Part 1 - mission?

679 16 0
                                    

Alert‼️
Hi, ni cerita pertama author, cerita untuk fun-fun.. masih tak sempurna dalam penulisan...tapi aku harap korang enjoy..btw cite ni ada part 18+ kalau tak suka boleh skip, or better jgn baca terus ok? And citer ni tak digalakkan untuk homophobic ngan bawah umur..bye syg korang ><

******************************

******************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

******************************

Nama aku Luqman. Aku seorang lelaki yang kacak dan popular yang mudah bergaul mesra dengan hampir semua orang dekat universiti. Kecuali... Zaquan. Dia seorang yang pendiam, tapi dia jenis budak yang pandai dari segi akedemik. Dia juga seorang yang misteri, tapi.. menarik dan sangat comel...Aku dan Zaq begitu rapat sejak kami kecil lagi. Mak dengan ayah Zaq dah meninggal, jadi aku lah yang selalu jadi peneman dia, bagi Zaq, yang tinggal hanyalah aku dan mak saudaranya sahaja. Aku pulak, tinggal dengan ayah aku, mak aku dah meninggal masa aku umur 12.

Aku menyelak rambut hitam aku, memandang Zaq. Masa ada lagi beberapa minit sebelum kelas tamat, dan aku perasan Zaq duduk termenung.

"Hei Zaq!" Aku merapatkan diri di sebelahnya. "Kau free tak lepas kelas?" Aku perhatikan je muka dia yang comel...

"tak"

Aku mengeluh perlahan dan menyandarkan dagu pada tangan. "Kenapa? Ada apa-apa ke...?" Aku tertanya-tanya sama ada dia ada apa-apa rancangan sebab dia selalunya menyembunyikan diri dan tak suka bergaul.

"Aku perlukan kau."

Dia...perlukan aku? Untuk apa? Aku keliru dan terdiam seketika sebelum aku bercakap, "K-kau perlukan aku..?" Aku tak faham pada mulanya, tapi adakah dia memerlukan bantuan dengan sesuatu?

"Macam biasa, aku perlukan kau untuk tolong aku selesaikan misi aku." kata Zaq dengan nada serius sambil menulis sesuatu dalam buku notanya.

"Oh. misi kau?" Aku ulang dan mengeluh perlahan. Jadi ia adalah mengenai misi dia untuk cari pembunuh mak dan ayah dia. Aku dah tolong dia melakukan beberapa *misi* sebelum ni, aku rela, mungkin sebab dia kawan baik aku, atau mungkin aku terlalu sayangkan dia. "Baiklah, aku rasa aku boleh...sekali lagi..." kata aku sambil perlahan-lahan menganggukkan kepala.

Lecturer menamatkan perbincangan, menandakan kelas sudah tamat, aku nampak Zaq bangun, menoleh ke arah aku, "Ikut aku."

Aku perlahan-lahan bangun dan berjalan bersamanya, aku berjalan bersebelahan dengan dia keluar dari kampus, beg kami dipikul atas bahu kami. Aku mengerling ke arah dia, sedikit cemberut di wajah aku..
Walaupun aku suka berada di sekeliling Zaq, aku agak berharap dia nak keluar dengan aku atas sebab lain. Seperti.. hanya menghabiskan masa dengan aku.

******************************
Zaq duduk di belakang ketika aku memandu motorbike Yamaha R1, lengannya merangkul di sekeliling pinggang aku. Hati aku berbunga bunga dibuatnya.

Sebaik tiba di rumah Zaq, dia mengheret tangan aku ke dalam rumahnya, aku ditarik masuk ke dalam rumah dia dan aku hanya biarkan je dia berbuat demikian.

"Aku ada sesuatu nak tunjuk kat kau." kata Zaq dengan nada rendah tapi serius. Aku nak tahu apa yang dia nak tunjukkan pada aku tetapi aku hanya berharap ia bukan sesuatu yang membosankan.

Kami masuk ke dalam bilik tidur Zaq sambil jarinya menunjuk ke dinding, penuh dengan alatan dan gambar pembunuhan.
Aku agak terkejut apabila kami masuk ke dalam bilik Zaq dan aku nampak dinding bilik dia macam tu. Aku memandang ke arah dinding seketika sebelum mataku meliar ke sekeliling bilik, memandang.. pemandangan yang luar biasa.

"Aku dah siasat barang ni...kalau kita bekerjasama, pasti ada jalan." kata Zaq sambil mendongak ke arah aku.

"Kau ambil semua ni...dari mana?" Aku tanya sambil mata aku mendarat semula pada Zaq. Adakah dia bercakap tentang mencuri bukti atau something else? Walaupun aku agak ingin tahu, aku masih ada beberapa soalan mengenainya.Macam mana dia dapat semua ni, sedangkan benda tu dah berlaku 13 tahun lepas?

"Seorang ahli sihir tak akan bagitau rahsia mereka" kata Zaq dengan nada bergurau.

"Eleh..." Aku tersengih,layan kerenah Zaq. "Jadi, kau nak aku buat apa? Mencuri barang juga..?"

"Maybe. And aku nak kau tolong siasat juga..Kau sorang je satu-satunya kawan yang aku ada and boleh dipercayai."

Aku mengeluh perlahan mendengar apa yang dia katakan kepada aku. Selepas seketika, aku berjalan menuju ke dinding gambar dan melihatnya sekali lagi, "hei.. apa tujuan gambar-gambar ni.." jari mengusap gambar-gambar yang tertampal pada dinding.

"Luq..aku cuma nak tahu pembunuh tu. Lagipun aku dah lama siasat kes ni..dah lama, Luq. Bertahun-tahun aku tunggu, bertahun-tahun aku tersiksa."

Aku menunduk kepala mendengar kata-katanya, berasa simpati dengan keadaan Zaq yang dibesarkan tanpa seorang ayah dan ibu. "Faham. I'm sorry, Zaq..tapi kau fikir gambar-gambar ni dapat bantu kau ke?.." aku bertanya, sedikit ragu tentang bagaimana gambar akan membantu..

"Ya..dan aku takkan putus asa."

"Kau memang degil kan?"

"Apa yang kau akan buat kalau orang bunuh keluarga kau? Aku yakin kau akan buat benda yang sama."

Mataku terbeliak apabila dia cakap macam tu, aku terdiam seketika, kata-kata itu sedikit menyengat. Aku menarik nafas, tidak mahu terpengaruh dengannya, "memanglah.. tapi Zaq.."

Undeniable Love Where stories live. Discover now