BAB 25

178 17 4
                                    

HUMRA sedang asyik menyusun aneka roti di dalam rak kaca, memastikan setiap roti dipamerkan dengan kemas dan menarik. Suasana di dalam bakery cukup tenang dengan aroma roti yang baru keluar dari oven memenuhi ruang.

Tiba-tiba, dia terdengar suara yang dikenali dari belakang.

"Humra!" suara Ezrin, adik iparnya, menegur dengan nada keras.

Humra berpaling, keningnya ternaik alabila melihat Ezrin berdiri di hadapan pintu masuk bakery.

"Hah Ez. Dah sampai, aku ingatkan kau datang petang," tanya Humra sambil kembali meneruskan tugasnya, menyusun baki roti di dalam rak.

Ezrin melangkah ke kaunter, sambil memerhati Humra yang sibuk dengan tugasnya.

"Dah alang-alang aku ada dekat area sini, aku jumpa kau teruslah," jawab Ezrin sambil bersandar di tepi kaunter.

"Jomlah duduk sana," arah Humra lalu menunjuk meja yang berada di sudut bakery.

Ezrin mengangguk lalu melangkah ke arah meja dan kerusi yang berada di sudut bakery. Mereka berdua duduk di situ.

"Kau kata dekat aku semalam yang kau jumpa Maya dekat club malam. Betul ke?" tanya Humra tanpa banyak bicara. Dia nak tahu pasal Maya. Dia dah agak tapi dia belum ada bukti nak tunjuk dekat Tuan Ardin, papa kandungnya.

"Hmmm ya, tapi sebelum aku spill the tea pasal kakak tiri kesayangan kau tu. Kau bagi aku air jap, mak haus!" Ezrin mengusap halkumnya yanv tengelam timbul itu.

Humra mendengus kecil. Masa-masa aku tengah serius nak dengar dia berceritalah, dia nak minta air bagai.

"Tunggu sekejap," pinta Humra lalu bangun dari duduk. Dia mahu membuat air untuk Ezrin.

Humra melangkah ke arah ruang membuat air. Ruang membuat air dan ruang membuat roti dipisahkan. Ruang itu dipisahkan untuk memudahkan urusan bekerja. Setiba dia ruang membuat air, Humra mencapai gelas kaca yang berada di atas rak. Dia bercadang membuat ice americano untuk Ezrin. Ais yang berada di dalam peti ais diambil lalu memasukkan ke dalam gelas kaca. Dia menuang espresso shot yang baru dibru kedalam gelas kaca.

Nura, pekerja Humra melangkah ke arah meja yang berada di sebelah lelaki yang duduk di hujung sudut bakery itu. Dia mahu mengemas meja yang baru saja diguna oleh pelanggan mereka yang baru melepak di bakery mereka. Nura sedang mengemas meja yang baru saja ditinggalkan oleh pelanggan. Tangannya cekap menyusun semula cawan dan pinggan ke dalam dulang sambil sesekali mengelap sisa kopi yang tertumpah. Sambil membersihkan meja, matanya secara tidak sengaja tertoleh ke arah Ezrin yang duduk di sudut bakery, sedang bermain telefon pintar.

Tanpa diduga, Ezrin melemparkan satu jelingan tajam ke arah Nura, membuatkan dia tersentak sejenak.

"Apa hal mamat ni jeling-jeling aku?"Nura bermonolog dalam hati, wajahnya sedikit terkerut dengan perasaan tak puas hati.

Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan, cuba fokus pada tugasnya, tapi jelingan biadap Ezrin tadi tak dapat hilang dari fikirannya.

"Sah mamat tu gila, dia fikir dia tu siapa nak buat muka macam tu?" Nura mula merasa geram, tapi dia cuba tenangkan diri, tak mahu biarkan perasaan marah mengganggu kerjanya. Namun, setiap kali dia bergerak di sekitar bakery, dia dapat merasakan mata Ezrin terus memerhatikannya, seolah-olah mencari kesalahan.

Dengan hati yang panas Nura melangkah ke arah dapur sambil membebel tentang mamat yang tiba-tiba menjelingnya.

"Muka sudahlah kerek! Acah kacak pula tu! Aku yang tak ada kacau dia tiber je jeling aku macam aku ni musuh dia. Haih! Rasa macam na bagi penampar sedas je!" bebel Nura geram. Dulang yang berisi pinggan kecil dan cawan dihentak sedikit kasar ke atas meja bar tanpa dia perasan akan kehadiran Humra disitu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mawar Untuk Elhan (SU)Where stories live. Discover now