Bab 5 🌟

4 1 0
                                    

"Assalammualaikum! Mama papa Mawar dengan Seroja dah balik! Mama dengan papa dekat mana tu!?" Riuh suara Mawar memecahkan suasana sunyi rumah agam tersebut sambil berlari ke setiap sudut rumah untuk mencari Tan Sri Izham dan Puan Sri Cempaka.

"Kau ni jangan lari-lari jatuh nanti, riuh-riuh nak kemana?" Ujar Seroja sambil membawa beg pakaian mereka berdua. Senang kerja dia nanti, tak perlu nak ulang-alik ambil beg dalam kereta.

"Ja mama dengan papa tak ada lah." Sayu suara Mawar, tak tahu ke anak dia rindu. Sorok-sorok pula.

"Urm? Tak ada? Mama dengan papa tak ada pun chat aku cakap nak keluar kemana-mana." Hairan Seroja dibuatnya. Selalunya kalau mama dan papa nak kemana-mana mesti akan beritahu dia terlebih dahulu.

"Dah tengok dekat taman luar belum? Mana tahu papa tolong mama tanam pokok bunga macam selalu. Kau macam tak kenal bapak kau tu." Cadang Seroja.

"Iya tak iya kan, jom pergi tengok." Mawar terus menarik lengan Seroja untuk pergi ke taman Bersama.

"Mawar, aku baru nak duduk..."

"Shuh! Diam. Kita kena tengok sama-sama, kalau ada musuh cemana? Aku mana pandai watcha orang, kau je pandai." Geram Mawar dibuatnya, Seroja ni bila dah Nampak sofa ke katil ke lantai empuk ke laju saja dia nak lena.

"Yelah." Mengalah Seroja, malas nak berdebat.

Terhenti langkah Mawar bila ternampak mama dan papanya, cepat-cepat Mawar menarik tangan Seroja untuk bersembunyi di belakang dinding stor.

"Pahal lu tarik-tarik tangan gua mac-"

"Shuu diam kau tengok mama dengan papa." Bisik Mawar.

Pantas Seroja mengeluarkan sikit kepala untuk menjenguk mama dan papanya di balik tiang itu, serupa kura-kura dah.

"Uish gatalnya bapak kau, macam ni cukup tiga jumaat ada adik kau Mawar." Seroja berkata setelah melihat Tan Sri Izham memeluk Puan Sri Cempaka dari belakang. Siap menari kecil pula tu!

"Mentang kita dua dah tak duduk sini, amboi gatal eh papa" Tercebik bibir Mawar dibuatnya.

"Aku rasakan, aku dah tahu gatal kau ikut siapa. Contoh depan mata" Seloroh Seroja.

"Shut up you! Jom kejutkan mama dengan papa" Terkeluar sengih jahat di muka Mawar.

"Tak baiknya kau ni, kena cop derhaka tahu lah. Ha kau jalan tunduk sikit, aku kira satu dua tiga nanti kita dua jerit bah, okay?" Pelik Seroja apabila Mawar diam tak menyahut.

Putar tubuh kelihatan Mawar memandangnya dengan memek muka menjengkelkan.

"Pahal lu?"

"Beria anak derhaka, kau tu ketua derhaka siap buat plan" Jeling Mawar.

"Hehehe jangan marah boskur, ni nak kejutkan ke tidak ni? Tak nak aku nak masuk rumah, nak tidur." Ugut Seroja

"Ish nak lah! Jom"

"Okay jom"

Mulalah misi menerjah Tan Sri Izham dan Puan Sri Cempaka. Amboi-amboi kemain sweet tak hormat orang single. Kedua-dua gadis itu jalan terbongkok-bongkok di belakang pokok bunga dengan perlahan. Seroja menunjukkan isyarat berhenti kepada Mawar kerana mereka dua hampir sampai.

Satu.

Dua.

Tiga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 22 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

You : Beautiful DestinyWhere stories live. Discover now