah. Kalau boleh dia nak cabut kepala Martin dan bagi babi makan. Menyampah betul Seara! Bukannya Seara tak pernah dimarahi oleh Martin, tetapi apa yang Martin katakan tadi sangat menguji kesabarannya. Eee, geram! Geram! Geram!

"What happened to you? Sebelum ni you bukan macam ni. Cakap dengan I, what kind of shit yang you bagi dekat I ni? I perasan you makin berubah ya lately. What's gotten into you Seara?" soal Martin dengan sedikit kasar. Report yang disediakan oleh Seara itu dilemparkan ke atas meja.

Seara menahan diri daripada mengalirkan air mata. Kepalanya pula ditundukkan memandang lantai.

"Jujur dengan I Seara, betul ke ni hasil kerja you? Or budak baru yang akan gantikan you tu punya hasil kerja? You never do this before..." Sambung Martin lagi.

Sejujurnya apa yang Martin katakan itu betul. Seara tak pernah buat kerja main-main.

Tetapi disebabkan dia terlalu terganggu dengan apa yang terjadi sejak dua menjak ini, Seara tak mampu fokus dengan kerjanya. Dan akibatnya sekarang ini Martin mengamuk padanya.

"Jawab Seara..." ujar Martin sambil mengeluh perlahan apabila dia melihat tiada balasan daripada Seara.

"Itu memang kerja Seara..." balas Seara dengan perlahan. Matanya pula masih menatap lantai pejabat Martin. Tak sanggup Seara tengok muka Martin ketika ini.

"Kenapa kerja you boleh jadi macam ni? I baca report yang you buat, banyak melalut je, Seara. Itu ke yang you buat sampai duduk office tengah malam?"

Seara mendiamkan diri. Dia tidak tahu nak balas macam mana. Sejujurnya bukan Seara sengaja buat kerja main-main. Tetapi dia terlalu sibuk memikirkan keadaan ibunya yang berada di hospital itu sampai terganggu.

Beberapa hari lalu ibunya dimasukkan ke hospital kerana rebah tiba-tiba ketika memasak. Walhal ibunya baru saja berjumpa dengan doktor. Tetapi tidak tahulah di mana silapnya tiba-tiba saja dia dapat tahu ibunya menghidap kanser paru-paru peringkat akhir. Macam mana Seara nak hidup dengan tenang?

"Yeah, just keep quiet then. You really need to think about quitting now because your behaviour are only making things more difficult for everyone," tutur Martin dengan nada suara yang sinis.

Macamlah Seara tak tahu Martin akan bertambah berang jika segala kata-katanya diabaikan. Kan tak pasal-pasal mendapat ayat macam tu daripada Martin.

Seara angkat wajahnya untuk memandang Martin. Rasa seperti tak percaya dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Martin tadi.

"Boss nak saya berhenti?" soal Seara seraya menahan diri daripada mengalirkan air mata. Selama ini bukankah Martin yang tak bagi Seara berhenti sangat?

"If you keep behaving like this lebih baik you berhenti je. Dengan kerja pun dah jadi sampah, bila I tanya pun tak nak jawab. Berhenti jelah kalau macam tu!" tutur Martin dengan lancar tanpa fikir perasaan Seara.

Wow! Seara speechless! Sesetan inikah Martin yang sebenarnya? Iya Seara faham Martin sedang mengamuk, tetapi Seara tak pernah lihat Martin jadi boss mulut longkang macam ini. Sekarang ini Martin seperti boss dari neraka!

Sudahlah Martin tak tahu apa-apa. Punca Seara jadi begini pun Martin tak tahu dan sekarang ini Martin terus menghamburkan amarahnya pada Seara? Siap suruh berhenti lagi? Oh the audacity!

Terkedip-kedip Seara memandang Martin. Air matanya ditahan sehabis baik. Wajah yang semakin cembeng juga cuba dikawal. Sampai hati Martin cakap macam itu pada Seara! Jerk! Tak guna!

Poisoned Desires: A Relentless Chase [ E-book ]Where stories live. Discover now