6: dia comel
written by tsweetestrain
KADANG, tidak semua memiliki hal yang ingin mereka inginkan.
Dan, itu menjadi kenyataan yang pahit. Tidak akan tercapai, kerana bukan miliknya. Bukan sesuatu yang perlu dia sebutkan sebagai 'hak milik'.
Sekeras manapun dia berusaha untuk mendapatkannya, tetap ada seseorang yang boleh mendapatkan itu dengan mudah.
"Nuha patut contohi Amy, jangan asyik bermalasan kat bilik tu je."
"Nuha bukan bermalasan, tapi belajar umi."
"Ha, melawan. Melawan umi."
Nuha mengemam bibir, menggenggam erat tali beg sekolahnya. Umi memang begini, menganggap Amy lebih baik daripadanya. Nuha ke Amy anak umi sebenarnya?
"Nuha, ni bagikan kat kawan-kawan kamu. Abah belanja, hoho." Tiba-tiba ayah muncul dengan membawa tiga coklat bar, buat Nuha terharu.
Umi mencebik. Manjakan sangat Nuha suami dia ni.
"Sebab abanglah Nuha jadi suka melawan umi dia ni. Nuha sayang jelah abah. Jangan sayang umi dah." Umi merajuk.
Abah yang mendengarnya jadi tidak senang hati, sempat dia menggosok lembut kepala Nuha sambil berbisik buat Nuha tertawa geli hati.
"Abah pujuk umi dulu ya, Nuha?"
"Fighting, abah."
Tersengih-sengih mereka berdua.
Lihat abah yang cuba memujuk umi, buat Nuha tidak dapat berhenti tersenyum. Sempat Nuha menyalam tangan umi dan abah. Sebelum keluar dari rumah, Nuha mengatakannya kepada umi.
"Nuha sayang umi! Sayang abah!" jeritnya.
Ternaik kedua-dua bahu umi dan abah mendengarnya, buat wajah mereka berdua merona merah kerana malu. Umi apatah lagi, merah seperti tomato. Anaknya Nuha ini, makan apa tiba-tiba cakap 'sayang?' Mesti ambil perangai abah.
"Nuha ni kan. Tiba-tiba je."
"Hehehe."
[ ღ ]
NUHA meneguk liur. Ugh, rasa menyesal ada juga kerana datang terlalu awal ke sekolah. Kerana Nuha bertekad ingin belajar awal, namun rasa malas pun ada. Hari pertama sahaja sudah begini, dia sudah rasa begitu berat. Nuha mengemam bibir, lagipun dia sudah datang.
Kena semangat, kan?
"Amy?" Tanpa sedar Nuha menyebut nama itu, menyentakkan Amy yang hampir tertidur menghadap buku jadi ternaik bahu.
Ternyata ada Amy dalam kelas awal pagi begini. Mata gadis itu berubah jadi mata panda, dengan tubuh lesunya yang tidak cukup tidur. Nuha kehilangan kata, dia panggil nama Amy namun tidak tahu bagaimana memulakan pembicaraan.
YOU ARE READING
COUPLE RIVALRY
RomanceMIMI DAISY | RAIN Amy bencikan Qowiy. Sebab kenapa? Sebab kedudukannya sebagai pelajar di tempat pertama telah direbut oleh lelaki itu selama tiga tahun. Misi Amy cuma satu. Kalahkan Qowiy. Baik dalam pelajaran, mahupun dalam sukan. Dan pada akhirny...