BAB 15

8 1 0
                                    

Maaf kalau cerita ni tak seronok sangat


Semua sudah ada di meja makan.Selesai Rayqal membaca doa makan mereka terus menjamu selera.

"Nanti petang nak tak kita berkelah dekat pantai.Masa kita datang mama ada nampak pantai cantik tak jauh dari sini." kata Datin Rosnah sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.


"Tapi ... Aerin tak nak pergi sakit kepala." Nasi di depannya hanya di cuit sahaja.

"Kalau macam tu Ray pun tak nak pergilah." Rayqal yang bersemangat terus tak nak akibat buah hatinya tak mau ikut.

Syarafina berdiri dan menarik Aerin jauh dari meja makan mereka. Dia melihat sekeliling.Okey line clear "Kau kenapa tak nak ikut?"

"Aku tak nak tengok muka si penipu tu.Di sebabkan dia mak ayah aku tanggung malu kalau dia tak lari semua ni takkan jadi macam ni." kata Aerin.Dia betul-betul geram.

"Boleh tak jangan nak junjung ego tu. Kalau kau jumpa dia maknanya tu jodoh kau." terang Syarafina

Aerin berfikir sejenak. "Betul juga kata Fina kalau aku lari sampai hujung dunia ni sekalipun pasti Ray dapat tangkap aku". Katanya dalam hati.

"Baikalah aku ikut tapi malam ni aku kena tengok cerita aku amacam setuju atau rajbsetujy kalau tak..." Syarafina terus mengangguk tanda setuju.

"Jom kita pergi makan." ajak Aerin.Mereka berdua menuju ke meja makan.Semua masih setia menjamu selera kecuali si Rayqal yang dramatik.

Mereka pun masuk dalam bilik selepas sudah makan.Bagi membawa beberapa barang untuk berkelah di pantai nanti.

"Rin kau bawa apa lama sangat..." Aerin hanya menayang giginya.Syarafina pula mengeluh.

"Aku tak bawa apa-apa cuma tudung aku ni tak sokong aku awning tak menjadi."

"Kau ni orang lain tunggu berjam-jam tahu tak." Syarafina pun terus membetulkan awning bawal Aerin.

"Nah sekarang dah jadi, jom!" sebelum Syarafina mlangkah keluar Aerin menarik tangannya. "Betul ke apa yang aku buat ni." Aerin rasa tak sedap hati sekarang dengan keputusannya.

"Don't worry ok, aku akan ada dengan kau." Syarafina cuba meyakinkan sahabatnya itu.Aerin menarik nafas dan menghembus.Betul dia tak perlu risau apa-apa kerana raru silat berada dengan dia sekarang.

"Tak sia-sia aku kawan dengan ratu silat. Nah kiss." Syarafina terus membuat muka geli.Mereka berdua pun ketawa keriangan.

Syauki dan yang lain menunggu Syarafina dan Aerin.Apalah dua budak tu buat.

"Sorry jom kita gerak." Kata Syarafina.Syauki menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi.

Beberapa minit akhirnya mereka semua sampai di pantai.Rayqal dan Syauki mebangunkan khemah.Syarafina dan Aerin keluarkan bahan untuk masak.Datin Rosnah apa lagi tengah jenguk orang mana tahu dia boleh cari bakal pengganti suaminya.

"Mama buat apa tu?" soal Syauki sambil bercekak pinggang.

"Tengah cari jodohni." jawab Datin Rosnah sambil membuat gaya sedang mencari.

Penat Syauki dengan perangai mamanya.Dia mengalihkan pandangannya ke arah Aerin dan sepupunya.

"Rin nak abang tolong tak?" Rayqal mengesyorkan diri sendiri untuk menolong Aerin.

Syaryafina pun terus tinggalkan mereka berdua. "enjoy." sempat lagi Syarafina berbisik di telinga Aerin.

Syauki yang melihat Syarafina keseorangan mengambil kesempatan untuk mendekat.

