BAB 27

3 1 0
                                    

     "Selama ni kau tipu aku tak apa..  tunggu kau" Syarafina megenggam erat stereng keretanya. Dan membawa laju membelahi jalan raya.

Usai kereta di parking di tempat sepatutnya, Syarafina keluar sambil membalut tangannya dengan kain balut.

"Haih aku tidur tak sampai sebulan dah berlambak kerja isy..."  Syauki membaca laporan yang baru semalam diberi oleh Rayqal.

BAM!

Pintu di tendang dari luar.

"Weh bapak kau gay!" melatah Syauki dengan kejutan tiba-tiba. "Astaghfirullah... siapa ya.." terhenti kata Syauki melihat Syarafina di pintu.

"Abang... abang rindu sayang tak?" Syarafina menutup pintu bilik wad. Dan perlahan mendekati Syauki dengan senyuman misteri

"Eh, Fi...na?" Syauki turun dari katil dan cuba menjaga jarak dari bekas isterinya.

"Kenapa tergagap ni. Awak tak nak baiki hubungan kita ke?" lemah lembut yang ada maksud tersirat.

"Mestilah nak!" titik peluh mengalir di dahi Syauki.

Syarafina cuba mendekati dirinya ke Syauki. Tetapi Syauki seperti mengelak darinya.

"Kenapa jauh... mari sini saya cuma nak periksa je..." Syauki melihat ada ruang kosong terus cabut lari. Tetapi bajunya sempat dipegang oleh Syarafina.

"Ya Allah mati juga aku hari ni" mulut Syauki disumbat dengan kain dan bermulalah pertarungan.

Selepas beberapa minit Syarafina melihat muka Syauki dan puas hasil seni dia.Biru... dan ungu.Sempurna.

Syarafina menarik kain merah yang disumbat itu lalu duduk di atas kerusi sambil menyilangkan kakinya.

"Sa..saya.." tergagap-gagap Syauki

"Saya apa!" tempik Syarafina.

"Saya bersalah. Saya tak patut tipu benda macam ni. Tapi tolong maafkan saya please..." merayu dia sambil membuat muka comel walaupun sekitar mukanya penuh dengan lebam.

BAM!

Pintu dihempas kuat. Terkejut tiga manusia yang berada di hadapan pintu itu.

Syarafina melihat sosok tiga orang tersebut iaitu Rayqal, Aerin dan mamanya.

"Maaf kami tersalah bilik." kata Rayqal lalu menutup pintu wad itu kembali.

"Ray! Ray! kau tak nak selamatkan abang kau ke?" jerit si abang memanggil si adik yang berada di luar.

"Kita bertiga tunggu. Kalau Syauki nyawa ikan baru selamatkan." Datin Rosnah dan Aerin hanya mengangguk dengan cadangan Rayqal, malas nak masuk campur hal singa.

"Kenapa? hal kita belum selesai. Bila boleh keluar dari hospital?" soal Syarafina. Syauki pula cuba mengukir senyuman walaupun ianya susah.

"Risau juga.. awak dekat saya" kata Syauki.

"Bukan saya nak risau. Lusa birthday mama,  kalau awal  boleh balik saya nak minta tolong sikit" kata Syarafina, dia patut terima Syauki kembali, mungkin jodoh  mereka kuat.

"Hari ni saya boleh balik!" Syauki bangun dan cuba memegang tangan bekas isterinya tapi cepat  ditepis.

"Haram!" Tegas Syarafina dan membuka balutan di tangannya.

Syauki yang tersedar dengan kesilapannya cepat minta maaf. Syarafina hanya menjulingkan matanya ke atas dan berlalu pergi.

Klik!

Bunyi pintu dibuka. Syarafina hanya senyum dan pergi.Setelah Figura Syarafina hilang.Mereka bertiga masuk ke dalam bilik wad.

"Wow.. boleh jadi seni ni, letak dekat muzium." ejek Rayqal.

