ANTARA LENNY DAN ZULFAH BAB 3

1 0 0
                                    

Sudah setengah jam Suhaimi menunggu di tempat letak kereta berhadapan Kolej Melati. Namun bayang Zulfah masih belum kelihatan. Nak marah pun tak boleh. Dia sendiri yang tak beritahu Zulfah pukul berapa dia akan datang. Tapi Zulfah pun salah juga. Kenapa tak nak tanya. Dia sendiri pun hairan dengan perangai Zulfah. Gadis itu terus diam dan seakan menjauhkan diri sejak pertemuan terakhir mereka pada malam itu.

"Helo Zul. Jadi balik dengan aku tak? Aku dah ada kat bawah ni." Suhaimi terus hubungi Zulfah. Dia yakin gadis itu terlupa.

"Dah ada kat bawah? Kenapa tak cakap kau boleh tumpangkan aku. Hei, kau ni. Aku belum berkemas lagi. Kau gerak dululah."

"Jangan mengada-ada boleh tak? Apa aku nak jawab pada mak kau kalau dia tengok aku muncul sorang-sorang kat depan rumah nanti? Kau siap sekarang. Aku tunggu ni,"

Suhaimi tamatkan panggilan. Tersungging senyum senget di bibir yang lebam dek kuat merokok. Sudah terbayang macam-macam ayat nak menyakat gadis brutal itu nanti.

Sepuluh minit kemudian...

"Aik! Satu luggage aje? Baldi, bantal dan barang-barang yang lain mana?" Suhaimi tertinjau-tinjau. Mana tahu kalau-kalau Linda, rakan sebilik Zulfah turut ada membawakan barang-barang Zulfah.

"Kau ni baru bangun tidur ke? Kenapa serabai sangat ni?"

Pelik Suhaimi melihat keadaan Zulfah yang tidak terurus. Pertama kali dia melihat Zulfah hanya menyarung Hoodie Cardigan yang labuh hingga paras lutut. Di mulut pula sedang menggigit topi kesayangan.

"Aku bawa balik ini aje." ujar Zulfah pendek dan terus mengangkat bagasi besarnya ke dalam but kereta. Kemudian terus masuk ke dalam kereta. Hoodie ditolak ke belakang kepala lalu dia merapikan ikatan rambut hitam lebat yang separas bahu itu. Kepala ditutup semula dengan hoodie. Tanpa banyak bicara dia menarik tali pinggang keledar. Tidak kedengaran lagi suara Zulfah sebaik sahaja Suhaimi memulakan perjalanan pulang ke Johor.

Zulfah masih kekal bisu walaupun selepas Suhaimi berhenti di stesen pam untuk mengisi minyak. Minuman dan makanan ringan yang dibelikan untuknya pun tak berusik hinggakan dia langsung tak membebel walaupun Suhaimi sengaja merokok di dalam kereta.

"Kau tak sihat ke Zul?" Akhirnya Suhaimi buka mulut.

Zulfah menoleh dan menggeleng.

"Habis tu kenapa diam aje macam orang bisu? Aku bukan pemandu teksi tau. Perjalanan kita ni ambil masa 3 jam. Cuba layan aku berbual. Nanti aku mengantuk. Kenapa nampak lain ni? Kau bukannya suka kalau aku merokok dalam kereta,kan?"

"Kalau mengantuk bukalah radio." Zulfah menekan punat radio. Dibiarkan sahaja penyampai radio membebel sambil menyiarkan iklan dan lagu.

Dia kekok sebenarnya. Suhaimi langsung tak memberi sebarang respons kepada surat yang diberi minggu lepas. Tak pasal-pasal Zulfah terasa bodoh. Menyesal pula meluahkan rasa hati pada Suhaimi. Tak sangka rupa-rupanya dia syok sendiri. Rasa macam perigi cari timba.

"Kau nak buat apa sepanjang cuti ni? Takkan nak terperap dalam rumah aje?" Suhaimi perlahan suara radio. Sengaja memancing perbualan.

"Tolong mak saudara aku. Dia baru buka kedai makan."

"Dekat mana?"

"Larkin Perdana."

"Oh. Suami dia yang baru meninggal,kan?"

Zulfah mengangguk.

"Jauh juga kau nak ulang-alik dari Masai nanti."Suhaimi menoleh sekilas. Dia tahan senyum. Tahu gadis itu kekok berdua-duaan dengannya. Eleh! Dulu tak kisah pun merayap satu kampung berdua. Sejak buat sesi meluah rasa tempoh hari tiba-tiba jadi perempuan melayu terakhir dah kenapa?

"Terus tinggal dengan dia nanti. Lagi pun dia tinggal sorang-sorang. Tak ada anak." Zulfah duduk senget membelakangkan Suhaimi dan merapatkan diri dengan pintu.

"Kenapa duduk macam tu. Buntut kau ada bisul ke?" Selamba Suhaimi menyoal.

