Take #69

188 21 5
                                        

T/W: V10l3nce, a$$ault, bl00d,g0r3

+++

"UGH!" senak perut Hurul apabila ditendang kuat oleh Dani. Tak cukup dengan itu, berkali-kali dia dipijak seperti alas kaki.

"Berani kau report kat cikgu! KAU TAHU TAK AKU NI SIAPA?!" Serentak dengan itu, sepenuh hati dia memijak belakang badan Hurul menyebabkan Hurul tertiarap di tanah. Baju putihnya kini penuh dengan kesan tapak kasut dan dipenuhi debu.

Hurul sudah tiada daya mahu bangun. Sebelum kehadiran Dani, dia sudah teruk dibelasah oleh Harith, Saiful, Hoon dan Zakri. Kini mereka berempat jadi penonton dari tepi sambil menghisap rokok. Adakala mereka ketawa melihat kesengsaraan Hurul.

Dani menarik rambut Hurul hingga terdongak dibuatnya.

"Kau ingat kalau kau report kat cikgu, aku akan berhenti pukul kau?" soal Dani sambil menyeringai. Dia menguatkan lagi genggaman di rambut Hurul, menyebabkan dahi Hurul berkerut menahan sakit di kulit kepalanya.

"Kau sedar tak kau tu siapa?!" Dani menggoncang kepala Hurul beberapa kali sebelum dia melepasnya kasar ke tanah. Tersembam wajah Hurul dibuatnya. Darah tersembur keluar dari hidung dan mulut Hurul.

"Kau..." menggigil seluruh badan Hurul dalam cubaannya untuk berdiri. Matanya yang merah memandang Dani tajam. Dia mengesat darah yang keluar dari hidungnya.

"Satu...hari nanti..." Hurul menuding jari tepat ke arah Dani. Badannya jelas menggigil, cuba untuk berdiri tegak, berhadapan dengan Dani.

"Kau...akan dapat...balasan!" kata Hurul kemudian dia senyum sinis. Darah masih mengalir di bibirnya yang pecah.

Melihat respon Hurul buat saraf kewarasan Dani putus. Dia menerpa ke arah Hurul dan menumbuknya kuat membuatkan Hurul jatuh ke tanah semula. Bertubi-tubi dia menumbuk wajah Hurul namun Hurul saat itu hanya ketawa seperti orang hilang akal.

"Dasar pengecut!" Hurul meludahkan darah di mulutnya terus ke wajah Dani.

Dan itu membuatkan Dani makin naik minyak. Dari hujung matanya, dia melihat ada sebuah kerusi kayu berdekatan dan pantas dia mencapai kerusi kayu tersebut.

"GO TO HELL!"

+++

Abandoned Warehouse

PANG!

Kuat pipinya ditampar dan itu menyedarkan Dani. Dia membuka mata dan melihat seorang wanita bertopeng putih berdiri di depannya.

"Good morning." Sapanya dengan suara yang jelas bukan suara asalnya. Suara ini nyaring dan robotic.

"LEPASKAN AKU!" pinta Dani sambil cuba menggerakkan badannya namun dia gagal. Kedua tangannya diikat dengan rantai besi yang digantung terus dengan alang bangunan tinggal ini dan kedua kakinya juga telah digari kemas menyebabkan pergerakan dia disekat.

Wanita itu ketawa.

"Lepaskan kau? Masa Hurul minta kau lepaskan dia, ada kau buat apa yang dia minta? I don't think so." Kata wanita itu sambil menarik sebuah kerusi kayu.

Dani melihat kerusi kayu itu dan terus dia teringat kejadian waktu itu. Dia menelan air liur.

Tak mungkin dia akan buat kan? That's inhumane! bisik hati kecil Dani.

"Kau mesti fikir, tak mungkin aku akan buat apa yang kau buat pada Hurul waktu itu kan? Sebab ianya tidak berperikemanusiaan." Tekaan wanita itu buat mata Dani membulat.

Love, Maria Anne ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang