BAB 22

5 1 0
                                    

     Syarafina menapak diri ke bilik Aerin untuk mempersiapkan sahabatnya yang tidak sekian lama lagi akan bergelar sebagai isteri seseorang.

Masuk sahaja Syarafina ke dalam bilik, Aerin masih dalam lamunannya.Tersengih-sengih macam orang gila.

"Kau ni situ senyum sini senyum. Aku tahulah nanti sejam kau jadi bakal isteri orang." membebel Syarafina, yelah Aerin tu tak habis-habis makan senyum,mandi senyum,tidur pun senyum.

"Kau diam single. Nanti aku akan kahwin, yeay!! boleh peluk-peluk." Syarafina menjeling ke atas. Perangai macam budak- budak.

Syarafina mengambil peralatan makeup dan terus menghias muka Aerin.Dia ikut sahaja apa yang di inginkan Aerin tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis senang kata natural makeup.

"Siap dah. Natural makeup." Syarafina dengan bangganya menghias muka rakan karibnya itu.

"Cantiknye..."

"Mestilah.. tengok tangan" Syarafina  menunjukkan tangannya ke arah Aerin dan menyapu hidungnya dengan ibu jarinya

"Menyempat eh kau!" Aerin menjeling dan buat gaya seperti nak muntah dengan perangai kawannya sekarang

"Rin... selepas kau jadi isteri orang kau kena banyak bersabar.Kau kena siapkan semua keperluan dia sebab itu tugas kita untuk tolong suami kita daripada membebankan dia lagi.Dan kau tak boleh buat perangai sangat... mungkin buat sementara ini boleh...tetapi kau tak boleh kekalkan perangai budak kau tu selamanya.Lelaki ni kita tak tahu isi hati dia macam mana, mungkin dia kata sahaja yang dia akan terima kita segalanya tetapi itu hanya kata-kata manis untuk ambil hati kita yang lembut ni."

Terang Syarafina panjang lebar.Dia tidak mahu Aerin senasib sepertinya.Biar dia sahaja yang rasa sakit.

Aerin terangguk-angguk dan berpaling ke arah kawan baiknya "Fina" panggil Aerin.

"Ya, sayangku lagi manja lagi manis daripada madu, nak apa?" muka Aerin terus berubah warna kemerahan akibat malu dengan apa yang disebut oleh Syarafina tadi.

"Kau ni janganlah.. nanti orang ingat kita lesbi macam mana?" Aerin dengan melihat ke depan. Entah kenapa dia rasa macam malu nak hadap muka Syarafina.

"HAHAHA" tergelak Syarafina akibat tingkah laku si Aerin.

"Aku pergi dulu nak siapkan makanan dekat luar" Syarafina menepuk bahu Aerin.

Aerin memegang tangan sahabatnya."Kau jangan samakan suami aku dengan suami kau Fina.Tak semua lelaki macam tu juga... jangan di sebabkan salah seorang semua yang kena.Kau perlu berubah dari prinsip tu."

Syarafina pula hanya tersenyum tipis. "Aku cuba.Bye lah aku kena catu dulu." Syarafina membuka pintu dan membuka kaki menuju ke dapur.

"Baik. Hati-hati tau!!" Aerin menjerit dari dalam bilik.

Muka yang dari tadi senyum terus pudar. Dia bahagia dapat bersama dengan orang yang di cinta, tetapi untuk mereka bersama hanya mengambil masa empat bulan.

~FLASH BACK~

   Bunyi deringan telefon bergema dalam kereta. "Siapa pulak call masa ni, aku nak berehat pun tak boleh."

Aerin mencapai telefon pintarnya di kerusi sebelah, lalu melihat gelangan yang menelefonnya.

"Ye Ray.. ada apa?" Aerin memberhentikan keretanya ditepi jalan.

"Aerin tolong datang dekat location aku hantar ni." tak sempat menjawab Rayqal sudah end call.

Bunyi notification masuk, Aerin melihat dan membuka whatsaap, lalu menekan nombor Rayqal.

Ceo ku Suami kuWhere stories live. Discover now