PREVIEW 4

63 5 0
                                    

DARI tadi Seara sibuk mengacau air kopi yang sudah sebati itu. Tetapi tangannya masih lagi tidak berhenti mengacau. Kenapa? Sebab Seara sibuk termenung! Tak sangka pula penangan berita 'gembira' semalam buat Seara jadi macam ini. Sekilas pandang sudah macam orang mati suami! Ini bukan kali pertama Seara broken macam ini. Ketika Martin memberi dia jemputan kahwin dulu lagi teruk Seara broken! Sampai ambil MC 2 hari tahu?

"Haah, kacau lagi kopi tu. Biar cawan tu berlubang terus." Nazrin yang baru saja masuk ke dalam pantri itu terus menyindir Seara. Macamlah Nazrin tak perasan. Sebaik saja Seara sampai tadi, Seara terus termenung. Letak beg termenung, duduk tunggu Martin masuk kerja termenung, sekarang ni tengah bancuh kopi Martin pun masih temenung!

Seara menoleh pandang Nazrin yang sedang mengisi air dalam cawannya itu.

"Hmm..." itu saja yang keluar dari mulut Seara. Kalau dah broken ni buka mulut pun dia tak nak.

Berkerut wajah Nazrin apabila melihat Seara seperti itu. Entah apa yang Seara nak sedihkan sangat pun dia tak tahulah.

Namun sebaik saja Nazrin ingin membuka mulut, Seara terlebih dahulu beredar keluar dari pantri.

Seara mengorak langkah ke arah pejabat Martin untuk memberi air kopi itu pada Martin. Namun ketika Seara lalu di hadapan mejanya, matanya tertancap ke arah laci yang Seara letakkan resign letter itu. Otaknya ligat berfikir adakah dia patut berikan surat peletakan jawatan itu pada Martin.

Susahnya nak buat keputusan! Lagipun kalau Seara nak berhenti, dia perlu beri Martin resign letter 2 bulan awal. Ini semua kerana dia sudah kerja 5 tahun dengan Martin. Memang begitulah syarat yang ditetapkan kalau nak berhenti.

Lainlah kalau Seara hanya kerja beberapa bulan saja dengan Martin, memang dah lama dia lempar resign letter itu pada wajah Martin.

Sekarang ini Seara jadi ragu-ragu untuk berhenti kerana dia sudah bekerja dengan Martin lama. Kedua pula kerana dia ada perasaan terhadap Martin. Dan yang ketiga, Seara sayang company ini lebih dari segalanya.

Dia banyak belajar benda baru apabila bekerja di sini. Haih, kalaulah Seara tak ada perasaan langsung pada Martin, sudah tentu Seara tak perlu fikir macam-macam. Ini semua complicated!

Keluhan kecil dilepaskan sebelum Seara menapak ke arah meja kerjanya dan mencapai resign letter yang telah dibuat sebelum ini.

Selepas itu Seara terus mengorak langkah ke pejabat Martin. Pintu pejabat lelaki itu diketuk beberapa kali sebelum dia masuk ke dalamnya. Kemudian cawan yang berisi air kopi tadi diletakkan atas meja Martin.

"Your black coffee..."

"Thank you," tutur Martin seraya mengerling Seara dengan ekor mata.

Seara pula mendiamkan diri. Dia masih lagi berdiri di hadapan Martin seakan patung cendana. Matanya juga tertumpu pada Martin yang sedang main phone itu.

Kemudian Martin mengalihkan pandangannya daripada phone dan melihat Seara yang sedang berdiri tegak itu. Selalunya Seara dah blah dulu sebelum Martin halau.

"Kenapa?" soal Martin pada Seara.

Seara tidak menjawab, sebaliknya dia meletakkan resign letter itu di atas meja kerja Martin. Wajah Martin dipandang tanpa perasaan.

Tidak betah lagi Martin terus mencapai surat itu dan membaca isi kandungannya. Langsung berkerut seribu wajahnya ketika ini. Matanya terus tertumpu pada Seara yang masih berdiam diri di hadapannya itu.

Poisoned Desires: A Relentless Chase [ E-book ]Where stories live. Discover now