1: one to two

101 18 36
                                    

1: one to two

written by mimidaisy_

written by mimidaisy_

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AMY mana?"

Keluar sahaja daripada tandas, Jihan terus mencari seorang lagi sahabatnya yang tadi ada menunggunya di luar tandas bersama-sama Nuha. Nuha sekadar memuncungkan bibir ke satu arah, menandakan di situlah Amy berada.

Dari kejauhan, dapat mereka lihat betapa tajamnya renungan Amy terhadap kertas-kertas yang dilekatkan pada papan kenyataan sekolah. Segera, mereka berdua menghampiri. Tidak ramai pelajar datang berebut untuk melihat kedudukan masing-masing dalam tingkatan. Rata-rata, semua sudah boleh agak siapa yang menduduki tempat pertama dan kedua.

"Tempat kedua lagi ke?" sengaja Jihan bertanya. Ingin menambah rasa sakit hati dalam diri Amy. Jelingan tajam diberikan kepada Jihan.

"Weh, aku naik satu tangga!" teruja Nuha berkata setelah selesai mencari namanya.
"Mana weh!" Jihan turut sibuk mencari. Jelas tertera nama penuh Nuha terletak di kedudukan ke-59 daripada 108 pelajar tingkatan lima.

"Tahniah! Aku bangga dengan kau!" ucap Jihan, turut terharu dengan pencapaian sahabatnya itu.
"Kau?" tanya Nuha pula ingin tahu. Takkan dia saja yang nak berkongsi berita gembira ni? Mestilah Jihan kena ada sekali!

"Aku? Alaa, macam biasalah." Dengan bangganya Jihan menunjuk tepat pada nama penuhnya yang terletak pada kedudukan ke-88.

Belum sempat Nuha bersuara memberikan kata-kata semangat, kedengaran pula rungutan demi rungutan daripada Amy. Perhatian sekali lagi beralih kepada Amy yang masih tidak berpuas hati dengan kedudukannya.

"Aku akan pastikan nama kau berada di bawah nama aku!" tekan Amy sambil menekan-nekan nama seseorang yang terletak di tangga pertama dengan geram.

"Really? Saya tunggu." Sampuk satu suara yang langsung membuatkan hati Amy semakin panas.

Serentak, Amy, Jihan dan Nuha berpaling menghadap musuh ketat Amy. Sempat lagi Nuha dan Zamri berbagi lambaian tanda sapaan. Begitu juga dengan Jihan dan Afiq. Hanya Amy dan Qowiy sahaja yang berbagi pandangan tajam.

"Saya tunggu, Amy. Lagipun, saya dah bosan asyik terima anugerah yang sama!" sengaja Qowiy membuat muka kelelahan. Sengaja ingin menambah api kebencian Amy terhadapnya.

"Jangan nak berlagak sangatlah, Qowiy. Bila-bila masa je kau akan jatuh." Ujar Amy, berusaha menahan nada suaranya. Takut suaranya naik sedikit, tak pasal-pasal mereka jadi perhatian nanti.

"Kalau aku jatuh pun, aku still atas kau." Nyata Qowiy, masih berlagak.

Naik turun naik turun dada Amy kala itu kerana menahan gelora di hati. Kalau diikutkan perasaan, mahu sahaja dia menumbuk muka bajet hensem Qowiy itu. Tapi, memikirkan mereka sekarang berada di koridor sekolah yang mempunyai beberapa CCTV, Amy hanya mampu menahan diri sahaja.

COUPLE RIVALRYWhere stories live. Discover now