Aku sangkakan senyuman manis itu tidak akan pernah wujud. Ternyata, salah tanggapan aku selama ini. Di depan mataku, aku melihat susuk seorang lelaki yang aku kagumi sedang mengagumi wanita lain dengan senyuman yang mekar di wajahnya. Terlihat lesung pipitnya yang indah terletak elok di kedua-dua belah pipinya.
Aku terpana!
Terpana kerana senyuman yang manis itu bukan untuk aku.
Terpana kerana lirikan mata yang redup itu bukan untuk aku.
Terpana kerana cara layanannya yang lembut itu bukan untuk aku.
Terpana kerana cintanya yang suci itu bukan untuk aku.
Hatiku begitu sakit kerana senyuman manisnya, lirikan matanya yang redup dan nada suaranya yang lembut adalah milik seorang wanita yang amat aku kenali iaitu sahabatku sendiri.
Ini menyedarkan aku daripada lena yang panjang bahawa dia tidak pernah memandangku. Hanya aku yang memandangnya dengan penuh minat, penuh cinta, penuh harapan.
Yang paling penting sekarang ini, aku tahu bahawa cintanya bukan untuk aku.
Sakit.
Sungguh sakit apabila cintaku tidak bersambut dan paling menyakitkan sekeping hati ini ialah cintanya diberikan kepada sahabatku.
Apakah dosaku sehingga begini cara kau lukai hatiku. Kenapa dalam ramai-ramai gadis di dunia ini, sahabatku sendiri yang kau pilih sebagai penghuni hati kau?
Adakah aku perlu mengundurkan diri sekali lagi, lagi dan lagi?
Aku tidak kuat untuk hadapi semua ini.
Bantu aku ya Allah.
YOU ARE READING
You : Beautiful Destiny
Romance🔥1st You Series🔥 Tuan Uzzam Yaqzan I Seroja Sajeeda "No woman wants a man who has eyes for other women." Start : August 2024