BAB 23

2 1 0
                                    

     Tengku Huda turun ke bawah dan pergi ke arah meja makan.Dia sedikit terkejut apabila melihat anak sulongnya belum pergi lagi ke kerja.

"Eh? Syauki kenapa kamu tak pergi kerja harini?" soal Tengku Huda.

"Semalam Fina minta izin balik kampung.. jadi.. saya tak pergi kerja" jawab Syauki, begitulah apabila dia bercakap dengan Tengku Huda, awak dan saya sebab bagi dia Tengku Huda ialah orang asing.

"Kampung? rasanya dia kata dekat Daddy... yang dia nak bercuti sebab kawan rapat dia kahwin. Jadi dia nak tenangkan fikiran sebab sekarang dia tiada sesiapa." jelas Tengku Huda sambil menghenyetkan punggungnya ke atas kerusi dan mengambil sekeping roti untuk sarapan.

"Maksudnya..." Syauki berfikir sejenak dan dia pun teringat bahawa harini ialah hari di mana kematian orang yang Syarafina sayang.

Tengku Huda pandang pelik ke muka Syauki."Kami dah kenapa ni?" Soal Huda berbaur kerisauan.

"Tiga harini saya tiada dekat rumah. Bagitahu daddy saya pergi lain ada kerja mustahak yang perlu diselesaikan" Syauki terus bangun dan naik ke bilik untuk siapkan barangnya

Selesai dia siapkan barangnya terus di turun ke bawah. Rayqal yang melihat gelagat abangnya itu bertanya.

"Kenapa kau ni? macam serabut je.." Syauki berhenti dan berpaling. Aerin yang melihat mata Syauki yang kemerahan akibat menangis menyentuh bahu Rayqal.

"Kenapa mata tu?" soal Aerin, walaupun dia tahu mesti Syauki menangis.

"Ray... aku kena pergi kubur anak aku... aku kena bersihkan kubur dia... aku lupa tarikh harini" jelas Syauki sambil mengeluarkan air mata jantannya.

"Kau nak balik kampung Fina ke? Kalau macam tu biar aku hantar sebab kau nangis mesti nanti kemalangan siapa susah aku... jugak." Tengku Huda yang berada di sofa hanya melihat sahaja. Nak masuk campur bukan dia tahu sangat pun.

"Tak perlu. Aku pergi dulu, anak aku tunggu aku." Syauki keluar dan masuk ke dalam perut kereta.

Aerin mula melihat muka suaminya."Ray... sweet rasa yang Syauki tu...ada masalah lain"

"Hrm..kita banyakkan berdoa semoga hubungan diorang makin membaik.

Aerin mengangguk dan berlalu pergi ke ruang makan.Rayqal juga turut mengikuti langkah isterinya.

"Selamat pagi..." kata Aerin untuk Tengku Huda, Tengku Huda pula hanya tersenyum sahaja.Dalam rumah ini yang layan dia dengan baik sekali ialah Aerin.Nak harapkan Tengku Rasyid setiap hari duduk dekat tempat kerja dia.

"Selamat pagi juga.Macam mana hari pertama?" soal Tengku Huda dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

Rayqal pula hanya diam sahaja.Dia malas nak ambil kisah pasal benda ni.Yang dia tahu masakan Tengku Huda sahaja.

"You masak apa hari ni?" Rayqal menyoal sambil menarik kerusi untuk dia duduk.

Tengku Huda terus senyum lebar."I masak nasi goreng kampung.Tapi tulah tiada yang nak makan so... I nak pergi buang" Tengku Huda mula bangun dan berura-ura untuk pergi membuang nasi goreng itu.

"Eh...jangan...makanan ini ialah rezeki...kalau tak ada orang nak biar I yang habiskan" Rayqal mengambil bekas nasi goreng itu dan mencedoknya lalu letak di atas pinggan.

Rayqal makan dengan lahapnya.Aerin pula hanya menggeleng sahaja.Rayqal dengan makanan tak dapat di pisahkan, Aerin masih hairan suaminya makan banyak mengalahkan orang gemuk.

Tetapi...asal tak gemuk?




     Syauki yang sampai di lapangan terbang terus membeli tiket.

Ceo ku Suami kuWhere stories live. Discover now