"Apa awak buat dekat sini?Kenapa tak pergi masak sekali dengan diorang." soalan Syarafina hanya dibiarkan.Syauki mengambil tempat kosong di sisi isterinya. Akhirnya dia dapat bau haruman lavender daripada isteri tercinta.

"Fina awak tahu kan tak baik pakai minyak wangi sampai ianya dapat menusuk hidung bukan mahram." terang Syauki walaupun Syarafina tak tahu bahawa mereka berkahwin dia tetap mendidik Syarafina.

"Kuat ke bau dia. Ni semua sebab Aerin dia sembur minyak wangi saya sampai separuh botol." Syarafina menghidu di lengannya kuat mat bau dia.

"Amboi... bukan main lagi eh duduk rapat macam tu." Datin Rosnah kacau daun.

"Ha!!" Syarafina berpaling terkejut jarak dia dan Syauki terlampau dekat.Tetapi macam mana dia tak boleh perasan.

"Orang sana !!! makanan dah siap ni!!!" panggil Rayqal. "Jomlah Fina makanan dah siap tu." mereka berdua bangun dan menuju ke atas.

Erk....

"Alhamdulillah..." Kata Rayqal

"Ray mama tak ajar tak beradab macam tu." Rayqal pun senyum dan garu kepalanya yang tak gatal.

"Mama Fina dan Rin pergi dekat sana ye nak healing." tak sempat Datin Rosnah menjawab lengan Syarafina ditarik dan mereka berdua pun jauh dari pandangan.

"Kau ni tak baiklah! mama tak kata apa-apa dah tarik." marah Syarafina. Aerin hanya senyap sahaja.

"Weh kau nampak tak dua orang dekat bawah tu." kata seorang lelaki yang memakai baju T biru gelap.

"Betullah, jom pergi dekat sana." balas kawannya.

"Hello adik manis buat apa dekat sini." mereka berdua berpaling dan terus berdiri.

"ko...korang nak ap..apa?" kata Aerin dengan gagap.

"Syauki ada orang kacau sweet aku." Rayqal menunjuk ke arah Syarafina dan Aerin, disana dia pun terlihat ada dua orang budak.

"Kau tak nak tolong ke?" Rayqal yang rasa gelabah, takut Aerin di apa-apa kan terus berlari tapi sempat di pegang oleh Syauki. "Biarkan Fina ada, tahu lah dia nak buat apa lebih baik kau tolong aku kemas barang."

"Tapi.."

"Syh... tolong aku" Rayqal pun hanya mendengar sahaja.

"Alah kita orang bukan apa tapi tak baik duduk berdua macam ni tak ada teman masa maghrib ni kah banyak syaitan." lelaki yang pakai baju singlad itu cuba sentuh Syarafina tapi berjaya di tepis.

Lelaki itu musa berasa tercabar. "Kau ni." tangan di angkat untuk menampar Syarafina tetapi berjaya di elak.

"Kau tak kenal aku siapa? Nasib kau cari pasal dengan aku." tangan lelaki itu di tekan sekuatnya.

"Itu baru sikit... Jom Rin." Syarafina memegang jemaah tangan sahabatnya yang dalam ketakutan itu.

"Ooo... kau lari eh lepas buat kawan aku macam ni,mari sini kau." kata lelaki yang beroakain baju T biru gelap.

BUK

Syarafina pun keluarkan seni pertahanan diri yang dia belajar. Dua lelaki tadi pun tewas. Mereka berdua bla dari sana.

"Uish dahsyat juga eh kakak ipar." Kata Rayqal sambil tersenyum

"Tengoklah isteri siapa...Aku sebenarnya tak pandai pertahanan diri ni.Tapi sebab isteri aku ajar sekarang aku dah pandai.Tapi tulah sakit..." Rayqal menepuk bahu sepupunya.

"Bersabarlah kazan kuh."

"C.O.U.S.I.N cousin." Syauki membetulkan perkataan cousin itu.

Setakat ni okey tak?

Ceo ku Suami kuWhere stories live. Discover now