.._______________________________..
"Aku tengok kau ni asyik ulang baca novel yang sama aje. Tak bosan ke?" Lily terpancak di hadapan aku. Rambut panjang tadi yang diikat gaya bun dilepaskan sehingga paras lengan.
Aku mendongak kepala memandang Lily. Penanda buku diambil sebelum menutup buku.
"Suka hati aku lah... Lagi pun buku ni ada orang kasi. Kau ada? Tak ada kan!" Jawab ku sebelum mengambil segelas air sirap yang berada diatas meja hadapannya. Aku memandang Lily atas bawah. Pakaiannya yang serba mewah dengan beg galas berjenama ditangannya.
"Tak masalahnya ni... Siapa yang kasi kau buku tu? Kau kenal ke?? Macam mana kalau buku tu tersilap hantar?" Soal Lily bertubi-tubi dengan satu nafas. Mana tidaknya tiba-tiba ada orang hantar barang yang tidak dioder sama sekali hantar. Sudah lah tiada nama pengirim.
"Mana lah aku tau siapa. Tapi kesah apa aku? Buku ni tengah tiptop kut di popular. Tak kan nak reject? Kalau tersilap hantar sekali pun memang tak lah aku nak kasi balik. Buku percuma, siapa je yang tak terima?" Orang gila sahaja yang tidak terima...
"Lagi satu...yang kau pakai lawa-lawa ni nak pergi dating dengan Roy lah tu" Jeling ku, tak habis-habis nak dating. Lepas breakup mula lah cari aku ajak pergi healing. Haish... Tak serik-serik. Dating dengan fiction men lagi helok! At least kita dah tahu yang dia sudah berpunya. Plus tidak wujud.
"Ah kau. Macam tak biasa pula" Lily senyum manja. Telefon dan beg dompet yang berada diatas meja disumbat kedalam beg jenama itu.
"Alang-alang kau nak keluar tolong aku belikan yogurt strawberry" Aku bangun mengambil beg dompetnya dan memberikan Lily wang berjumlah RM 20. Lily mengambil duit itu tanpa banyak soal. Sebelum keluar sempat lagi dia menyikat rambutnya agar kelihatan kemas.
"Keluar tu jangan lupa kunci pintu!!" Jerit ku memperingatkan Lily agar pintu rumah dikunci. Entah dengar atau tidak, itu tidak pasti. Selepas mendengar bunyi pintu ditutup aku mengambil keputusan untuk mengambil kepastian yang Lily ini sudah mengunci pintu.
Budak bernama Lily Stone ni pun bukannya boleh percaya sangat. Pernah dibuatnya, dia tidak mengunci pintu sewaktu kami berdua bercuti di Venice selama seminggu. Nasib baik lah tidak ada apa-apa yang berlaku sepanjang tiada keberadaan kami.
Bila aku sudah berpuas hati yang dia telah mengunci pintu. Aku kembali semula pada sofa dan sambung membaca buku tadi. Buku yang ditulis oleh L.Silv (Tak wujud pun nama penulis ni...) mengisahkan seorang wanita yang bernama Arelly Audrey Mixtrach.
Arelly yang hidup sebagai satu-satunya anak perempuan bangsawan Mixtrach telah membuatkan tiga orang jejaka kacak jatuh cinta dengannya. Kai Rafaell, Nathaneil Ryker dan Xavier Meronox.
Setiap salah seorang dari mereka adalah orang-orang penting didalam kerajaannya iaitu Kerajaan Coklat. Ya, korang tak salah baca... Kerajaan Coklat. Pelik betul nama kerajaan.
YOU ARE READING
Golden Assassin
FantasyApa perasaan kalau masuk ke dalam dunia novel yang kau baru sahaja habis baca? Tetapi kau adalah watak sampingan yang tidak pernah dinyatakan didalam buku cerita. Mungkin ada perasaan yang seronok, terkejut dan keliru. Itulah yang berlaku kepada w...