5: tapi dengan syarat

51 8 13
                                    

5: tapi dengan syarat

written by mimidaisy_

WAKTU rehat sudah masuk beberapa minit lalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAKTU rehat sudah masuk beberapa minit lalu. Para pelajar mula mengosongkan kelas. Hanya Amy seorang sahaja yang masih berada di mejanya. Masih dengan buku dan pennya. Masih tidak mahu melepaskan pandangan walau sesaat daripada buku latihan.

"Qowiy, kejap!" Suara teriakan seorang pelajar lelaki di koridor sana berjaya menarik perhatian Amy. Lebih-lebih lagi saat terdengar nama lelaki perasan bagus itu.

"Ya, pahal?" sahut Qowiy, juga senada dengan lelaki tadi. Selang beberapa ketika, suara mereka sudah jauh kedengaran menunjukkan bahawa mereka sudah bergerak meninggalkan kawasan koridor.

Sebut tentang Qowiy, Amy sedikit terganggu. Entah kenapa otaknya tiba-tiba tidak dapat memproses jawapan untuk soalan yang sedang dia jawab? Adakah kerana suara-suara mereka yang kuat bergema di luar tadi? Atau, adakah Amy mulai teringat perangai Qowiy terhadapnya sejak akhir-akhir ini?

Sebelum ini, mereka selalu sahaja terserempak di mana-mana kawasan sekolah. Tapi, tidak pernah walau seketika Qowiy tersenyum atau menyapanya. Mengejek itu, selalulah juga. Perangai Qowiy benar-benar berubah selepas sahaja dia terpaksa menumpang ibu Qowiy tempoh hari. Qowiy yang sekarang seperti bukan Iqbal Qowiy yang Amy kenal.

"Eh, Amy?" Segala tanda tanya mengenai Qowiy hilang begitu sahaja saat Farhan datang menegurnya. Entah sejak bila dia masuk ke kelas ini pun Amy tidak perasan.

"Kau tak keluar rehat?" Jam tangan sempat dikerling. Masih sempat kalau Amy ke kantin.

"Tak." Ringkas Amy menjawab.
"Sebab belajar?" teka Farhan sambil dia mengerling buku latihan di meja Amy.
"Jadi?" Kening kiri terjongket. Agak kurang suka dengan nada suara Farhan. Seolah-olah meremehkan Amy yang sekarang ini dalam usaha untuk menandingi sahabat baik Farhan itu.

Farhan gosok tengkuk. Tak sedar pula nada suaranya telah membuatkan Amy kurang senang. Bukan itu niat dia. Dia cuma risaukan Amy sahaja, tapi Amy yang salah erti. Tak mengapalah.

"Hmm, aku nak ke kantin. Kau ada nak kirim..."

"Tak ada. Terima kasih." Potong Amy, sedikit pun tidak memandang Farhan. Lelaki itu mengangguk-angguk faham lalu perlahan menapak keluar. Takut bunyi tapak kasutnya menganggu fokus Amy. Tak pasal-pasal, crush dia marah dia pula.

"Amy?"

Tak sampai 5 minit pemergian Farhan mengisi kembali kesunyian di dalam kelas, datang pula suara Jihan memecahkan keheningan itu. Amy angkat kepala. Memandang Jihan dengan kerutan di dahi.

"Aku dengan Nuha ada beli roti favorite kau. Nah!"

Sebungkus roti krim yang dijual di koperasi sekolah diletakkan di atas meja Amy. Lama Amy merenung Jihan sebelum akhirnya dia melakarkan senyuman.

COUPLE RIVALRYWhere stories live. Discover now