B 2

46 8 5
                                    

_______________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.._______________________________..

      Bunyi burung berkicau bagai menyanyi, angin lembut meniup pokok-pokok yang menghalang laluannya melahirkan bunyi yang menenangkan.

Di tengah-tengah hutan itu, terdapat satu sosok tubuh seorang perempuan yang sedang terbaring memakai gaun berwarna putih.

Berkedip-kedip Emily membuka matanya. Cahaya matahari yang lembut menyapa kulit putih mulus. Perlahan-lahan dia bangun dari posisi baring ke posisi duduk.

Rambut coklatnya menjadi kusut dan terdapat beberapa helai daun kering yang tersekat di helaian rambut. Tetapi itu tidak langsung mencacatkan rupanya, malah bertambah comel!

Mata hijaunya melilau pada tempat yang dia sedang duduk. Dia menggaru kepalanya yang gatal. Lama dia duduk dan tenung didalam posisi itu, otak dan roh Emily seperti sedang loading masuk ke dalam tubuh badan.

Tiba-tiba tekaknya terasa kering dan perit, hendak menelan air liur pun tersangkut-sangkut.

Emily bangun dan mula mencari sumber air yang berdekat. Tidak sampai 10 minit berjalan didalam hutan, dia telah temui anak sungai. Suasana sungai itu sangat indah dengan hiasan pokok-pokok yang disekeliling dan angin lembut.

Emily mendekati anak sungai itu tanpa berfikir panjang, dia menadah tangannya dan meminum air sungai tersebut. Tekaknya yang tadi itu kering akhirnya dibasahi dengan beberapa teguk air sungai. Usai dengan itu, dia memandang air sungai yang jernih.

Lama. Disebalik air sungai itu dia melihat refleksi seseorang. Kening dia mula bertaut pelik, dia seperti melihat dirinya sewaktu kecil.

Perlahan-lahan dia menyentuh pipi sendiri menginginkan kepastian. Refleksi air sungai itu pun mengikuti gerakannya.

"Aik?" Katanya dengan nada yang pelik dan terkejut. Dia membuat beberapa pergerakan dan refleksi air sungai itu pun tetap mengikuti pergerakannya.

"Ah sudah.... Jangan cakap... Aku jadi budak kecil???" Ujar Emily dengan nada yang bertambah lagi terkejut. Gila! Memang gila! Tidak mungkin aku boleh jadi macam ini.

Tiba-tiba Emily rasa ada satu denyutan yang sangat kuat dikepalanya membuatkan dia terus memegang kepalanya kerana tindakan refleks.

Dia mengerang kesakitan. Dengan itu semua memori dia dari waktu dia di tempat lain, kawasan dan dunia telah memasuki otaknya dengan satu kelajuan cahaya.

Denyutan kuat dikepalanya hilang begitu sahaja. Emily memandang sekeliling.

"A-apa aku buat dekat sini?" Kata Emily yang akhirnya sedar sepenuhnya. Muka Emily menjadi pucat apabila dia teringat apa yang berlaku pada dirinya saat malam hari itu.

Aku sudah mati kah?? Argh, tidak mungkin!

"Baju siapa yang aku rembat ni?" Emily menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal. Dedaun yang tersangkut dihelaian rambut coklatnya jatuh kerana pergerakan tangannya.

Golden AssassinWhere stories live. Discover now