"Mana ada. Kau bawa kereta diam-diam boleh tak? Penatlah layan kau berbual." Suara Zulfah naik satu oktaf. Namun tak semena-mena Suhaimi ketawa mengekek. Dia pandang Zulfah kemudian menggeleng-gelengkan kepala. Zulfah menoleh. Berkerut kening melihat tingkah Suhaimi.

"Apa hal tergeleng-geleng macam tu?"

"Kau rasa lain lepas bagi surat tu,ya?"

Zulfah duduk bersandar dan terus peluk tubuh. Pandangan nya lurus ke jalanraya. Makin ketat ikatan hoodie yang menutup kepala. Malu!

'Bengonglah mamat ni tau. Kalau dah tahu bagilah respons. Kau sindir begini lagilah aku rasa macam nak terjun dari kereta ni. Bongok!'

Muka diraup berulang kali. Zulfah ketawa dalam hati mendengar bebelan diri sendiri. Menyesal pula tumpang kereta Suhaimi. Kalau dia tak sibuk-sibuk maklumkan orang tuanya dia balik dengan Anak Pak Pian ni pasti dia dah selamat pulang ke Johor dengan bas.

"First of all, thanks sebab sudi admire aku dalam dia. Second. Aku salute keberanian kau sebab berani berterus-terang. Third. Aku minta maaf banyak-banyak. Buat masa ni aku tak nak ada sebarang komitmen."

"Komitmen apa yang kau maksudkan?" Terpusing badannya menghadap Suhaimi.

"Yalah. Aku muda lagi tau. Harta pun belum sempat nak kumpul. Aku nak bagi kau makan apa kalau kita kahwin muda nanti?"

Pap!

"Woi! Apa main kepala orang ni?" Suhaimi terperanjat. Dahi yang perit kena tampar diusap laju.

"Kau ni nama aje sekolah sampai universiti. Tapi bangang macam budak baru masuk sekolah tadika. Memanglah aku cakap suka kau. Tapi tak bermakna aku terus ajak kahwin. Dol!" Sambil duduk pun Zulfah boleh mencekak pinggang. Buntang matanya membebelkan Suhaimi.

"Dalam surat tu kau cakap sukakan aku. Kalau aku terima kau, lepas ni nak bercinta,kan? Lepas bercinta kena kahwin juga,kan?"

Zulfah tepuk dahi. Dari malu bertukar sebal. Tak berkedip matanya merenung Suhaimi.

"Okay, tell me. Kau nak aku cakap apa sebenarnya Zul? Dalam surat tu kau cakap, kau suka aku. Honestly, aku pun suka kau. Tapi setakat suka sajalah. Macam sekarang. Kau bebas maki aku. Nasihatkan aku. Leterkan aku. Tapi kalau kau cakap sukakan aku lebih dari apa yang kau rasa dulu, minta maaf banyak-banyak. Aku rimas kalau kau nak bergayut telefon berjam-jam. Cemburu tak tentu pasal dan satu pantang besar bila aku tengok orang bercinta ni, queen control. Kalau dah kahwin tu lain cerita."

Zulfah telan liur. Semakin faham apa yang Suhaimi maksudkan. Namun masih berlagak tenang.Tak mahu Suhaimi tahu dia kecewa dengan penolakan tanpa tapisan itu.

"Dah habis menceceh? Sekarang kau dengar apa aku nak cakap."

Zulfah membetulkan kedudukan dan kembali menghadap jalanraya.

"Aku sedar. Perjalanan kita masih jauh. Masing-masing ada cita-cita. Aku tulis macam tu sebab tak nak kehilangan kau. Kau bebas bercinta dengan sesiapa pun. Tapi aku tak nak kau lupakan aku. Faham?"

Suhaimi mengangguk. "Tak ada sebab aku nak lupakan kau Zul. Kalau satu hari nanti aku jatuh cinta dengan mana-mana awek, kaulah orang pertama yang akan jadi panel penilai."

"Eh! Kenapa aku pulak? Kau yang nak bercinta, bukannya aku." Zulfah menekan suis cermin tingkap. Rebas hujan diluar semakin membasahi bahagian dalam kereta.

"Sebab awek tu akan jadi calon isteri yang akan aku bawa jumpa ibu. Dan hanya kau saja yang tahu citarasa mak aku,kan?"

Terjuih bibir Zulfah mendengar alasan Suhaimi. "Mengarutlah kau ni. Sudahlah. Bawa kereta elok-elok. Aku nak lelap sekejap. Kalau kau mengantuk nanti kejutkan aku. Kita gilir-gilir memandu.

Zulfah merebahkan kerusi di sebelah pemandu dan terus baring membelakangkan Suhaimi sambil melihat cermin tingkap yang disimbahi hujan yang semakin lebat. Sama lebatnya hati Zulfah yang sedang meraung sekarang.

ANTARA LENNY DAN ZULFAH (Ada dia...)Where stories live. Discover now