Bab 4 🌟

3 1 0
                                    

"Back to our topic, kamu berdua akan dapat dua orang bodyguard." Terang Tan Sri Izham.

"Maksud papa, Mawar dapat dua, Seroja dapat dua. Macam tu?" Soal Mawar ingin mendapatkan kepastian.

"Yes betul"

"Kayanya papa hire ramai ramai untuk kami berdua." Seloroh Seroja

"Untuk keselamatan anak-anak papa, papa sanggup melabur banyak mana pun. Asalkan anak-anak papa ni selesa kemana-mana."

"Aih untuk anak saja? Mama macam mana?" Soal Puan Sri Cempaka, saja ingin bergurau.

"Mama, papa lah jaga." Pecah terus ketawa kami semua melihat wajah cemberut Puan Sri Cempaka.

"So papa, cerita lah sikit pasal bodyguard tu. Sama tempat dengan Seroja dulu ke?" Soal Puan Sri Cempaka.

"Nope, lain. Papa tak cerita pun dekat dia orang yang Seroja ni bodyguard Mawar. Papa just cakap Seroja dan mawar anak papa."

"Manthab lah papa, boleh jadi wanita melayu terakhir ni. Mana tahu jodoh." Semangat Seroja berkata-kata sambil tersengih-sengih.

"Gatal kau Ja. Entah-entah papa hire bodyguard yang tua-tua." Kata-kata Mawar terus menyebabkan angan-angan Seroja mati.

"Sibuk lah kau ni." Jeling Seroja. Mama dan papa hanya menggelengkan kepala, dia orang berdua ini kalau tak gaduh memang tak sah!

"Seroja, walaupun Mawar ada dua bodyguard. Seroja masih lagi bodyguard untuk Mawar dengan mama ya. Ikut ke mana Mawar pergi, ke mana mama pergi" Pesan Tan Sri Izham.

"Betul tu, mama tak ada bodyguard pun tak mengapa, asalkan Seroja ada disamping mama, itu pun dah buat mama rasa selamat dah."

"Baik papa, mama. Terima kasih sebab sudi percaya dan risaukan keselamatan Seroja."

"Eh mestilah, anak kan!" ujar mama dan papa serentak.

"So papa, bila mereka start bekerja?" Soal Mawar disambut dengan anggukan Seroja kerana dia pun mahu tahu.

"As soon as possible sekarang ni bahaya ada dimana-mana. Papa risau keselamatan bunga-bunga papa." Balas Tan Sri Izham ringkas.

*********

"Mawar harini hari apa?" soal Seroja sambil memasang rak bukunya yang baharu.

"Harini hari isnin Ja." Balasnya sambil menyusun novel-novel milik Seroja di rak buku yang sudah siap dipasang.

"Okay." Tanpa melengahkan masa, Seroja terus menyambung kerjanya, banyak lagi rak dia nak pasang.

Almaklumlah, rumah dah siap renovate, boleh tidur dekat rumah sendiri lagi satu, dah tak payah susahkan papa dengan mama lagi.

Kini, Seroja dan Mawar tinggal bersama, rumah ini Seroja beli sudah lama, cuma baru siap renovate bilik dan dapur sebab itu baru boleh duduk. Sudah semestinya ditemani Mawar. Mana boleh berpisah nanti demam.

Seronoknya!

**********

Seminggu berlalu.

"Harini hari apa Mawar?" Tanya Seroja sambil menumis sambal nasi lemaknya. Hari ini dia bangun terlebih awal alang-alang butik tutup bolehlah dia masak makanan berat.

You : Beautiful DestinyWhere stories live. Discover now