"Kamu ni okey tak?" tanya Datin Rosnah tiba-tiba Syauki ni tersenyum-senyum sambil mencuih-cuih kain selimut. Macam orang sewel.

"Dah gila nampaknya..." tiba-tiba Rayqal berasa skit kepala sangat-sangat.

"Armm... Ray pergi dulu jom sweetie" Aerin yang terperasan memeluk lengan kanan suaminya.

Hanya tinggal Datin Rosnah dan Syauki sahaja dalam wad.

"Mama... Syauki nak keluar sekarang" terus pandangan Datin Rosnah yang melihat pemandangan di luar teralih ke Syauki.

"Kenapa pulak?"

"Alah...jom!" dia mengambil beg pakain nya yang berada di bawah katil lalu mengemas semua pakaiannya.

"Tapi kita kena izin doktor dulu" muka Syauki mula cemberut dengan kata tersebut.

"Alah... mama buat jelah.." sengaja buat manja biar Datin Rosnah cair.

"Kamu buat macam ni mama apa? cair. HAHA TAK.MUNG.KIN." satu persatu perkataan tak mungkin itu ditekan.

Datin Rosnah pun ketawa terbahak-bahak. Syauki pula menjeling tajam kearah Datin Rosnah.




      Sesampainya mereka berdua di rumah, Aerin mendamping suaminya dan letakkan di atas sofa.

"Jap awak tahan ye.. saya pergi ambil ubat" tak sempat dia membuka seribu langkah tangannya dipaut kemas oleh Rayqal dan Aerin terjatuh di sisi suaminya.

"Please.. duduk dekat tepi saya sekejap" kata Rayqal yang meletakkan kepalanya di atas riba Aerin dan memejam mata dengan rapat.

Aerin pula diam dan membelai rambut Rayqal. Tudung sarung yang dipakai tadi dibuka dan diletakkan atas meja yang tersedia di ruang tamu.

"Sweet... kalau saya mati dan tiada sesiapa dapat jaga awak... awak cari pengganti saya okey?" kata Rayqal yang membuat Aerin diam seribu bahasa.

"Kenapa awak cakap macam ni? apa kaitan saya dengan benda ni?" kata Aerin dengan sebak.

"Awak boleh hidup 4 bulan bukan sebulan" sambungnya lagi.

Rayqal mengukir senyuman tipis lalu mengusap hidungnya ke perut Aerin.

"Saya tahu semuanya. Tak perlu berahsia. Sweet tak boleh tipu diri sendiri. Sekarang saya cuma tinggal sebulan lagi" kata Rayqal yang membuat Aerin menangis.

Kenapa kisah cinta mereka perlu pahit seperti ini.? Apa salah mereka sehingga terjadi macam ni?

Aerin melihat Rayqal bangun, begitu drastik perubahannya. Badan menjadi lebih kurus daripada sebelum ni.

"Kita yang hidup pasti akan mati. Jangan menangis dan tidak ikhlas dengan pemergian seseorang. Allah adalah perancang yang terbaik dalam rancangannya. Kita hanya makhluk yang taat kepada pencipta. Jadi.. bila saya pergi awak jaga diri baik-baik" fikiran Aerin serabut dengan semua perkara.

Walaupun di luar mereka seperti pasangan yang bahagia hakikatnya mereka perlu mencipta banyak memori indah yang pasti sekian lamanya menjadi pahit.

Rayqal melihat isterinya dan ketawa. Aerin melihat dengan hairan.

"Nak tak malam ni kita pergi..." sengaja Rayqal menghentikan ayat seterusnya biar Aerin menyambung.

"Kita pergi karaoke dengan Fina!! Yeay!!! saya pergi mandi dulu" begitu teruja Aerin sampai terlupa kesakitan tadi.

"Isteri siapa...? isteri aku jugak kalau perangai macam ni. Saya harap awak kekal bahagia macam ni.." dia sedar yang dia bukanlah seorang suami yang baik tetapi dia usaha dalam sisa yang tertinggal ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 7 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ceo ku Suami kuWhere stories live. Discover now