BAB 16

8 1 0
                                    

     Azan maghrib berkumandang.Mereka semua sudah sampai ke resort.Rayqal dan Syauki mengambil satu-satu barang dari bonet kereta.

Tiga wanita pula apalagi cabut larilah."Hmph! lari dari kerja je tahu, bukan nak tolong! Ingat tak banyak ke barang ni?!" marah Rayqal.

Pak!

"Sakitlah kepala aku! Kau ni kalau tanya perbezaan dengan setan tak ada beza pun perangai sama!" api kemarahan yang ingin reda sedikit makin marak apabila Syauki memukul kepala sepupunya.

"Kau tu angkut tikar je pun.Yang lain ni aku sorang." sambil menunjuk beberapa barang yang berada di lobi."Ada hati nak maki hamun orang!" sambung Syauki.Rayqal pula memberi senyum sumbing.

"Janganlah marah... nanti hilang kekacauan kau yang tak berapa kacak ni." gurau Rayqal.Syauki pula hanya beristighfar dalam hati.Takut nanti 'terlepas' dekat budak manja ni.

Aerin terus menerjah masuk ke dalam bilik.

Dia membuka tudung dan sangkut di bucu katil."Penatnya" Kata Aerin sambil menggeliatkan badannya.

Aerin yang hairan dengan Syarafina dari tadi diam mula bersuara."Kenapa kau diam jeni? ada benda tak kena ke? mari aku periksa." Aerin mendekatkan diri ke Syarafina yang kekal diam selepas dia belasah dua lelaki yang datang tiba-tiba.

"Weh!! kau buat apa selak baju aku ni." menjerit Syarafina dengan tindakan Aerin yang tetiba ni.

"Aku nak tengok keadaan kau, mari doktor tengok." Syarafina pun ternampak hanger terus dia ambil dan pukul atas kepala si Aerin.

"Weh!! sakitlah aku nak periksa sebab dekat jahitan kau tu terkoyak, tengok darah keluar tu." kata Aerin dan dia terus mengambil beg hitam di atas meja.

Syarafina melihat dekat bahu dia, betul kataAeruin jahitannya terbuka dan darah meleleh keluar.Mesti sebab dia lawan dua lelaki tadi.

"Jap kau tahan eh aku jahit sekejap." Aerin pun mengeluarkan jarum dan dia perlahan-lahan menjahit tempat yang jahitan tercabut itu.Bukan kali pertama tapi dah ke-50 atau lebih lagi.

"Siap pun! lain kali jangan nak ganas sangat, aku bukan sentiasa dekat dengan kau. Sekarang kena tambah lima bulan untuk tunggu bahu kau sembuh." Syarafina hanya dengar sahaja dia malas layan apa yang dikatakan oleh Aerin.Macam ibu dia membebel pun ada.Sebab tu dia suka buat Aerin membebel terubat sedikit rindunya dekat Puan Zaitun.

Datin Rosnah membuka pintu perlahan-lahan..."Cak!!"

"Rayqal mati aku tergolek yahuuu! Eh apa ni? Allahuakbar terkejut Aerin, mama buat apa dengan bedak sejuk dekat muka tu." Datin Rosnah yang mendengar Aerin melatah terus ketawa.

"Hahaha comel jugak kamu ye melatah. Ni Syauki suruh bagitahu yang esok petang kita nak balik, tak jadi seminggu stay dekat sini sebab banyak kerja dekat ofis." Aerin hanya mengohkan sahaja. "Fina ni bisu ke apa tak cakap pun." Kata Aerin dalam hati.

"Kalau tak ada pape mama keluar dulu ye." Datin Rosnah menutup pintu dan menuju ke biliknya.

"Kau apesal bisu je dari tadi?" Aerin memandang Syarafina dengan rasa sebal.

"Aku rasa aku teringat something, tapi perasaan aku ni macam benci ada rindu pun ada." Syarafina sambil melemparkan pandangannya ke arah tingkap.

Aerin pun terkaku, dia harus cepat sampaikan berita ni dekat Syauki. "Fina aku keluar dulu ye nak call someone."  Syarafina tak sempat membalas Aerin dah hilang. Ei budak ni adab tak pernah nak ada.




     
     KAMU GATAL GATAL GA..

Rayqal pun terus angkat telefon Samsung dia. "Ape ni Ha! tak boleh nak bagi orang tidur ke!!?" Rayqal mendengus kasar.

Ceo ku Suami kuWhere stories live. Discover now