4: block
written by tsweetestrain
"KAU... tak suka atau cemburu?"
Qowiy dan Farhan.
Sejak kecil, mereka berdua membesar bersama. Pergi tadika yang sama, sekolah yang sama, bahkan sampai sekarang, mereka berdua sentiasa bersama. Bagai isi dengan kuku.
"Qowiy! Kalau dah besar nanti, kita mesti akan sibuk dan tak ada masa bersama. Tapi kan, aku harap kita takkan jadi macam tu. Sebab aku tak rasa aku dapat menjauh daripada kau, kita kan selalu bersama!" Farhan mengatakannya kepada Qowiy yang ketika itu berusia tujuh tahun, mengangkat kening.
Mata Farhan berair, seakan-akan ingin menangis. Qowiy tertawa seraya menggerakkan kereta mainan merahnya di udara, buat Farhan terkebil-kebil.
"Kalau dah besar nanti, aku akan bawa kau naik kereta merah yang cantik. Kita akan pergi ke pantai bersama keluarga, berkhemah dan cari banyak cangkerang. Apa kau suka?" ajak Qowiy buat Farhan laju mengangguk. Matanya terus bersinar-sinar saat mendengar itu.
"Suka! Kau mesti janji!"
Qowiy tersenyun tipis. Mengeluarkan jari kelingkingnya, lantas Farhan tautkan jari.
"Aku janji. Jangan nangis lagi, okey?"
Farhan mengangguk.
Lelaki yang menangis kerana takut ditinggalkan, kini menanyakannya soalan buat Qowiy menelan liur. Apa Farhan tahu? Atau hanya meneka sahaja? Qowiy tahu, tiada rahsia antara mereka berdua. Namun, apa dia perlu berbohong atau jujur sahaja?
Qowiy tidak tahu.
"Apa maksud kau?" Qowiy menyoal balik. Mengalihkan pandangan. Lihat Qowiy yang seakan tidak mahu menjawab pertanyaannya, Farhan mengeluh berat.
Kalau memang benar Qowiy merasakan itu, apa yang Farhan boleh lakukan? Jika kerana perasaan Farhan dapat menghancurkan hubungan yang telah bertahan lamanya, Farhan tidak mahu itu berlaku. Kerana rasa sayangnya kepada Qowiy sudah seperti keluarga sendiri.
"Anggap je kau tak dengar apa-apa dari aku. Lagipun kau memang tak nak jawab, kan?"
Gulp. Cis, Farhan tahu.
Terangkat kening Qowiy saat Farhan berada di hadapannya. Memandangnya seakan ingin mengatakan sesuatu.
"Aku suka Amy."
Namun, belum tentu Qowiy ada perasaan terhadap Amy, kan?
Qowiy tersentak mendengar itu daripada Farhan, kemudian cuba beriak tenang.
"Jadi kenapa? Dia musuh aku," balas Qowiy buat Farhan menepuk dua tiga kali bahu Qowiy.
"Tapi Amy bukan musuh aku." Farhan berlalu pergi setelah mengatakannya. Sempat lelaki itu melambaikan tangannya dan beriak ceria, buat Qowiy tidak tahu ingin membalas apa.
YOU ARE READING
COUPLE RIVALRY
RomanceMIMI DAISY | RAIN Amy bencikan Qowiy. Sebab kenapa? Sebab kedudukannya sebagai pelajar di tempat pertama telah direbut oleh lelaki itu selama tiga tahun. Misi Amy cuma satu. Kalahkan Qowiy. Baik dalam pelajaran, mahupun dalam sukan. Dan pada akhirny...