SESEKALI Seara menilik semula resign letter yang sudah dicetak itu. Hatinya berbelah bahagi sama ada dia patut berhenti ataupun tidak. Gerak hatinya kata lebih baik dia berhenti daripada dia terus disakiti oleh Martin. Lebih baik dia berhenti supaya dapat mengelak benda yang tidak sepatutnya terjadi. Kalau boleh Seara tak nak jadi salah satu penyondol yang merosakkan rumah tangga orang lain. Naya kalau Seara jadi penyondol ya.
Seara menghela nafas perlahan. Haih, berat hati sebenarnya, namun inilah apa yang terbaik untuk dia kan? Fikir senang ke Seara nak berhenti selepas berkhidmat pada Martin hampir 5 tahun? Sudahlah tempat kerjanya ini bagus, peringkat antarabangsa, setiap bulan dapat bonus. Sayangnya dia terpaksa berhenti hanya kerana perasaannya yang semakin menguasai diri. Kalau dia tak buat sesuatu, sudah pasti benda buruk bakal terjadi.
"Why you haven't left yet? You memang suka kerja overtime ke apa? I suruh you kerja half day supaya dapat bersiap untuk event malam ni pun you masih stay dekat sini. You buat apa Seara?" soal Martin sebaik saja dia keluar dari pejabatnya.
Tadi sebaik saja Martin keluar dari pejabatnya, wajah Seara yang kelihatan sungul itu terus memenuhi pandangannya. Hatinya tertanya apa yang wanita itu lakukan sebenarnya. Kemudian Martin menapak mendekati Seara perlahan-lahan.
Seara yang terkejut dengan kemunculan Martin itu langsung menyimpan resign letter tadi ke dalam laci mejanya. Seara mendongak memandang Martin, kepalanya digeleng perlahan.
"Tak ada apa... Saya cuma nak check report sekejap. Lepas ni saya balik," tutur Seara seraya mengoyak senyuman palsu.
"Report apa? Kalau tak penting nanti jelah check. Lagipun bukannya urgent kan?"
Keadaan berubah sunyi seketika. Seara tidak menjawab persoalan Martin itu. Sebaliknya dia hanya menatap bossnya itu tanpa perasaan.
"Tak penting mana pun, tapi saya nak siapkan kerja cepat-cepat. Malas nak fikir and hold lama-lama," jelas Seara pada Martin.
Martin pula sekadar mengangguk perlahan. Tak payah cakap banyak, Martin dah tahu Seara ini jenis manusia yang macam mana. Kalau kerja itu boleh disiapkan dengan cepat, memang Seara siapkan cepat-cepat. Sebab itulah Martin suka bekerja dengan Seara. Segala yang susah menjadi mudah!
"Alright... make sure you tak stay sini lama-lama. Risau pula you lupa event malam nanti."
Seara itu bukannya boleh dipercayai sangat. Bila buat kerja, Seara dah lupa dah benda lain. Apa yang dia tahu, kerja dia selesai dengan cepat. Silap-silap nanti dia leka dengan kerja dekat office sampaikan dia terlupa ada event malam ini.
Seara mengangguk.
"Jangan risau. Macamlah saya pernah terlepas event yang kita buat sebelum ni. Boss pergilah balik dulu. Malam nanti kan nak kena jadi orang paling handsome dalam dunia." Sengaja Seara ingin mengusik lelaki itu. Senyuman mengusik juga terukir di wajahnya.
Walaupun Seara tahu Martin selalu handsome, tapi bila ada event penting, Martin lebih bersinar dari kebiasaannya.
Langsung tersengih Martin mendengar kata-kata Seara itu.
"Halah, halah... ni mesti nak bonus lebih bulan ni kan? Sebab tu you puji I melambung." Kini giliran Martin pula yang mengusik Seara. Apa ingat Seara je yang pandai joke around? Martin pun pandailah!

YOU ARE READING
Poisoned Desires: A Relentless Chase [ E-book ]
Roman d'amour𝙇𝙞𝙠𝙚 𝙖 𝙥𝙤𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙤𝙛 𝙛𝙤𝙧𝙗𝙞𝙙𝙙𝙚𝙣 𝙖𝙡𝙡𝙪𝙧𝙚, 𝙤𝙪𝙧 𝙡𝙤𝙫𝙚 𝙗𝙧𝙚𝙬𝙨 𝙞𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙙𝙚𝙥𝙩𝙝𝙨 𝙤𝙛 𝙥𝙤𝙞𝙨𝙤𝙣𝙚𝙙 𝙙𝙚𝙨𝙞𝙧𝙚𝙨.