BAB 24

5 1 0
                                    

     "Syauki... aku tahu kau kuat, tahan.. kau pasti boleh" kata hati Rayqal.

"Ray... makan ubat belum? kalau risaukan abang awak kesihatan sendiri perlu dijaga" kata Aerin yang melihat suaminya yang seperti tidak dapat duduk diam.

"Misi saya ialah bahagiakan Syauki dan Fina, kalau Syauki kena apa-apa saya rela mati!" Tempik Rayqal.Aerin yang mendengar terpampang.'What? Seriously suami aku cakap macam tu? Habis aku ni siapa?' hanya hati sahaja dapat bersuara.

"Buat apa Ray.. awak tak sayang saya ke?" Aerin cuba memegang tangan suaminya,tapi pegangan itu ditepis kuat oleh Rayqal.

"Ray...Rin mama pergi naik atas nak jumpa Fina." kata Datin Rosnah apabila kereta mereka sudah sampai di hospital yang diberi alamat oleh Syarafina.

"Akak... Huda nak ikut boleh tak?" Sengaja Tengku Huda menyoal walaupun dia tahu yang Datin Rosnah membenarkan sahaja kerana ada Tengku Rasyid bersama mereka. Datin Rosnah hanya melihat dan mengganguk sahaja kerana Tengku Rasyid sahaja!!

Tengku Rasyid, Tengku Huda dan Datin Rosnah masuk ke dalam bangunan di hadapan mereka. Rayqal yang ingin menyusul ditahan oleh Aerin

"Ray kita belum habis bincang lagi" Aerin menarik Rayqal dan pergi jauh daripada pintu masuk hospital.

"Apa maksud awak? abang saya perlukan saya boleh awak faham." Rayqal yang masih cuba mengawal nadanya daripada memarahi Aerin.

"Awak perlu jaga kesihatan awak Ray. Awak ingat saya tak tahu selama ni awak tak makan ubat." Rayqal yang mendengar hanya diam sahaja.

"Kalau awak sayang saya, abang dan mama awak perlu makan ubat."

"Cukup Rin saya tak nak kita bergaduh, saya nak pergi dekat abang saya..." Rayqal memusing badan dan berlalu pergi. Aerin yang ternampak terus mengejar Rayqal dan memegang tangan suaminya.

"Kenapa awak nak lebihkan Syauki daripada saya ha!!" tempik Aerin secara tak sengaja.Orang awam yang lalu-lalang mula melihat mereka. Rayqal yang tersedar menarik isterinya ke arah kereta mereka.

"What your problem Aerin?" Rayqal mula memegang bahu Aerin dengan kuat.

"Sakitlah... Saya minta maaf, saya tak sengaja..." Aerin meminta maaf lalu  melepaskan genggaman tersebut.

"Kau dengar sini.. kalau jadi apa-apa dekat abang aku. Aku rela mati sebab tak dapat tengok dia bahagia itu janji aku." Rayqal dengan tegasnya menarik nafas dan merenung Aerin dengan tajam.

Aerin pun ketawa kecil "Jadi aku ni siapa untuk kau?"

"Kau isteri aku tapi keluarga aku lagi penting daripada kau Aerin."

ZAP!

Tegas sahaja kata-kata lelaki itu yang membuatkan hati Aerin begitu sakit dengan ayat yang sudah menjadi larut di dalam hati.

"Aku faham yang diorang lagi penting tapi kesihatan kau perlu di jaga Rayqal!!" berombak dada Aerin, dia sudah tidak dapat mengawal nadanya.

"Apa dengan kau ha!! aku bagi sesuatu semuanya apa yang kurang?" soal Rayqal dengan penuh amarah.Manakala Aerin ketawa sinis.

"Aku tahu kau bagi semuanya cuma boleh tak kau risaukan diri kau. Cuba fikir aku ni kenapa nak fikirkan tentang abang kau. Salah dia sebab curang dengan Fina dan baguslah Fina tinggalkan abang kau sebab abang kau ni tak pernah cukup satu." Rayqal yang mendengar terus mengangkat tangan ke Aerin.

"Sekali lagi kau cakap macam tu siap kau." figura Rayqal pun menghilang dari situ.

Aerin terjatuh dan menangis teresak-esak.

Ceo ku Suami kuWhere stories live. Discover now