Kunci kereta ditangannya digenggam sambil kakinya berlari anak mendekati satu bangunan yang bingit dengan musik yang kuat. Setelah berejam memandu untuk mencari tempat ini, akhirnya tiba juga.
Dinamic Club.
Dari jauh dia memandang beberapa orang pengawal yang menjaga pintu masuk bangunan tersebut. Semua yang keluar masuk dari club itu terdiri daripada golongan muda dan juga segelintir orang ternama.
"Dah tua pun tak sedar diri" keluhnya.
Wanita itu lekas mengeluarkan telefon bimbit daripada beg galas yang dibawa dan mendail nombor seseorang.
Seketika panggilannya terjawab.
"Jaja kau kat mana? Kasihani lah aku Jaja, bantu aku Ja-" Tanya Mawar
"Dey thanggachi kau kat mana ha? Baru berakal kau nak cari aku. Nak healing pun beragak lah sister. Ini club gila bukan masjid!" Tempelak Seroja
"Sorry lah baby, ni aku kat level 3. Kau masuk main entrance lepastu kau belok kiri nampak lif cepat-cepat naik. Aku tunggu." Balas Mawar termengah-mengah seperti sedang berlari.
"Ha yela, tunggu aku naik. Kau jangan pelik-pelik dekat atas tu" Balas Seroja mengingatkan Mawar, dia tu bukan boleh percaya. Silap haribulan owner club tu dia buatnya suami.
Naya saja!
Seroja memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg galas yang dibawanya dan bergerak menuju pintu masuk. Setibanya di depan pintu, dia terus beratur di belakang seorang gadis yang agak muda baginya.
Tiba gilirannya, pengawal tersebut menghalang laluan Seroja.
"ID Dinamic Cik." Pinta pengawal tersebut.
"Err saya tak ada ID Dinamic, saya datang sini sebab nak jemput kawan saya dekat atas" Jelas Seroja.
"Maaf cik, cik tidak dibenarkan masuk kalau cik tak ada ID Dinamic." Ujar pengawal itu sambil memandang Seroja atas bawah.
"Kan saya dah cakap, saya nak jemput kawan saya aja, dia minta saya jemput" Balas Seroja sekali lagi, mungkin pengawal ini tidak faham.
"Maaf cik, kalau cik nak masuk sekalipun tudung kena bukak cik. Kena ikut dresscode club ni cik. Kalau tak memang cik tak dibenarkan masuk" Jelas pengawal yang bernama Nazri.
"Gila apa saya nak bukak tudung! Saya ni nak jemput kawan saya bukannya nak bergelek dekat dalam sana." Tempelak Seroja.
Sakit hati Seroja apabila disuruh bukak tudung, sebelum ni elok saja dia masuk bertudung nak kutip anak pungut sorang tu. Ini sampai kena bukak tudung, melebih nampak!
"Kalau macam tu, cik boleh lah balik, ramai lagi beratur belakang cik tu. Tolong bagi kerjasama cik" Ujar pengawal yang bernama Nazri itu sambil menolak tubuh Seroja dengan menggunakan cota untuk ke tepi.
Pantas seroja berpaling ke belakang untuk melihat orang di belakangnya tetapi tiada satu pun kelibat manusia.
Ulang suara, tiada orang!
Seingatnya sewaktu dia tiba di hadapan pintu utama ini sebentar tadi dia orang terakhir yang beratur. Kini yang ada hanya mereka bertiga.
"Hey! Awak ni nak tipu pun agak-agak lah. Tak ada orang pun belakang saya. Saya cakap baik-baik tau janganlah tolak-tolak badan saya guna cota tu. Tujuan saya datang ke sini adalah untuk menjemput kawan saya sahaja. Kawan saya ada dekat atas, tingkat 3." Balas seroja tak puas hati apabila badan nya ditolak dengan menggunakan cota.
"Kawan saya kena ganggu dekat atas tu. Kalau apa-apa jadi dengan kawan saya awak nak bertanggungjawab ke? Awak atau saya yang kena hadap mak ayah dia nanti. Saya kan?" Sambungnya sambil menayangkan riak tidak puas hati dan kasihan.
YOU ARE READING
You : Beautiful Destiny
Romance🔥1st You Series🔥 Tuan Uzzam Yaqzan I Seroja Sajeeda "No woman wants a man who has eyes for other women." Start : August 2024