2: kalah atau menang?
written by tsweetestrain
BOTOL mineral diraih lalu dibuka penutupnya, sekali teguk sudah habis. Panas cahaya matahari tidak mengganggu isi fikiran Amy sama sekali, ralit memikirkan alasan mengapa si perasan bagus itu tidak bertanding dalam larian.
"Weh, Amy! Kau dapat emas, kan?" Jihan datang mengejut tidak menyentakkan Amy langsung.
"Amy?" Giliran Nuha pula memanggil. Amy termenung sudah sangat luar biasa, selalunya gadis itu tiada masa untuk termenung.
"Amy!" Ternaik kedua-dua bahu Amy, terus hilang muka Qowiy yang ketawa mengejek dalam imaginasinya. Kenapa dia terus fikirkan lelaki itu?
Lantaklah dia! Yang penting Amy menang kali ini... cukup, kan?
"Oh, kau orang bualkan apa?" Amy menggaru belakang kepala.
"Kau dapat emas, kan? Nak tengok!"
"Oh, emas..."
Amy mula menarik keluar medal emas dari kepalanya, menunjukkan kepada Nuha dan Jihan. Dapat dilihat mata mereka berdua bersinar-sinar melihat emas yang berkilauan, Amy berdehem seketika menyentakkan kekaguman mereka dengan emas.
"Semua orang boleh dapat emas, betul, tak?" Amy menyoal biasa, dapat emas ya sudah, tetapi kenapa hatinya tidak puas?
"Tapi Amy, kau dah cukup hebat boleh dapat emas! Aku ni entah bilalah lagi nak dapat, heheh." Tersengih-sengih Jihan mengatakannya sambil mengusap medal emas milik Amy.
Dirampas medal emas tersebut daripada Jihan buat Jihan terangkat kening. Amy memakaikan semula medal emas tersebut, sambil memandang wajah Jihan.
"Entah bila? Kau kan memang tak berusaha." Tersentak Jihan mendengarnya.
Nuha yang menyedari situasi mulai menjadi tegang, lantas melindungi Jihan di belakang tubuhnya. Berhadapan dengan Amy yang seakan memandang rendah Jihan buat hati Nuha terusik.
"Sekurang-kurangnya Han dah berusaha, Amy. Dia dah buat apa yang mampu, kau kata dia tak berusaha? Dia berlari sampai ke penamat, dia dah beru..."
"Jadi? Nombor terakhir dikatakan berusaha? Jangan melawak, Nuha. Kau terlalu manjakan Han, sebab tu dia tak berkembang langsung," potong Amy seraya menyilangkan tangan, tajam menatap wajah Nuha buat Nuha menelan liur.
"Amy, sebenarnya apa yang kau tak puas hati? Kau boleh rendahkan aku, tapi jangan Han! Dia dah berusaha, walaupun dapat nombor terakhir." Terusik hati Jihan mendengarnya, kepala menunduk memandang lantai sambil mengenggam erat tangan sendiri.
Terangkat kening Amy dengan kata-kata Nuha. Ditatap Nuha dan Jihan, keluhan berat terlepas daripada bibir. Tangannya mula mengurut dahi sendiri, bagaimana mahu menjelaskannya?
YOU ARE READING
COUPLE RIVALRY
RomanceMIMI DAISY | RAIN Amy bencikan Qowiy. Sebab kenapa? Sebab kedudukannya sebagai pelajar di tempat pertama telah direbut oleh lelaki itu selama tiga tahun. Misi Amy cuma satu. Kalahkan Qowiy. Baik dalam pelajaran, mahupun dalam sukan. Dan pada akhirny...